Pembayaran BKM Fasa 1 Secara Tunai Melalui BSN (Tiada Akaun Bank)

Info mengenai pembayaran BKM Fasa 1 secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tiada akaun bank.

Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibayar secara berperingkat dengan bayaran Fasa Satu dikreditkan mulai 28 Mac hingga 8 April 2022.

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 melalui pengkreditan ke dalam akaun akan bermula secara rasminya pada 28 Mac 2022 (Isnin) dan ia akan dilakukan secara berperingkat.

Bagi bayaran tunai pula, ia akan dilakukan mulai 30 Mac 2022 (Rabu) di seluruh Cawangan BSN.

Semakan Status Kelayakan

Anda boleh menyemak status kelayakan mulai 28 Mac 2022 melalui cara-cara berikut:

  1. Layari laman sesawang https://bkm.hasil.gov.my  atau
  2. Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Hotline BKM melalui talian 1-800-88-2747

Pembayaran BKM Melalui Pengkreditan Akaun

Bagi pembayaran BKM fasa 1, penerima yang lulus akan menerima bayaran sebanyak antara RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima yang merangkumi isi rumah, warga emas (bujang/tiada pasangan) dan individu bujang.

Pembayaran BKM melalui pengkreditan akaun akan dilakukan berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN. 

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui Perbankan Internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.

Pembayaran BKM Secara Tunai Di Kaunter BSN

Berbeza dengan tarikh bayaran secara pengkreditan ke akaun bank, penerima BKM yang tidak mempunyai akaun akan menerima bayaran secara tunai mulai  mulai 30 Mac 2022 (Rabu) di seluruh Cawangan BSN.

Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM. Rujuk laman sesawang BKM untuk maklumat lanjut. 

SOP Ketika Hadir Ke BSN

Para pelanggan diminta untuk mempraktikkan penjarakan fizikal sejauh 1-meter. 

Selain itu, pelanggan wajib memakai pelitup muka sebelum melakukan transaksi perbankan di kaunterCawangan BSN.

Pembayaran BKM Melalui BSM Bagi Yang Tiada Akaun

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut.

Sumber: Bank Simpanan Nasional

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top