Biasiswa Yayasan TM Future Leaders 2022 kini dibuka untuk permohonan!
Selain daripada biasiswa dan bantuan kewangan untuk 200 penempatan dalam negara dan 30 antarabangsa, YTM juga menyediakan Program Pembangunan Berstruktur yang direka khas untuk membentuk individu yang lebih holistik dan menyeluruh serta melengkapkan pemegang biasiswa kami dengan kemahiran masa hadapan di dalam kedua-dua bidang digital dan kebolehpasaran.
Calon-calon yang berkelayakan, jangan lupa untuk memohon Biasiswa YTM ini sebelum permohonan ditutup pada hujung Jun 2022.
Apa itu Biasiswa Yayasan TM Future Leaders?
Program Biasiswa Penuh untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berpencapaian tinggi untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah di institusi pengajian tinggi.
Tarikh Tutup Permohonan
Permohonan Biasiswa Yayasan TM ditutup pada 30 Jun 2022 (Khamis).
Keistimewaan Biasiswa
Pemegang biasiswa berpeluang menghadiri program pembangunan diri dan diberi keutamaan untuk menyertai tenaga kerja Kumpulan TM.
Jenis Program
Terdapat 2 jenis program yang ditawarkan iaitu;
- Yayasan TM Future Leaders Scholarship (Dalam Negara)
- Yayasan TM Future Leaders Scholarship (Luar Negara)
Syarat dan Kelayakan
Kepada pemohon yang ingin memohon biasiswa ini hendaklah menepati syarat kelayakan yang ditetapkan sebagaimana berikut;
1. Program Luar Negara
- Warganegara Malaysia dan mempunyai keadaan kesihatan yang baik.
- Mendapat sekurang-kurangnya 8 A untuk SPM 2021.
- Tidak melebihi umur 21 tahun pada Dis 2022.
- Aktif dalam aktiviti kokurikulum.
2. Program Dalam Negara
- Warganegara Malaysia dan mempunyai keadaan kesihatan yang baik.
- Mendapat sekurang-kurangnya 6 A untuk SPM 2021 atau PNGK 3.0 atau setara untuk keputusan terkini.
- Tidak melebihi 23 tahun pada Dis 2022.
- Aktif dalam aktiviti kokurikulum.
Bidang Pengajian
- Teknologi Maklumat & Digital.
- Seni Multimedia/Sinematik Kreatif.
- Kejuruteraan.
- Pengurusan.
- Pensijilan Profesional (cth: ACCA)
- >>KLIK SINI<< untuk butiran lanjut
Institusi
Bagi Lepasan SPM 2021
- Institusi terpilih untuk program luar negara.
- Universiti Multimedia.
- IPTS terpilih untuk pensijilan Profesional.
Untuk Matrik/Diploma/Pra-Universiti/Asasi:
- Universiti Multimedia.
- Universiti Awam.
*Eksklusif untuk pelajar tahun 1 semester 1.
Terma dan syarat:
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 20,000 sebulan.
- Pemohon tidak boleh mempunyai adik beradik yang pernah menerima Biasiswa YTM di Institusi Pengajian Tinggi.
- Pemohon dan kedua ibu bapa mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon pada masa ini tidak menerima sebarang bentuk bantuan kewangan pendidikan daripada sumber lain.
Cara Memohon
Permohonan Biasiswa Yayasan TM Future Leaders 2022 hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut;
https://ytmapps.tm.com.my/Account/Login
- * baca dengan teliti syarat-syarat permohonan sebagaimana yang disebut sebelum ini.
- * isi maklumat dengan tepat
Info Dan Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
- Penajaan:Khairul Izam : 011 3609 8927
- Teknikal:Abdul Salam Musa : 019 575 0533
- E-mel: [email protected]
Sila layari >>bit.ly/YTMscholarship2022 untuk maklumat lanjut tentang biasiswa
Semoga anda berjaya menjadi salah seorang penerima biasiswa YTM dan bersama sebahagian daripada perjalanan menarik ini untuk menjadi pemimpin masa hadapan Digital Malaysia!
Sumber: Yayasan TM
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.