Bantuan Baik Pulih dan Bina Baharu Rumah Kasih Keluarga Malaysia

Sususan pengumuman Perdana Menteri mengenai Bantuan Banjir Keluarga Malaysia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meneruskan inisiatif membina semula dan membaik pulih rumah yang terkesan abikat banjir yang dinamakan sebagai INISIATIF RUMAH KASIH KELUARGA MALAYSIA.

Menerusi inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia ini, Kerajaan memperuntukkan RM100 juta bagi membina semula dan membaik pulih rumah yang terkesan akibat banjir dengan peruntukan masing-masing RM50 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Apa itu Inisiatif Bantuan Rumah Kasih Keluarga Malaysia?

Inisiatif ini merupakan salah satu daripada Bantuan Banjir Keluarga Malaysia dalam usaha mengurangkan beban rakyat yang terkesan dengan banjir baru-baru ini.

Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan peruntukan sejumlah RM1.4 bilion Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang meliputi Bantuan Wang Ihsan (BWI), baucar tunai pembelian barangan blektrik, baucar tunai pembaikan kenderaan, pemberian khas pembelian barangan keperluan dan bantuan tunai kerja-kerja pembaikan rumah.

Rumah Kasih Keluarga Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Kadar Bantuan

Kerja-kerja pembinaan  semula dan pembaikan rumah disediakan akibat bencana banjir di bawah program bantuan rumah dengan kadar berikut;

RM15,000 – baik pulih rumah

RM56,000 – bina baharu rumah (Semenanjung)

Kadar Bantuan Rumah Kasih Keluarga Malaysia

Pelaksanaan Inisiatif Bantuan Rumah Kasih Keluarga Malaysia

Pelaksanaan inisiatif meliputi tiga fasa;

1.  Fasa 1 melibatkan kerja pengumpulan data oleh Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) dijalankan di peringkat daerah. Penyelarasan data di peringkat negeri dijalankan oleh Kerajaan Negeri dan maklumat rakyat yang terkesan akan dikumpulkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU, JPM) sebagai Pusat Data Utama mangsa banjir,

2. Fasa 2 melibatkan pelaksana dan agensi penilai iaitu KPKT, KPLB, JKR dan Kerajaan Negeri dalam pemeriksaan, penilaian dan verifikasi data-data yang telah dikumpulkan; dan

3. Fasa 3 pula adalah kerja-kerja pembinaan atau baik pulih semua rumah yang terkesan sehingga siap dan kemudiannya akan dilaporkan semula kepada ICU, JPM selaku Pusat Data Utama Mangsa Banjir.

Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia

Cara Membuat Permohonan Untuk Pembaikan/Pembinaan Rumah

Permohonan oleh Ketua Isi Rumah perlu dibuat melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah dan Pejabat Daerah.

Bilakah tempoh siap kerja-kerja pembinaan/ pembaikan rumah pasca banjir?

Tempoh pembaikan semula bergantung kepada tahap kerosakan dan akan dilaksanakan Agensi Pelaksana selepas kelulusan nama daripada PKOB.

Manakala bagi pembinaan rumah, tempoh masa diambil adalah 3 hingga 4 bulan bergantung kepada kesediaan tapak.

Carta Alir Proses Kerja Pembinaan Semula & Membaik Pulih Rumah

Untuk makluman, cadangan reka bentuk rumah adalah mengguna pakai model JKR iaitu Rumah Kekal Banjir Atas Tiang dan Rumah Kekal Banjir Atas Tanah dengan keluasan 660 kaki persegi menggunakan teknologi IBS.

Carta Alir Proses Kerja Pembinaan Semula & Membaik Pulih Rumah

Dalam pada itu, YB Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican memaklumkan pelaksanaan Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia di peringkat KPKT akan dilaksanakan melalui SPNB dan PR1MA selain JKR dan Kerajaan Negeri melalui kontraktor yang dilantik.

Sehingga hari ini, anggaran awal kos yang terlibat di peringkat KPKT adalah sebanyak RM83.4 juta di mana SPNB akan membina baharu manakala PR1MA akan melakukan kerja-kerja baik pulih.

Selain itu,KPKT turut memberi jaminan bahawa usaha ini akan dilaksanakan dengan segera dan disusuli dengan pemurnian data yang melibatkan proses pemeriksaan, penilaian, dan verifikasi kelayakan sebelum proses pembinaan dapat dilaksanakan.

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk info terkini dan maklumat lanjut sila rujuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

https://www.facebook.com/KPKTMalaysia/

https://www.facebook.com/kplbofficial

Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

FAQ (SOALAN LAZIM)

Apakah kadar bantuan pembaikan dan pembinaan rumah kepada mangsa banjir di bawah KPKT?

Kerja-kerja pembinaan  semula dan pembaikan rumah disediakan akibat bencana banjir di bawah program bantuan rumah dengan kadar berikut;
RM15,000 – baik pulih rumah
RM56,000 – bina baharu rumah (Semenanjung)

Bagaimanakah saya boleh membuat permohonan bantuan pembaikan/pembinaan rumah?

Permohonan oleh Ketua Isi Rumah perlu dibuat melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah dan Pejabat Daerah.

Bilakah tempoh siap kerja-kerja pembinaan/ pembaikan rumah pasca banjir?

Tempoh pembaikan semula bergantung kepada tahap kerosakan dan akan dilaksanakan Agensi Pelaksana selepas kelulusan nama daripada PKOB.
Manakah bagi pembinaan rumah, tempoh masa diambil adalah 3 hingga 4 bulan bergantung kepada kesediaan tapak.

Scroll to Top