Dalam usaha meringankan beban kepada mangsa banjir, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) mengumumkan bantuan sebanyak RM500 untuk pembelian peralatan elektrik domestik kepada mangsa banjir yang terkesan.
Bantuan khas ini dikhususkan kepada warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pengguna/pemilik akaun elektrik (domestik) dengan syarikat utiliti elektrik, rumah kediaman yang ditenggelami banjir dan tersenarai sebagai Mangsa Bencana.
Melalui bantuan ini, setiap rumah kediaman pengguna/pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) yang layak boleh memohon dan mendapatkan e-rebat bernilai RM500 semasa membuat pembelian sama ada secara fizikal di kedai dan pasaraya yang berdaftar atau diplatform e-dagang yang diiktiraf di bawah Program SAVE.
Apa itu Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia: Pembelian Peralatak Eketrik Domestik?
Ia merupakan Bantuan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu mangsa-mangsa banjir melalui pemberian rebat (bukan tunai) sehingga RM500 kepada setiap isi rumah yang terkesan dengan bencana banjir untuk membeli peralatan elektrik kegunaan harian di Kedai Berdaftar atau platform e-dagang yang mengambil bahagian.
Pemberian rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik ini akan menggunakan platform sistem dalam talian Program SAVE (Sistem yang diurus oleh SEDA Malaysia dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan badan swasta).
Objektif program bantuan ini adalah bagi mengurangkan beban mangsa-mangsa banjir untuk membeli sebahagian peralatan elektrik kegunaan harian, bagi menggantikan peralatan elektrik yang telah rosak disebabkan banjir.

Kriteria Kelayakan
Pemohon mestilah:
- Mangsa banjir yang telah disenaraikan oleh pihak Kerajaan Malaysia.
- Membeli peralatan elektrik kegunaan harian utama yang mempunyai label keselamatan oleh SIRIM – Suruhanjaya Tenaga.
Cara Untuk Memohon Dan Menebus Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia : Pembelian Peralatan Elektrik Domestik
Terdapat 2 kaedah tersedia untuk pengguna iaitu:
- Kaedah 1: Pembelian dan penebusan di Kedai atau Pasar Raya Berdaftar; atau
- Kaedah 2 : Pembelian secara dalam talian melalui platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, Lazada dan PG Mall
* Kedua-dua kaedah ini beroperasi menggunakan platform SAVE oleh pekedai termasuk yang di dalam talian.
Maklumat dan Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
Pemohon hanya perlu mempunyai atau membawa tiga (3) dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan;
- Akaun bil elektrik domestik TNB yang sah; dan
- Dokumen sokongan berkaitan mangsa banjir (salah satu salinan asal laporan daripada agensi berikut):
- Polis;
- NADMA;
- Pegawai Daerah;
- Surat sokongan dari Ketua komuniti (JKKK, JMB / JMC, Persatuan Penduduk, dll); atau
- Agensi kerajaan yang terlibat dengan penyelarasan bantuan mangsa banjir.
Senarai Kedai Yang Berdaftar Yang Mengambil Bahagian
Untuk melihat senarai kedai yang berdaftar yang mengambil bahagian dalam Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia: Pembelian Peralatak Eketrik Domestik, sila lihat pautan (link):
https://save.seda.gov.my/publics/retailer
Sila pilih negeri dan tekan butang search.
Senarai Barangan Elektrik Yang Boleh Di Beli Melalui Program Ini
Sejumlah 15 barangan peralatan elektrik yang disenaraikan dan mempunyai label keselamatan oleh SIRIM-ST.
Senarai peralatan elektrik adalah disenaraikan di bawah:
- Peti Sejuk
- Mesin Basuh
- Kipas
- Lampu
- Periuk Nasi
- Televisyen
- Seterika
- Ketuhar Elektrik
- Blender
- Cerek Elektrik
- Penyedut hampagas
- Dapur elektrik
- Ketuhar Gelombang Mikro
- Penyejuk beku (Freezer)
- Pendingin hawa
Info dan Maklumat Lanjut
Sila lihat soalan lazim (FAQ) mengenai program ini di pautan berikut;
http://www.seda.gov.my/2021/12/program-rebat-bantuan-banjir-pembelian-barangan-elektrik/
Pengguna disaran merujuk panduan senarai kelengkapan elektrik dan harga rujukan (Recommended Purchase Price RPP) serta membuat perbandingan harga bagi mendapatkan harga terbaik dan kos efektif atau untuk mendapatkan maklumat lanjut di www.saveenergy.gov.my.
Sumber: Laman Portal SEDA
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.