Permohonan Pas Perjalanan My50 Tanpa Had Rapid KL & Pulau Pinang

Kerajaan mengumumkan Pas Perjalanan My50 bagi menggantikan pas perjalanan tanpa had My30 yang diperkenalkan Kerajaan di bawah skim Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA pada bulan Jun 2020.

Dalam pembentangan Bajet 2022 yang lalu, Menteri Kewangan, YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan peruntukan sebanyak RM115 juta sebagai pembayaran subsidi untuk menampung kos yang perlu ditanggung oleh Prasarana dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Apa itu Pas Perjalanan My50?

Pas perjalanan My50 menawarkan perjalanan tanpa had kepada warga negara Malaysia untuk menggunakan semua perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Prasarana – LRT, MRT, BRT, Monorel dan bas henti-henti Rapid KL serta bas perantara Jom Naik MRT dengan hanya membayar RM50 untuk tempoh penggunaan 30 hari berturut-turut.

Kemudahan pas perjalanan My50 turut disediakan di Pulau Pinang untuk penggunaan tanpa had perkhidmatan bas Rapid Penang di bawah label Pas Mutiara.

Pas ini boleh diperolehi Bermula 1 Januari 2022 di semua stesen LRT, MRT, Monorel, BRT dan hab-hab bas terpilih. 

Pas Perjalanan MY50 Rapid KL

Syarat Kelayakan

Untuk mendapatkan pas ini, anda mestilah seorang warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad atau MyTentera yang sah sebagai kelayakan pembelian My50 di Lembah Klang dan Pulau Pinang bagi Pas Mutiara. 

Harga

Harga pas My50 ialah RM50.

Permohonan atau Cara Pembelian

Untuk pembelian di Lembah Klang, orang ramai boleh melanggan pas perjalanan My50 ini pejabat-pejabat khidmat pelanggan Rapid KL di lokasi-lokasi berikut:

  • Semua stesen LRT
  • Semua stesen MRT
  • Semua stesen Monorel
  • Semua stesen BRT – Laluan Sunway
  • Hab-hab Bas Rapid KL terpilih – 
    1. Pasar Seni 
    2. Chow Kit 
    3. KLCC 
    4. Sri Nilam 
    5. Puchong Utama 
    6. Titik Mutiara 
    7. Sunway Pyramid 
    8. Kayu hijau 
    9. Seksyen 2 Shah Alam

Lokasi-lokasi pembelian di Pulau Pinang pula adalah di kiosk-kiosk terpilih Rapid Penang;

  1. Komtar
  2. Weld Quay (Terminal B)
  3. Penang Sentral
  4. Bukit Jambul
  5. Ibu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit)
  6. Kompleks Dato’ Kailan (Kepala Batas)
  7. Balik Pulau
  8. Bukit Mertajam

Tempoh Sah Pas Perjalanan My50

Tempoh sah adalah 30 hari berturut-turut (termasuk hujung minggu). 

Anda boleh memilih untuk menetapkan tarikh pertama pas anda semasa pembelian, atau anda boleh membiarkannya terbuka, dan “tap” pertama di pintu tambang train atau pembaca kad bas Rapid KL atau Rapid Penang akan menjadi tarikh pertama pas anda.

Info dan Pertanyaan lanjut;

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila e-mel ke [email protected] atau Hubungi 03-7885 2585 pada hari Isnin hingga Jumaat, dari 7.00 pagi hingga 8.30 malam, Sabtu hingga Ahad dan Cuti Umum dari 7.00 pagi hingga 5:30 petang.

Info lanjut juga sila lihat di laman web https://myrapid.com.my/ atau Facebook https://www.facebook.com/myrapid 

Soalan Lazim (FAQ)

Apa itu My50?

My50 ialah pas perjalanan tanpa had yang menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had di Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas pengantara MRT di Lembah Klang. 

Untuk Pulau Pinang, My50 Mutiara Pass menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had untuk semua rakyat Malaysia dengan perkhidmatan bas Rapid Penang. 

Untuk Kuantan, My50 tidak tersedia untuk perkhidmatan Rapid Kuantan. 

Apakah syarat kelayakan?

Warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad & MyTentera yang sah.

Berapakh harga My50?

Harga pas My50 ialah RM50. 

Bilakah boleh dibeli My50?

My50 akan tersedia untuk pembelian mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2022. 

Di mana boleh membeli My50?

Sila lihat dalam artikel.

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.


Scroll to Top