Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka permohonan bagi mereka yang layak bagi mengisi permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) tahun 2022.
Biasiswa ini dibuka bagi mereka yang ingin mengikuti pengajian di peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (Ph.D) dalam dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang atau Kewangan Islam di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh pihak JPA mengikut bidang pengajian.
Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon dinasihatkan membaca dan memahami syarat dan tatacara permohonan sebagaimana maklumat berikut.
Apa itu Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA)
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) mulai tahun 2006 telah melaksanakan program baru dikenali sebagai Biasiswa Yang di-Pertuan Agong atau King Schorlarship selaras dengan keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 3 November 2004 dan mendapat persetujuan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 16 Mac 2005.
Biasiswa ini diperkenalkan bagi memberi pengiktiraf akan kebolehan luar biasa seseorang calon untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca ijazah (Sarjana dan PhD) khasnya dalam bidang Sains dan Teknologi dalam dan luar negeri.
Pemilihan pertama Biasiswa Yang di-Pertuan Agong telah dibuat pada 29 September 2006 iaitu lima (5) calon Sarjana dan lima (5) calon PhD. Majlis penyampaian biasiswa ini telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Penerima biasiswa ini juga diperkenalkan kepada semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam satu majlis khas sebelum Majlis Santapan Malam bagi memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara.
Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka mulai 19 Januari 2022 (RABU) dan ditutup pada 22 Februari 2022 (SELASA).
Syarat-Syarat Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (Bydpa) Tahun 2022
Syarat-Syarat Umum
- Warganegara Malaysia; dan
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2022.
Syarat-Syarat Khusus
- Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang di peringkat pengajian:
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Sarjana; atau
- Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Ph.D;
- Telah mendapat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) bagi pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian;
atau
Telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian;
- Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.
- Terlibat dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, rekacipta seni atau teknologi dan sebagainya iaitu:
- Calon Sarjana: Penglibatan calon secara aktif adalah satu kelebihan; atau
- Calon Ph.D: Penglibatan calon adalah wajib.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my mulai 19 Januari 2022 (Rabu).
Borang permohonan yang telah dilengkapkan tersebut hendaklah dimuat turun, dicetak dan ditandatangani oleh pemohon serta dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA bersama-sama dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan sebelum atau pada 22 Februari 2022 (Selasa) sama ada melalui serahan tangan / pos ke alamat berikut:
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Pembangunan Modal Insan Aras 3, Blok C2, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 PUTRAJAYA (u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan) |
Dokumen Yang diperlukan
Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dimuat turun, dicetak dan ditandatangani oleh pemohon serta dikepilkan bersama-sama dengan dokumen- dokumen sokongan seperti berikut:
- Salinan ijazah pertama atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan);
- Salinan Ijazah Sarjana atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan – bagi permohonan peringkat Ph.D);
- Surat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) daripada universiti / institusi pengajian atau slip/ pengesahan pendaftaran semester pertama pengajian;
- Salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian / pengesahan penglibatan dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif yang disahkan oleh pegawai berkelayakan untuk calon Sarjana (sekiranya ada) tetapi wajib untuk calon Ph.D;
- Salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian / pengesahan penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum / aktiviti kemasyarakatan yang disahkan oleh pegawai berkelayakan (sekiranya ada);
- Kertas cadangan penyelidikan (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara. Panduan menulis kertas cadangan penyelidikan adalah seperti di Lampiran II; dan
- Borang JPA(L)LDP1A/96 yang telah dilengkapkan dan ditandatangani oleh pihak- pihak yang berkaitan – dokumen ini hanyalah untuk pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja. Di samping itu, ruangan perakuan Ketua Jabatan di dalam borang permohonan juga perlu dilengkapkan oleh pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja.
Senarai Universiti Tempatan Yang Merangkumi Pelbagai Bidang Pengajian
- Sains Teknologi / Ekonomi / Undang-undang
BIL | UNIVERSITI / INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI |
1 | Universiti Malaya (UM) |
2 | Universiti Sains Malaysia (USM) |
3 | Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) |
4 | Universiti Putra Malaysia (UPM) |
5 | Universiti Teknologi Malaysia (UTM) |
- Kewangan Islam
BIL | UNIVERSITI / INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI |
1 | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) |
2 | International Centre For Education In Islamic Finance (INCEIF) |
3 | Universiti Malaya (UM) – sekiranya berkaitan |
4 | Universiti Sains Malaysia (USM) – sekiranya berkaitan |
5 | Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – sekiranya berkaitan |
6 | Universiti Putra Malaysia (UPM) – sekiranya berkaitan |
7 | Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – sekiranya berkaitan |
Senarai Universiti Terkemuka Dunia Bagi BYDPA
Bagi senarai bidang pengajian untuk universiti terkemuka dunia sila lihat lampiran c dalam pdf (halaman 8) di bawah;
Panduan Menulis Kertas Cadangan Penyelidikan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2022
- Pemohon dikehendaki menyediakan dan mengemukakan kertas cadangan penyelidikan tidak kurang daripada 10 muka surat (Ph.D) dan 5 muka surat (Sarjana).Kertas cadangan penyelidikan hendaklah disediakan dalam Bahasa Inggeris (pengajian di Luar Negara) dan Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris (pengajian di Dalam Negara).
- Kandungan kertas cadangan penyelidikan hendaklah disediakan mengikut format seperti berikut:
- Nama, No. Kad Pengenalan dan Bidang Penyelidikan (Sila letakkan di penjuru atas kanan setiap muka surat);
- Latar belakang atau kajian perpustakaan ringkas mengenai bidang kajian;
- Objektif kajian / Penyataan masalah;
- Jelaskan apakah objektif / penyataan masalah yang mendorong tajuk ini dikaji
- Skop kajian / Rangka kajian;
- Metodologi kajian
- Jelaskan kaedah yang akan digunakan dalam membuat kajian seperti kajian perpustakaan, kerja makmal, kajian luar, dokumentari persejarahan, wawancara / soal selidik, penafsiran, analisis dan lainnya.
- Carta Perbatuan / Perancangan Jadual Penyelidikan;
- Kepentingan / Outcome / Impak / Sumbangan kajian kepada pembangunan negara. Perkara ini perlu diberi penekanan dan tumpuan yang lebih oleh calon khususnya dalam sesi temu duga.
- Bibliografi ringkas.
Info dan Pertanyaan
Maklumat lanjut tentang Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA 2022);
- Layari portal http://esilav2.jpa.gov.my atau
- Hubungi talian 03 – 8885 3879 / 3569 / 3438/ 3371/ 3571 (pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang) atau
- e-mel kepada [email protected]
Secara online http://esilav2.jpa.gov.my
22 Februari 2022 (SELASA).
Syarat Umum
1. Warganegara Malaysia; dan
2. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2022.
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.