Mohon Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB Untuk Lepasan SPM 2021

Permohonan untuk anugerah biasiswa luar negara PNB kini dibuka!​

Pendidikan merupakan salah satu daripada teras Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PNB.  

Dalam teras ini, kami ingin menyumbang kepada pembangunan lestari modal insan dengan menyediakan peluang pendidikan dan mewujudkan generasi profesional berkaliber tinggi dan berbakat untuk PNB dan Malaysia. 

Di bawah teras ini, Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB telah diperkenalkan sejak lebih daripada 25 tahun lalu. ​

Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB yang dianggap paling berprestij di negara ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dengan prestasi akademik yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian mereka dalam bidang terpilih di universiti-universiti terbaik di seluruh dunia. Sejak diperkenalkan pada 1996 sehingga Mei 2022, lebih 400 biasiswa telah dianugerahkan.​

Cara Memohon

Mohon sekarang di https://scholarship.pnb.com.my/scho…/hravenue_schlogin.jsp atau imbas kod QR yang tertera! Permohonan dibuka sehingga 24 Jun 2022.

Iklan Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB
Scroll to Top