Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 Dibayar Mulai 25 Januari 2022

Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan bagi tahun 2022 kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerajaan serta Pesara Kerajaan akan dibayar mulai 25 Januari 2022 (SELASA).

Sebagai makluman, bantuan ini telah diluluskan dalam Belanjawan yang dibentangkan tahun lalu. 

Apa itu Bantuan Khas Kewangan 2022?

Bantuan khas kewangan ini diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz dalam pembentangan Bajet 2022 yang berlangsung di Dewan Rakyat hari ini.

“Bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini, Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak 700 ringgit dan 1 juta pesara Kerajaan sebanyak 350 ringgit dengan implikasi Kewangan sebanyak 1.3 bilion ringgit.”

“Diharapkan semoga bantuan ini dapat menjadi pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan terdiri daripada 2 kategori iaitu;

  1. Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah
  2. Pesara Kerajaan
RM700Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah
RM350Pesara Kerajaan yang sedang menerima pencenPenerima Pencen TerbitanPesara Perkhidmatan Awam Skim KWSP (bersara apabila mencapai opsyen umur persaraan)Veteran Berpencen dan Tidak Berpencen
Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022

Tarikh Bayaran

Bayaran dibuat pada 25 Januari 2022 (SELASA).

Penjawat Awam Yang Layak Dibayar

Bantuan ini dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah dengan syarat bahawa pegawai masih berkhidmat pada 25 Januari 2022.

Turut layak diberi kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana yang merupakan pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service, pegawai yang bercuti bergaji penuh, pegawai yang bercuti separuh gaji, pegawai yang bercuti tanpa gaji dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.

Pemberian Bantuan ini turut dipanjangkan kepada guru interim, pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya serta pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.

Pemberian bantuan turut dipanjangkan kepada pegawai lantikan MySTEP dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut. 

Siapa Yang Tidak Layak Mendapat Bayaran Ini

  1. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/ Gred Khas;
  2. Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2022;
  3. Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 25 Januari 2022; dan
  4. Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 25 Januari 2022; dan
  5. Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertain Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan.

Penangguhan Bayaran

Pegawai yang tidak mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap selain atas sebab kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pengamal perubatan berdaftar akan ditangguhkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 ini. Pegawai hanya layak dibayar sekiranya telah melengkapkan dos imunisasi COVID-19 selewat-lewatnya pada 31 Mac 2022.

Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib akan ditangguhkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 ini. Pegawai hanya layak dibayar sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah.

Soalan Lazim (FAQ)

Scroll to Top