Saturday, October 8, 2022
HomeSemasaPortal bantuanbanjir.com Mudahkan Urusan Permohonan Bantuan Banjir

Portal bantuanbanjir.com Mudahkan Urusan Permohonan Bantuan Banjir

Kementerian Kewangan membangunkan portal bantuanbanjir.com yang menghimpunkan pelbagai pautan di bawah satu laman sesawang bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan bantuan banjir.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata senarai penuh bantuan kerajaan seperti Bantuan Wang Ihsan (BWI), bantuan pasca banjir dan bantuan lain bagi membaiki rumah serta baucar membaiki kenderaan tersedia di bawah portal tersebut.

Secara keseluruhan, sejumlah RM1.4 billion telah diperuntukkan bagi mangsa banjir di negara ini. Setiap mangsa banjir layak menerima sehingga RM61,000.

Menerusi portal bantuan banjir ini, terdapat 3 kategori bantuan yang boleh dipohon iaitu bantuan tunai, pembiayaan dan bantuan komuniti. Ia memudahkan mangsa banjir memohon dan mengetahui jenis bantuan banjir yang layak dipohon.

Menurut Tengku Zafrul, antara manfaat portal Bantuan Banjir adalah terdapat senarai penuh bantuan kerajaan, pautan terus kepada agensi penyelaras bantuan dan soalan lazim & pautan permohonan

Untuk bantuan tunai, antara peruntukan yang tersenarai adalah Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000, RM10,000 bantuan kematian wang ihsan kepada waris yang terkesan. Rebat 100% bil elektrik bagi pengguna domestik, rebat RM500 bagi pembelian peralatan elektrik, RM2,500 bagi menggantikan peralatan perabot yang rosak serta kediaman yang ditenggelami banjir.

Selain itu, untuk bantuan tunai ini kerajaan turut menyediakan Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia daripada syarikat kenderaan Perodua, Proton, dan lain-lain syarikat.

Sementara itu bagi bantuan pembiayaan, kerajaan menawarkan beberapa bantuan kepada PKS seperti Bantuan Pinjaman MyRinggit i-Banjir dari BSN (RM10,000), Pinjaman Pemulihan Banjir sehingga RM100,000 dari TEKUN dan lain-lain lagi.

Manakala bantuan komuniti turut disediakan buat mangsa banjir bagi pembinaan semula rumah yang mengalami kerosakan serius. Jumlah bantuan boleh mencecah sehingga RM56,000 bagi mangsa yang rumah mereka mengalami kerosakan teruk dan tidak boleh diduduki. Manakala, bagi rumah yang masih boleh dibaik pulih, sebanyak RM15,000 disediakan bagi setiap unit.

Semoga dengan adanya portal bantuan banjir ini dapat memudahkan urusan mereka yang terkesan dengan banjir yang melanda negara.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!