Susulan banjir yang melanda di beberapa buah negeri di Malaysia, kerajaan bersetuju memberikan bantuan wang ihsan banjir kepada mereka yang terjejas dengan bencana ini.
Bantuan Wang Ihsan Banjir di uruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri NADMA yang bertindak sebagai agensi peneraju pengurusan dan kesiapsiagaan bencana negara.
Dalam hal ini, Kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan awal RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain.
Apa itu Bantuan Wang Ihsan (BWI) Banjir?
Kementerian Kewangan menetapkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 diberikan bukan sahaja kepada ketua isi rumah (KIR) di pusat pemindahan sementara (PPS) sebaliknya diperluaskan kepada mereka yang tidak berpindah ke PPS.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kementerian juga memutuskan mangsa banjir boleh menuntut bantuan itu setiap kali bencana menimpa berbanding hanya sekali sebelum ini.
Beliau berkata, bagi menyegerakan BWI kepada mangsa banjir, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyalurkan peruntukan awal BWI sebanyak RM26.9 juta kepada semua negeri yang terjejas.
Jumlah Bantuan?
Jumlah bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM1,000 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau mereka yang tidak berpindah.
Manakala bantuan RM10,000 akan diberikan kepada keluarga mangsa hadapi kematian akibat banjir (untuk setiap individu yang terkorban)

Cara Memohon Bantuan Wang Ihsan (BWI) Banjir RM1,000
- Permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Daerah masing-masing. BWI hanya diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR).
- Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi Rumah (KIR) (warganegara Malaysia sahaja) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.
- Bagi yang tidak berpindah ke PPS, Tuan/Puan perlu memohon kepada Ketua Komuniti / Pegawai Daerah masing-masing.
- Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).
Syarat-syarat dan Kelayakan Permohonan
- Warganegara Malaysia & memiliki MyKad
- Mangsa Ketika Bencana Berlaku
- Mangsa Mendiami Atau Menduduki Rumah Persendirian
- Berdaftar Dengan Maklumat Lengkap Menggunakan Nama Ketua Isi Rumah
Pendaftaran Nama Yang Sah Perlu Dilakukan Seperti Berikut:
- Berpindah Ke PPS : Mendaftar Dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Tidak Berpindah Ke PPS : Mendaftar Dengan Jpkk/ketua Komuniti Di Tempat Masing-masing
Semua permohonan akan diselaraskan dan disahkan oleh pejabat daerah masing-masing.

BWI hanya diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) warganegara Malaysia sahaja. Setiap permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah bahawa mangsa adalah benar-benar terjejas dengan bencana banjir yang dimaksudkan.
Hanya 1 rumah sahaja yang terlibat layak untuk mendapat BWI tanpa mengira isi rumah / keluarga.
Kelayakan BWI Bencana Banjir adalah tertakluk kepada pengesahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
Kalau saya menyewa rumah bersama rakan dan rumah kami terkesan akibat banjir, adakah kami layak memohon?
Layak. Namun hanya seorang sahaja isi rumah yang layak memohon. Tuan rumah adalah tidak layak memohon sekiranya penyewa telah memohon.
Berapa amaun yang layak dimohon bagi 2 keluarga yang tinggal dalam rumah yang sama?
RM1,000.00 sahaja kerana hanya 1 KIR rumah yang terlibat layak untuk mendapat BWI tanpa mengira jumlah isi rumah / keluarga.
Dokumen yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk permohonan bergantung kepada kategori pemohon:
- Mereka yang mendaftar ke PPS (dengan kad pengenalan) tidak perlu membuat permohonan. Permohonan mereka akan terus diuruskan oleh pihak JKM.
- Mereka yang mendaftar ke PPS (tanpa kad pengenalan) perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.
- Mereka yang tidak berpindah ke PPS, perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.
Adakah saya layak memohon BWI walaupun pusat pemindahan sementara tidak diwartakan?
Ya, anda layak memohon BWI walaupun tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara yang diwartakan. Tetapi anda perlu untuk mendaftar dengan Ketua Masyarakat seperti penghulu, ketua kampung dan MPKK/ JPKK.
Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).
Bolehkah saya memohon secara online?
Tidak ada permohonan online. Permohonan diuruskan daerah dan negeri lokasi di mana KIR yang terkesan bencana berada.
Apakah kriteria yang membolehkan saya diklasifikasikan sebagai mangsa yang terjejas dengan bencana banjir dan seterusnya dipertimbangkan sebagai penerima BWI?
Kriteria asas yang membolehkan seseorang layak untuk dipertimbangkan permohonan BWI adalah apabila sesuatu kejadian menepati maksud bencana sebagaimana yang digariskan di dalam Arahan MKN No. 20 dan disahkan oleh Pegawai Daerah.
Info dan Maklumat lanjut;
Untuk info terkini, sila layari laman web dan sosial media Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri (NADMA)
Laman web: https://www.nadma.gov.my/
Facebook: https://www.facebook.com/nadma.pmd
Twitter: https://twitter.com/mynadma
Instagram: https://www.instagram.com/nadma_malaysia/
Sumber: Facebook NADMA
Tarikh kemaskini (24 Disember 2021)
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.