Wednesday, October 5, 2022
HomeInfoSAVE 3.0: Cara Tebus RM400 Baucar Barangan Elektrik 

SAVE 3.0: Cara Tebus RM400 Baucar Barangan Elektrik 

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) pada 7 Januari 2022 melancarkan Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) 3.0 dengan pemberian e-rebat yang berupa baucar barangan elektrik cekap tenaga berlabel 4 dan 5.

Insentif e-rebat baucar barangan elektrik melalui program SAVE 3.0 ini bertujuan menggalakkan ramai pengguna domestik beralih kepada barangan cekap tenaga.

Menurut YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan selaku Menteri Tenaga dan SUmber Asli, “SAVE 3.0 dibiayai menerusi Dana Akaun Industri Bekalan Elektrik yang merupakan program inisiatif kesinambungan daripada siri SAVE 1.0 dan 2.0. Ia dilaksanakan lebih dua tahun lalu bagi mempromosikan amalan penggunaan peralatan elektrik cekap tenaga yang berlabel empat atau lima bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).”

Apa itu Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) 3.0?

Ia merupakan program e-rebat melalui baucar barangan elektrik dengan maksimum RM400 untuk isi rumah bagi membeli barangan cekap tenaga yang menerima label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).

Objektif utama Program SAVE 3.0 adalah seperti berikut:

  • Menambah jumlah empat (4) dan lima (5) bintang peralatan elektrik cekap tenaga dan peralatan cekap tenaga di pasaran; dan
  • Meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menggalakkan mereka membeli peralatan cekap tenaga yang akan menjimatkan penggunaan elektrik pengguna, terutamanya untuk pengguna domestik.
E-Rebat Program Save 3.0 Untuk Pembelian Peralatan elektrik Cekap Tenaga

Syarat Kelayakan Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Pengguna / Pemilik yang tinggal di premis yang berdaftar dengan syarikat utility seperti TNB, SESB, SEB, dan Nur Power Sdn. Bhd.
  • 1 akaun utiliti hanya layak memohon 1 rebat untuk setiap kategori
  • Penerima Save 2.0 tidak layak untuk memohon Save 3.0 kategori 1
  • Siapa cepat dia dapat (FIRST COME, FIRST SERVED BASIS)

Tempoh Penebusan e-Rebat RM400 SAVE 3.0

Baucar ini boleh ditebus mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022

Kategori Barangan Elektrik SAVE 3.0

Terdapat 2 kategori yang boleh ditebus untuk baucar barangan elektrik melalui program SAVE 3.0;

  • Kategori 1: peti sejuk atau penyaman udara
  • Kategori 2: televisyen, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro (microwave) atau periuk nasi

Bagi peralatan elektrik di bawah Kategori 1, nilai e-rebat yang boleh ditebus untuk pembelian peti sejuk atau penyaman udara ialah RM200. 

Di bawah Kategori 2 pula, nilai e-rebat yang disediakan adalah RM200 bagi televisyen, RM200 bagi mesin basuh, RM100 bagi ketuhar gelombang mikro atau RM50 bagi periuk nasi.

Untuk makluman, rebat ini terhad kepada satu akaun sahaja dalam tahun 2022 berdasarkan first come first serve basis.

Kategori Peralatan Program SAVE 3.0

Cara Penebusan

Anda boleh memohon dan mendapatkan e-rebat mulai 7 Januari 2022 melalui 2 kaedah iaitu dengan membawa bil elektrik terkini dan membuat pembelian secara fizikal di kedai-kedai elektrik/pasar raya berdaftar di bawah Program SAVE 3.0 atau memohon e-rebat dan membuat pembelian secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.

Shopee = https://shopee.com.my/m/program-save 

Lazada = https://www.lazada.com.my/program-save  

PG Mall = https://pgmall.my/program-save 

Cara Penebusan Melalui Shopee

Sila lihat panduan melalui gambar rajah di bawah;

Save 3.0 Shopee

Senarai Kedai / Pasar Raya Fizikal Yang Berdaftar Melalui Program SAVE 3.0

Untuk melihat senarai kedai / pasar raya fizikal yang berdaftar melalui program SAVE 3.0, sila klik pautan di bawah;

https://save.seda.gov.my/publics/retailer

Sila pilih negeri dan tekan butang search.

Pengguna disaran merujuk panduan senarai kelengkapan elektrik dan harga rujukan (Recommended Purchase Price RPP) serta membuat perbandingan harga bagi mendapatkan harga terbaik dan kos efektif atau untuk mendapatkan maklumat lanjut di www.saveenergy.gov.my.

Info dan Maklumat Lanjut;

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman portal SEDA http://www.seda.gov.my/saveprogram/ atau hubungi SEDA Malaysia;

No tel: 03-8870 5800

Email: [email protected]

Laman Web www.saveenergy.gov.my

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!