PROGRAM PEMBERIAN BANTUAN SECARA BAUCAR KEPADA RAKYAT MISKIN BERSEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2023 DUN TAMAN MEDAN
Pusat Khidmat Rakyat DUN Taman medan membuka permohonan bagi Bantuan Baucar Jom Shopping Hari Raya Aidilfitri 2023 kepada warga tempatan beragama Islam serta pengundi yang bermastautin di kawasan berkenaan.
Kadar baucar Jom Shopping Perayaan telah dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 setiap keluarga berbanding sebelum ini.
Secara keseluruhan, Kerajaan Negeri menganggarkan 82,400 penerima bagi program ini yang akan diperuntuk sebanyak RM16.8 juta.
Bantuan Baucar Raya Dun Taman Medan
Program bantuan secara tahunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2012 khusus untuk golongan berpendapatan rendah di Negeri Selangor. Ianya merupakan Program bantuan bersempena tiga (3) perayaan utama iaitu, Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali di mana setiap keluarga yang kurang berkemampuan akan membuat pembelian barangan keperluan bernilai RM200 di pasar raya terpilih.
Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka mulai 1 Februari 2023.
Baucar adalah terhad berdasarkan “First Come First Serve Basis”.
Syarat Permohonan
Syarat-syarat permohonan adalah;
- Penerima bantuan adalah masyarakat yang menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri;
- Penerima bantuan mempunyai pendapatan seisi rumah RM3,000.00 dan ke bawah;
- Penerima bantuan mestilah pengundi berdaftar di DUN Taman Medan;
- Hanya seorang peneriman bantuan sahaja yang layak menerima baucar bagi setiap keluarga; dan
- Penerima bantuan bukan penerima manfaat di bawah Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) atau Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE).
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan adalah sebagaimana berikut;
- Salinan kad pengenalan suami dan isteri (jika ibu/bapa tunggal, sila sertakan salinan sijil perceraian atau kematian)
- Salinan slip gaji (jika tiada slip gaji, boleh ambil surat pengesahan pendapatan di Pejabat)
Cara Memohon
Borang permohonan boleh diambil di Pejabat dan digalakkan untuk membawa dokumen yang diperlukan semasa mengisi borang.
Alamat;
Pusat Khidmat Rakyat DUN Taman Medan, 12-2, Jalan PJS 3/61, 46000, Petaling Jaya, Selangor.
Waktu operasi Pusat Khidmat Rakyat DUN Taman Medan adalah sebagaiman berikut;
Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui SMS.
Info Lanjut dan Pertanyaan
Sebarang maklumat lanjut mengenai Baucar Jom Shopping Raya Dun Taman Medan ini sila ikuti di Facebook Pusat Khidmat Rakyat DUN Taman Medan
Sumber: Facebook Pusat Khidmat Rakyat DUN Taman Medan