Lembaga Zakat Selangor (LZ) membuka permohonan bantuan banjir (LZS Peduli) fasa 2 bagi tahun 2022 setelah fasa 1 ditutup pada 30 Disember tahun lalu.
Bantuan ini diberikan secara one-off kepada mereka yang terkesan dengan banjir yang melanda negeri Selangor pada Disember yang lalu.
Semoga Bantuan Banjir LZS Peduli ini dapat berikan sedikit kelegaan untuk mulakan kehidupan Tahun 2022 selepas bencana banjir yang berlaku.
Apa itu Bantuan Banjir LZS Peduli?
Bantuan one-off kepada ketua keluarga terjejas akibat banjir.
Bantuan ini diwujudkan untuk menyantuni golongan fakir, miskin dan muallaf serta orang awam yang terjejas teruk akibat banjir.
Syarat dan Kelayakan Bantuan Banjir LZS Peduli
Memenuhi syarat kelayakan umum agihan zakat:-
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia atau permastautinan tetap
- Lahir dan menetap di Selangor (bermastautin) di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.
Cara Memohon Bantuan
Permohonan boleh dibuat melalui laman portal Lembaga Zakat Selangor melalui pautan berikut;
https://www.zakatselangor.com.my/lzspeduli/
Kaedah Permohonan untuk Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf:-
- Permohonan secara individu (ketua keluarga)
- Permohonan melalui : Portal LZSPeduli.
- Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
- Memuatnaik dokumen berikut: Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat
Kaedah Permohonan BUKAN Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf:-
- Permohonan secara individu (ketua keluarga)
- Permohonan melalui : Portal LZSPeduli.
- Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
- Memuatnaik dokumen berikut: Mykad ketua keluarga, No. akaun bank dan Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat.
Nota : Kaedah Siasatan adalah berdasarkan dokumen lampiran.
Semakan Status Permohonan
Semakan status permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut;
https://ezo.zakatselangor.com.my
Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk membuat pembayaran selepas dari tarikh kelulusan?
Pembayaran dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan dalam portal.
Jumlah Bayaran Bantuan Banjir LZS Peduli
Jumlah dan kadar bantuan ialah RM600 bagi pemohon yang layak.
Tempoh Permohonan
Bantuan Fasa 2 ini bermula pada 1 Januari 2022 dan dibuka sehingga 31 Januari 2022 (2 Petang).
Sebarang pemakluman akan diumumkan dari semasa ke semasa melalui media sosial LZS.
Kaedah Bayaran
Kaedah bayaran dibuat melalui kaedah bayaran terus ke akaun pemohon. Dengan itu, pemohon dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut:-
- Akaun bank masih aktif untuk proses transaksi bayaran.
- Akaun bank adalah akaun individu, dan bukan akaun bersama.
- Maklumat nombor akaun dan nama bank dimuat naik dengan jelas
Info dan Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut, sila hubungi Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343.
Sila lihat juga soalan lazim (FAQ) mengenai Bantuan Banjir LZS Peduli ini di laman portal rasmi Lembaga Zakat Selangor
https://www.zakatselangor.com.my/lzspeduli/
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.