Bantuan awal pengajian IPT Dalam dan Luar Negara MAIDAM adalah bantuan yang diberikan kepada pelajar-pelajar negeri Terengganu yang mendapat tawaran untuk belajar di peringkat Sijil, Matrikulasi, Asasi, Diploma, Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (Master) dan juga Doktor Falsafah (PhD).
Bantuan ini akan diberikan secara one-off mengikut kadar bantuan setiap peringkat pengajian yang disediakan oleh MAIDAM melalui Yayasan Pendidikan MAIDAM.
Objektif bantuan ini adalah bagi meringankan bebanan para ibu bapa dalam menampung kos keperluan pengajian anak-anak mereka ke pusat pengajian.
Apa itu Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam dan Luar Negara MAIDAM?
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyediakan peruntukan zakat kepada rakyat Terengganu yang menetap atau pemastautin tetap di negeri ini untuk memohon bantuan awal pengajian IPT dalam dan luar negara.
Bantuan ini disediakan kepada mereka yang mendapat tawaran untuk belajar di peringkat Sijil, Matrikulasi, Asasi, Diploma, Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (Master) dan juga Doktor Falsafah (PhD).
Permohonan ini dibuka mulai 12 Januari 2022.
Syarat-syarat Permohonan
- Asnaf: Fisabilillah dan Miskin.
- Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
- Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.
- Pelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pelajaran.
- Tahap pengajian yang dipertimbangkan adalah Sijil / Pra Diploma / Asasi / Matrikulasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).
- Tempoh pengajian tidak kurang dari enam (6) bulan dan tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.
- Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu (1) tahap pengajian.
- Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri.
- Permohonan perlu dihantar dalam tempoh enam (6) bulan.
- Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-
mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.
Cara Permohonan
- Permohonan boleh dibuat secara atas talian di portal YPM
http://218.208.50.162/iptonline/
- Permohonan hanya diterima secara atas talian sahaja.
- Pemohon harus melengkapkan semua butiran yang diperlukan. Permohonan yang TIDAK lengkap tidak akan diproses.
- Segala butiran permohonan haruslah disertakan dengan dokumen yang perlu dimuat naik pada ruangan yang telah disediakan.
- Permohonan perlu dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran pengajian.
Senarai Semak Dokumen
1. Surat tawaran belajar yang rasmi.
2. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradik dalam tanggungan.
3. Salinan sijil SPM/ STPM/ sijil berhenti sekolah.
4. Salinan slip gaji/ akuan pendapatan/ penyata pencen terkini ibu bapa/ penjaga. * Penyata pencen/ kad pesara adalah bagi pesara kerajaan sahaja.
5. Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar Negeri Terengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.
6. Salinan sijil kematian / cerai (jika berkaitan).
7. Salinan tiket penerbangan bagi pelajar luar negara.
8. Slip permohonan.
*Slip permohonan, surat akuan pendapatan dan surat akaun mastautin hendaklah menggunakan borang yang telah di sediakan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM. Dokumen tersebut perlu di cetak dan disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/ Pengerusi Masjid/ JPKK/ Penghulu/ Yang Berhormat (YB).
Sumber: Yayasan Pendidikan MAIDAM
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.