Wednesday, June 7, 2023
HomePermohonanBantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar)

Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar)

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia kepada mangsa banjir kini diperluaskan kepada bengkel tidak berdaftar. Ia sebagai usaha yang komprehensif daripada Kerajaan bagi meringankan beban golongan yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda negara.

Sehingga kini, hampir 20 syarikat automotif, dengan rangkaian lebih daripada 1,800 pusat servis berdaftar di seluruh negara, telah bersetuju untuk menyertai inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia.

Senarai syarikat yang terlibat bersama dengan pendaftaran pusat servis sah serta bengkel, terutamanya untuk motosikal akan dikemaskini sepanjang tempoh pelaksanaan.

Sehubungan itu, Kerajaan  telah menambahbaik pelaksanaan inisiatif ini dengan mewujudkan kaedah alternatif untuk mangsa banjir membuat tuntutan tunai dalam keadaan kenderaan telah dibaiki di bengkel tidak berdaftar.

Apakah Inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar)?

Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar) adalah penambahbaikan daripada inisiatif sedia ada di bawah Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang bertujuan untuk meringankan beban golongan terjejas akibat bencana banjir bermula daripada 18 Disember 2021. 

Inisiatif sedia ada melalui baucar diskaun automotif sebanyak RM1,000 telah diperluas bagi pembaikan atau penggantian kenderaan persendirian yang rosak / musnah akibat banjir dan dibuat di SELAIN pusat servis /pengedar sah yang berdaftar dengan syarikat yang mengambil bahagian. 

Bantuan Automotif Keluarga Malaysia BAKM (Bengkel Tidak Berdaftar)

Tempoh Permohonan 

Tempoh permohonan adalah mulai 19 Januari 2022 hingga 31 Mac 2022. 

Syarat Kelayakan Individu Untuk Memohon Inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar)?

Syarat kelayakan individu untuk memohon inisiatif ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)
  3. Kenderaan milik persendirian [Ketua Isi Rumah (KIR) / Ahli Isi Rumah (AIR)] yang rosak akibat banjir berdasarkan resit yang disertakan
  4. Kenderaan yang tidak dilindungi oleh insurans bencana alam 

Maksud Ahli Isi Rumah (AIR)

Ahli Isi Rumah (AIR) ialah individu yang mempunyai hubungan pertalian dengan Ketua Isi Rumah (KIR) dan terhad kepada hubungan Pasangan / Ibu / Bapa / Anak / Adik-beradik / Cucu. 

Jenis Kenderaan Yang Layak Untuk Menebus Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar)

Jenis kenderaan yang layak adalah seperti berikut:

  1. Kenderaan yang rosak akibat banjir dalam kategori kenderaan persendirian (termasuk kenderaan penumpang, trak pikap, van dan motosikal) tanpa perlindungan insuran bencana alam sahaja.
  2. Kenderaan persendirian yang TIDAK DIHANTAR ke pusat servis / pengedar sah yang berdaftar dengan syarikat yang mengambil bahagian sahaja layak membuat tuntutan. 

Dalam hal ini hanya kenderaan yang TIDAK DIHANTAR ke pusat servis / pengedar sah yang berdaftar dengan syarikat automotif terlibat layak baucar diskaun automotif tambahan.

Senarai pusat servis / pengedar sah yang berdaftar dengan syarikat automotif terlibat adalah seperti berikut: 

  1.  Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA) 
  2. Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PROTON) 
  3. Tan Chong & Sons Motor (Nissan) 
  4. UMW Toyota Motor 
  5. Honda Malaysia 
  6. Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) 
  7. Volvo car Malaysia 
  8. TC Euro Cars (Renault) 
  9. Mercedes-Benz Malaysia 
  10. BMW Malaysia 
  11. Sime Darby Motor Group (untuk Ford, Hyundai dan lain-lain) 
  12. Mazda, Peugeot dan KIA 
  13. TC Subaru 
  14. Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) 
  15. Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. 
  16. Boon Siew Honda Sdn.Bhd. 
  17. Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) 
  18. Mofaz Motorsikal Sdn. Bhd. 
  19. KMSB Motors Sdn.Bhd. (Suzuki)

Cara Memohon Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar)?

Permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar) ini boleh dibuat secara:

  1. Dalam talian di Portal Rasmi Bantuan https://bantuanautomotif.hasil.gov.my; atau
  2. Manual (Borang Permohonan) di mana-mana Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta Cawangan LHDNM berhampiran. Borang Permohonan boleh diperolehi pada Portal Rasmi Bantuan atau di Cawangan LHDNM / PKOB.

Pemohon / Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar hanya perlu mengisi maklumat kenderaan terlibat dengan menyertakan resit pembaikan atau penggantian kenderaan persendirian yang rosak / musnah akibat banjir. 

Jumlah Bantuan

Pemberian bantuan ini dihadkan kepada RM1,000 sahaja bagi setiap kenderaan terlibat.

Namun, sekiranya kos pembaikan melebihi had yang telah ditetapkan, ia adalah di bawah tanggungan pemilik kenderaan persendirian tersebut. 

Kaedah Semakan Kelayakan

Setiap permohonan yang diterima akan disemak silang dengan data agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi penentuan kelayakan. 

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah resit pembaikan atau penggantian kenderaan persendirian yang rosak / musnah akibat banjir. 

Kaedah Pembayaran

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank Pemohon / Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dalam Pangkalan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 dan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) di LHDNM atau secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya tiada maklumat akaun bank.

Namun, sekiranya maklumat pemohon tiada dalam pengkalan data BPR 2021 dan BKC, pembayaran Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar) adalah secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya tiada maklumat akaun bank. 

Info dan Maklumat Lanjut

Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) LHDNM: 1-800-88-2747

Hotline MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar)?

Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar) adalah penambahbaikan daripada inisiatif sedia ada di bawah Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang bertujuan untuk meringankan beban golongan terjejas akibat bencana banjir bermula daripada 18 Disember 2021. 

Inisiatif sedia ada melalui baucar diskaun automotif sebanyak RM1,000 telah diperluas bagi pembaikan atau penggantian kenderaan persendirian yang rosak / musnah akibat banjir dan dibuat di SELAIN pusat servis /pengedar sah yang berdaftar dengan syarikat yang mengambil bahagian. 

Jumlah Bantuan

RM1,000

Tempoh Permohonan 

Tempoh permohonan adalah mulai 19 Januari 2022 hingga 31 Mac 2022. 

Syarat Kelayakan

1. Warganegara Malaysia
2. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)
3. Kenderaan milik persendirian [Ketua Isi Rumah (KIR) / Ahli Isi Rumah (AIR)] yang rosak akibat banjir berdasarkan resit yang disertakan
4. Kenderaan yang tidak dilindungi oleh insurans bencana alam 

Cara Memohon

1. Dalam talian di Portal Rasmi Bantuan https://bantuanautomotif.hasil.gov.my; atau
2. Manual (Borang Permohonan) di mana-mana Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta Cawangan LHDNM berhampiran. Borang Permohonan boleh diperolehi pada Portal Rasmi Bantuan atau di Cawangan LHDNM / PKOB.

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!