Wednesday, December 6, 2023
HomeBantuan PKSSkim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) TEKUN RM10,000

Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) TEKUN RM10,000

TEKUN NASIONAL menyediakan Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) sebagai pembiayaan suntikan modal pusingan untuk memulihkan dan memulakan semula perniagaan yang terjejas daripada wabak Covid-19.

Apa yang menarik melalui SPIM ini adalah pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM10,000 tanpa caj perkhidmatan (0%) serta diberi moratorium selama 12 bulan.

Objektif pembiayaan adalah salah satu usaha Kerajaan memperbanyak akses pembiayaan kepada sektor perniagaan, terutamanya untuk pengusaha PMKS dan sektor informal.

Apa Itu Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM)?

Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) adalah skim yang menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 pada kadar keuntungan kosong peratus ( 0% ) berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro. 

Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM)

Syarat-syarat Utama Permohonan Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM)? 

Syarat asas pembiayaan adalah sama seperti syarat pembiayaan yang sedia ada seperti berikut:

  • Bumiputera / India dan warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  • Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) ATAU pengesahan menjalankan perniagaan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung ( JPKK ) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan ( JPKKP ) / Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak atau kupon / permit perniagaan oleh jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.
  • Mempunyai tempat perniagaan yang khusus atau bergerak.
  • Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan.
  • Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah patuh Syariah.

Jumlah Pembiayaan Yang Ditawarkan oleh SPIM

Nilai pembiayaan yang akan disalurkan adalah dari RM1,000 sehingga RM10,000 bagi setiap usahawan mengikut kelayakan serta tertakluk kepada terma dan syarat-syarat asas TEKUN Nasional.

  • RM1,000 – RM5,000 bagi usahawan yang tidak mempunyai lesen / permit daripada PBT atau daftar perniagaan yang sah (SSM).
  • RM1,000 – RM10,000 bagi usahawan TEKUN sedia ada atau usahawan baru yang mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah (SSM).

Kadar Keuntungan SPIM

Kadar yang dikenakan adalah sebanyak 0 %.

Jenis Perniagaan Yang Boleh Dipohon Di bawah SPIM 

Usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecilan, penjaja kecil , peniaga yang menjalankan perniagaan dari rumah ( home-based business), peniaga yang menjalankan perniagaan secara bergerak (mobile business), peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian ( online business ) dan perniaga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran ( delivery services).

Tempoh  Proses Permohonan SPIM

Proses kelulusan dalam masa 7 hari bekerja. (Tertakluk pada terma dan syarat) 

Adakah Pembiayaan Menerusi Skim ini dilindungi Insurans?

Pembiayaan Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) juga dilindungi oleh Insuran Takaful dengan syarat masih dalam tempoh pembiayaan. 

Adakah TEKUN melantik ejen / wakil untuk Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM)? 

TEKUN tidak melantik ejen / wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan ini. 

Saya merupakan usahawan TEKUN sedia ada, adakah saya layak memohon skim ini? 

Ya, anda layak memohon skim ini sekiranya rekod bayaran balik anda tidak tertunggak melebihi 6 bulan.

Saya Merupakan Peminjam CBRM 2.0 dan SPIN 2.0, Adakah Saya Layak Memohon Untuk SPIM?

Tidak Layak.

Adakah Peminjam Produk CBRM 1.0, TBRS, Mobileprenuer 1.0, 2.0 dan 3.0 Layak Memohon SPIM?

Layak dipertimbangkan untuk pembiayaan bertindih sekiranya baki pembiayaan kurang RM5,000.

Cara Memohon SPIM?

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman portal rasmi  https://tekunfin.tekun.gov.my/ atau menerusi kaunter di pejabat TEKUN Cawangan.

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan untuk skim ini ditutup pada 15 Januari 2022 (SABTU).

Tarikh tutup permohonan Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM)

Alamat dan nombor telefon pejabat- pejabat TEKUN 

Maklumat lengkap Pejabat Cawangan TEKUN di seluruh negara boleh dilayari melalui link berikut : www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/ 

Info dan Maklumat Lanjut

Sebagai langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan wabak Covid-19 anda digalakkan berurusan melalui saluran berikut :

Facebook, Instagram, Twitter =  @tekunasional 

No telefon = 03 9059 8888 ( Waktu pejabat ) 

Laman web = http://fems.tekun.gov.my/ 

SUMBER: Portal Rasmi TEKUN NASIONAL

​​PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah itu SPIM?

Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) adalah skim yang menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 pada kadar keuntungan kosong peratus ( 0% ) berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro. 

Apakah Syarat-syarat Permohonan SPIM?

Syarat asas pembiayaan adalah sama seperti syarat pembiayaan yang sedia ada seperti berikut:
1. Bumiputera / India dan warganegara Malaysia.
2. Berumur 18 tahun dan ke atas ( tempoh pembiayaan tidak melebihi 65 tahun).
3. Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) ATAU pengesahan menjalankan perniagaan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung ( JPKK ) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan ( JPKKP ) / Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak atau kupon / permit perniagaan oleh jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.
4. Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan .
5. Baki pembiayaan sedia ada tidak melebihi RM 100,000.
6. Aktiviti yang dijalankan adalah patuh syariah.

Berapakah Jumlah Pembiayaan?

Nilai pembiayaan yang akan disalurkan adalah dari RM1,000 sehingga RM10,000 bagi setiap usahawan mengikut kelayakan serta tertakluk kepada terma dan syarat-syarat asas TEKUN Nasional.
– RM1,000 – RM5,000 bagi usahawan yang tidak mempunyai lesen / permit daripada PBT atau daftar perniagaan yang sah (SSM).
– RM1,000 – RM10,000 bagi usahawan TEKUN sedia ada atau usahawan baru yang mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah (SSM).

Apakah jenis sektor perniagaan yang layak memohon?

Usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecilan, penjaja kecil , peniaga yang menjalankan perniagaan dari rumah ( home-based business), peniaga yang menjalankan perniagaan secara bergerak (mobile business), peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian ( online business ) dan perniaga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran ( delivery services).

Bagaimana Cara Memohon SPIM?

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman portal rasmi  https://tekunfin.tekun.gov.my/ atau menerusi kaunter di pejabat TEKUN Cawangan.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!