Atas permintaan ramai, Kerajaan Negeri Pahang prihatin untuk melanjutkan kempen diskaun 20% bagi bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Pahang hingga bulan Mac 2022.
YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail dalam ucapan belanjawan Belanjawan Negeri Pahang 2022 memaklumkan;
Tempoh Kempen
Diskaun 20% bagi bayaran balik pinjaman Yayasan Pahang ini bermula dari Januari 2022 sehingga Mac 2022.
Syarat Permohonan
- Bayaran perlu dibuat secara sekaligus ke atas baki pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang pada bulan JANUARI 2022.
- Perlu memohon borang berikut untuk layak rebet 20%.
- Borang permohonan https://forms.gle/L4o45MSskuBH5yMY9
Semakan Penyata Bayaran Balik
Untuk membuat semakan bayaran balik pinjaman Yayasan Pahang, sila klik pada pautan berikut;
https://sispen.yp.org.my/BayaranBalikPinjaman.aspx
Kaedah Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang
Terdapat beberapa kaedah untuk bayaran balik pinjaman pendidikan YP sebagaimana yang tertera dari laman portal Yayasan Pahang
1. Tunai/Debit card/ Kredit Card
Pembayaran boleh dibuat di kaunter bayaran balik seperti berikut:
- Kaunter Bayaran Balik di Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, Kuantan. (Waktu operasi : 8.00 pagi hingga 4.30 petang – Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum)
- Kaunter Yayasan Pahang di UTC Pahang, Kuantan. (Waktu operasi : 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali cuti umum)
2. Kiriman Wang/Wang Pos/Cek/Bank Draf
Hendaklah ditulis di atas nama TABUNG PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN YAYASAN PAHANG. Sila tuliskan nama, nombor kad pengenalan, rujukan pinjaman dan alamat di belakangnya.
3. Potongan Gaji
Mengisi borang potongan gaji yang boleh didapati di YP. Pihak YP akan menguruskan urusan pemotongan gaji.
4. Perbankan Internet
Layari laman web perbankan internet berikut untuk membuat bayaran:
1. Maybank – http://www.maybank2u.com.my (sila klik di ‘Account & Banking, Education Loan, Yayasan Pahang’)
2. CIMB – http://www.cimbclicks.com.my (sila klik di ‘Pay Bills, Enter Billers Name, Yayasan Pahang’)
3. Pos Malaysia Berhad – http://www.posonline.com.my (No. Akaun 0601-0725226-05-5) Hanya di kaunter Pejabat Pos atau Pos Online sahaja.
4. JomPAY – Melalui perbankan internet atau telefon mudah alih dengan akaun semasa atau simpanan (Biller Code: 48538, Ref-1: No KP Peminjam, Ref 2: No. Telefon Peminjam).
5. Pahang GO – Melalui aplikasi mobile.
*Pastikan No. Kad Pengenalan peminjam TEPAT terutama bagi bayaran melalui akaun pihak ketiga atau bayaran dari akaun selain dari Peminjam Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang bagi mengelakkan bayaran tidak dapat dikenalpasti.
5. KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)
Tuan/puan dikehendaki untuk menghubungi Unit Bayaran Balik Yayasan Pahang dan KWSP bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP untuk menyelesaikan baki pinjaman pendidikan Yayasan Pahang.
PERINGATAN: Tuan/Puan dinasihatkan supaya TIDAK MEMBUAT BAYARAN melalui kaedah berikut bagi mengelakkan bayaran tidak dapat dikenalpasti oleh Yayasan Pahang
1. Bayaran melalui Kaunter Perkhidmatan Bank;
2. Bayaran melalui Cash Deposit Machine (CDM)
Namun untuk mendapat diskaun 20% bagi Pinjaman Yayasan Pahang ini, anda dinasihatkan menghubungi sendiri Yayasan Pahang bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kaedah bayaran yang boleh dilakukan.
Info dan Maklumat Lanjut
Tuan/Puan boleh menghubungi senarai berikut sekiranya ada sebarang persoalan dan pertanyaan lanju;
- 09-5181800 = Yayasan Pahang
- 09-5181898 = En Amirul
- 09-5181886 = Pn Suzilawati
- 01116631800, 01116641800 (WhatsApp)
- 09-5181883 = Pn. Arina
- 09-5181820 = Pn. Rohana
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.