Kerajaan Negeri Terengganu menyediakan Bantuan Hari Raya i-Fitri kepada rakyat negeri ini yang berkelayakan pada tahun 2022.
Bantuan ini diumumkan Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melalui Belanjawan 2022 yang bertemakan “Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua” pada tahun lalu melalui Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Darul Iman yang berlangsung pada 15 November 2021.
Pemberian bantuan hari raya i-fitri ini melibatkan peruntukan berjumlah RM56.4 juta akan dibayar kepada 148,700 ketua isi rumah pada pertengahan April 2022.
Apa Itu Bantuan i-Fitri?
i-Fitri merupakan bantuan hari raya khas buat rakyat Terengganu yang berkelayakan bagi membantu rakyat negeri ini dalam menyambut Hari Raya Puasa bagi tahun 2022.
Bantuan ini diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam belanjawan 2022 pada tahun lalu.
Terdapat 2 kategori bantuan ini iaitu;
- Kategori A : Pendapatan isi rumah kurang daripada RM 2,500
- Kategori B : Pendapatan isi rumah antara RM 2,501 – RM 5,000

Jumlah Bantuan
Bantuan berjumlah RM400 akan diberikan kepada 128,450 isi rumah miskin.
Manakala RM250 pula kepada 20,250 isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000.
Tarikh Permohonan
Permohonan Bantuan Hari Raya i-Fitri akan dibuka selama 10 hari bermula jam 10 pagi Selasa 22 Mac 2022 sehigga 31 Mac 2022.
Cara Memohon
Pemohon yang layak berdasarkan kriteria ditetapkan boleh memohon melalui portal berikut;
https://ibantuan.terengganu.gov.my/
Syarat-syarat Kelayakan Bagi Permohonan i-Fitri 2022
- Rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu sahaja semasa memohon
- Kategori A: Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah kurang daripada RM2500.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun)
- Kategori B: Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah di antara RM2501.00-RM5000.00 (termasuk gaji dan semua elaun).
- Berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20)
- Pemohon mestilah pengundi berdaftar di Negeri Teréngganu.
- Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon
- Kontraktor berdaftar adalah tidak layak memohon
- Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon KECUALI pendapatan jumlah pendapatan isi rumah memenuhi syarat kategori.
- Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Perakuan Pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JPKK.
- Borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada JPKK bersama-sama salinan dokumen berikut:
- Salinan Kad pengenalan /sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungan.
- Salinan Slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan
- Salinan sijil atau surat nikah atau pengesahan status perkahwinan oleh JPKK
- Salinan SSM (bagi peniaga berlesen yang layak)
- Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak.
- Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda apa-apa syarat di atas dari semasa ke semasa tanpa notis.

Tarikh dan Cara Bayaran
Pembayaran dijangka bermula seawal 17 April sehingga 23 April di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pemohon yang berjaya akan menerima baucer melalui agihan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing.
Info dan Maklumat Lanjut
Sebarang info dan maklumat terkini, sila layari laman Facebook Urus Setia Penerangan Darul Iman – UPDI
atau hubungi Pusat Khidmat Masyarat DUN masing-masing.
Sumber: Urus Setia Penerangan Darul Iman – UPDI
Soalan Lazim (FAQ)
i-Fitri merupakan bantuan hari raya khas buat rakyat Terengganu yang berkelayakan bagi membantu rakyat negeri ini dalam menyambut Hari Raya Puasa bagi tahun 2022.
– RM400 bagi pendapatan isi rumah kurang daripada RM 2,500
– RM250 bagi pendapatan isi rumah antara RM 2,501 – RM 5,000
Mulai 10 pagi 22 Mac 2022 sehigga 31 Mac 2022 (10 hari)
Melalui portal https://ibantuan.terengganu.gov.my/
Bermula seawal 17 April sehingga 23 April 2022