Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) membuka tawaran tajaan pengajian bagi melanjutkan pengajian di sekolah-sekolah zakat negeri ini bagi kemasukan pelajar tingkatan 1 dan 4 sesi 2022.
Untuk makluman, tajaan pengajian zakat kedah ini diberi keutamaan kepada anak-anak bagi keluarga dalam kategori fakir dan miskin.
Tarikh Tutup permohonan
Permohonan ini ditutup pada 18 Januari 2022 (Selasa).

Penempatan & Syarat-syarat Permohonan
Lembaga Zakat Negeri Kedah menyediakan 2 jenis tawaran bagi kemasukan seperti berikut ;
Penempatan Bagi Tajaan Kemasukan Tingkatan 1 / 2022 Sekolah Zakat Kedah
- SZK 1 : Maahad Dini Sultan Abdul Halim, Belantik Sik
- SZK 2 : Kolej Agama Sultab Abdul Halim (Ulul Albab), Jalan Suka Menanti Alor Setar
- SAR 1 (Daerah Langkawi) : SMA Baqiyatussolihat, Langkawi
- SAR 2 (Daerah Kubang Pasu : SMA Nadhah Hasanah, Melele Kodiang
- SAR 3 (Daerah Alor Setar : SM Sains Tafiz (SEMESTI), Alor Setar
- SAR 4 (Daerah Padang Terap), SMA Khairiah, Pedu
- SAR 5 (Daerah Yan) : SMA Taufiqah Al-Khairiah Al-Halimiah (Pondok Pakya), Padang Lumat
- SAR 6 (Daerah Pendang) : SMA Islah, Pendang
- SAR 7 (Daerah Baling) : SMA Yayasan Khairiah, Kupang
- SAR 8 (Daerah Kulim) : SMA Tarbiah Diniah, Kulim
- SAR 9 (Daerah Kulim) : SMA Ihsaniah, Jangkang Kulim
- SAR (Daerah Kuala Muda) : SMA Daris, Sungai Petani
Syarat Permohonan Tingkatan 1 2022 adalah seperti berikut ;
- Warganegara Malaysia dan dilahirkan pada tahun 2009
- Sedang menetap dan bermastautin di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 Tahun
- Keutamaan diberikan kepada anak-anak asnaf faqir dan miskin
- Bersedia ditempatkan di sekolah-sekolah yang ditetapkan oleh LZNK
- Pelajar yang layak akan dihubungi untuk sesi temuduga
Penempatan Bagi Tajaan Kemasukan Tingkatan 4 / 2022 Sekolah Zakat Kedah
Bagi tingkatan 4, penempatan adalah di Kolej Agama Sultan Abdul Halim (Ulul Albab), Jalan Suka Menanti Alor Setar
Syarat Permohonan Tingkatan 4 2022 adalah seperti berikut ;
- Lelaki
- Warganegara Malaysia yang berumur sekurang-kurangya 16 Tahun pada tahun 2022
- Sedang menetap dan bermastautin di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 Tahun
- Menghafaz Al-Quran sekurang-kurangnya 15 Juzu’
- Pelajar yang layak akan dihubungi untuk sesi temuduga
Cara Memohon
Permohonan Tajaan Pengajian di Sekolah Zakat Kedah ini boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut;
https://bit.ly/MasukSekolahZakat22
MAKLUMAN!
- Sila masukkan No.KP/Passport pelajar untuk pendaftaran kali pertama atau membuat semakan status permohonan
- Klik butang SEMAKAN untuk pengesahan No.KP/Passport.
- Sekiranya No.KP/Passport tidak ditemui, butang DAFTAR DISINI akan terpapar. Ibu/bapa boleh membuat permohonan baru dengan klik butang DAFTAR DISINI.
Permohonan yang layak sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Temuduga (Ujian Pemilihan Pelajar Sekolah Zakat Kedah -UPPSZK) yang akan diadakan pada Bulan Februari 2022.
Info dan Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi:
BAHAGIAN PEDIDIKAN ZAKAT KEDAH
TEL: 04-7331740 / 013-4592071
BAHAGIAN LEMBAGA PENGURUSAN SEKOLAH ZAKAT KEDAH
TEL: 013-4463071
Sumber: Facebook Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.