Semakan Kelayakan Bantuan Rumah Pasca Banjir (KPLB) 11-13 Jan 2022

KPLB akan berada di Tabika KEMAS Bukit Changgang, Banting, Selangor selama tiga hari bermula Selasa ini untuk mengemas kini dan menyemak data pemohon yang layak untuk bantuan pembaikan rumah pasca banjir.

Sebagai permulaan, Pusat Sehenti semakan kelayakan bantuan rumah pasca banjir KPLB ini  bermula di Bukit Changgang dahulu pada 11-13 Januari 2022. Lokasi lain akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi laman web rasmi dan media sosial rasmi.

Apa itu Bantuan Rumah Pasca Banjir Kementerian Pembangunan Luar Bandar KLPB?

Program ini merupakan antara inisiatif Kerajaan untuk membaik pulih dan membina semula rumah yang terkesan akibat banjir dengan peruntukan masing-masing RM50 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Inisiatif bagi membina semula dan membaik pulih rumah yang terkesan akibat banjir dikenali sebagai Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia yang melibatkan tiga fasa pelaksanaannya.

Kedua-dua kementerian masing-masing memperuntukan RM50 juta bagi usaha itu dengan kos sebanyak RM5,000 hingga RM15,000 bagi kos baik pulih rumah dan RM56,000 bagi kos bina baharu.

Tabika KEMAS Sebagai Pusat Sehenti Semakan Kelayakan Bantuan Banjir KPLB

YB Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahadzir Khalid dalam satu kenyataan media pada 7 Januari 2022 memaklumkan Tabika Kemas akan dijadikan sebagai Pusat Sehenti semakan kelayakan bantuan pembaikan rumah pasca banjir.

Bancian jumlah rumah yang perlu dibaiki dan dibina semula sedang dilakukan dan kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan sebaik data bancian lengkap.

“KPLB memutuskan untuk menjadikan premis dan Tabika KEMAS di lokasi banjir sebagai pusat sehenti mulai Selasa depan (11Januari 2022) untuk memudahkan semakan dan pendaftaran kelayakan.

Sebagai permulaan KPLB akan berada di Tabika KEMAS Bukit Changgang. Banting Selangor selama tiga hari bermula Selasa ini untuk mengemas kini dan menyemak data pemohon yang layak untuk bantuan pembaikan rumah pasca banjir.”

Tabika Kemas Bukit Changgang Pusat Sehenti Semakan Bantuan Banjir KPLB

Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan melalui laman web rasmi KPLB, sosial rasmi dan Bilik Gerakan Bencana KPLB di talian 03-88915827.

Kadar Bantuan Pembaikan dan Pembinaan Rumah Kepada Mangsa Banjir di Bawah KPLB

Kerja-kerja pembinaan semula dan pembaikan rumah disediakan akibat bencana banjir di bawah Program Bantuan Rumah dengan kadar seperti berikut:

SKOP BANTUANKADAR BANTUAN 
Baik Pulih RumahRM15,000.00
Bina Baharu Rumah (Semenanjung)RM56,000.00
Bina Baharu Rumah (Sabah & Sarawak)RM68,000.00
Kadar Bantuan Pembaikan dan Pembinaan Rumah Kepada Mangsa Banjir di Bawah KPLB

Cara Membuat Permohonan

Permohonan oleh Ketua Isi Rumah (KIR) perlu dibuat melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah dan Pejabat Daerah.

Bilakah tempoh siap kerja-kerja pembinaan/ pembaikan rumah pasca banjir?

Tempoh pembaikan semula bergantung kepada tahap kerosakan dan akan dilaksanakan Agensi Pelaksana selepas kelulusan nama daripada PKOB. 

Manakala bagi pembinaan rumah, tempoh masa di ambil adalah antara 3 hingga 4 bulan bergantung kepada kesediaan tapak.

Prosedur Pembinaan & Pembaikan Rumah Pasca Banjir KPLB

Prosedur bagi pembinaan dan pembaikan ini melibatkan beberapa peringkat bermula daripada oleh Ketua Isi Rumah (KIR) sehinggalah proses pembinaan / pembaikan rumah oleh agensi pelaksana sama ada dari KPLB atau Kerajaan Negeri.

Prosedur Pembinaan & Pembaikan Rumah Pasca Banjir Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)

Info dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai program ini sila layari laman web dan media sosial Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Laman Web: ​​https://www.rurallink.gov.my/ 

Facebook: https://www.facebook.com/kplbofficial 

Instagram: https://www.instagram.com/kplb_gov/ 

Twitter: https://twitter.com/kplb_gov 

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top