Sunday, September 25, 2022
HomeBantuan IPTPermohonan Biasiswa Khazanah Watan Scholarship Lepas SPM 2021

Permohonan Biasiswa Khazanah Watan Scholarship Lepas SPM 2021

Berita baik buat lepasan SPM 2021! Yayasan Khazanah menawarkan Biasiswa Khazanah Watan Scholarship Programme kepada calon-calon yang berkelayakan untuk memohon biasiswa ini.

Permohonan biasiswa ini dibuka mulai 10 Jun 2022.

Berikut merupakan maklumat lanjut berkaitan syarat-syarat dan cara permohonan.

Apa Itu Biasiswa Khazanah Watan?

Khazanah Watan Scholarship ialah anugerah berprestij yang menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia yang berbakat dan mempunyai pencapaian yang baik bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda dan Pasca Siswazah di universiti tempatan terkemuka terpilih.

Matlamat Program Biasiswa Khazanah Watan adalah untuk:

  • Melatih bakat cemerlang Malaysia untuk mengubah GLC menjadi perniagaan yang kompetitif di peringkat tempatan dan antarabangsa.
  • Menggalakkan individu yang mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang untuk memimpin dan mengambil bahagian dalam inisiatif penyelidikan yang akan menyumbang kepada kemajuan reputasi universiti dalam penyelidikan dan inovasi.

Tempoh Permohonan

Permohonan biasiswa  dibuka mulai 10 Jun 2022 sehingga 30 Jun 2022 (Khamis). 

Permohonan Biasiswa Khazanah Watan dibuka mulai 10 Jun 2022

Syarat Kelayakan

Calon-calon lepasan SPM 2021 yang ingin memohon Biasiswa Khazanah Watan hendaklah mempunyai kemahiran kepimpinan yang kuat dan penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum, sosial atau sukarelawan.

Pemohon juga mestilah mempunyai rekod pencapaian akademik yang konsisten dan cemerlang seperti berikut:

  1. Mendapat sekurang-kurangnya 8A (gabungan A dan A+) dalam peperiksaan SPM 2021  ini atau sekurang-kurangnya 8A dalam IGCSE baru-baru ini.
  2. Mendapat A atau A+ dalam mata pelajaran teras berikut: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik (hanya untuk SPM).
  3. Berumur tidak melebihi 18 tahun pada tarikh pendaftaran untuk pengajian asas.
  4. Mendapat tawaran kemasukan untuk melanjutkan pelajaran atau sedang dalam semester pertama Program Asasi di universiti yang diluluskan Yayasan Khazanah di Malaysia.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut;

https://applicationportal.yayasankhazanah.com.my/

Calon-calon dinasihatkan untuk membaca maklumat dan arahan dengan teliti sebelum mengisi borang permohonan.

Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai biasiswa ini boleh menghubungi maklumat berikut;

Alamat:
​​Yayasan Khazanah
Level 2, Block A,
Dataran PHB,
Saujana Resort, Section U2,
40150 Shah Alam, Selangor.

Tel : +603 – 5870 4333
Fax : +603 – 5870 4355

Email: [email protected] 

Sila layari laman web berikut untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan program.

https://www.yayasankhazanah.com.my/scholarship-programmes/khazanah-watan-scholarship-programme

Sumber: Yayasan Khazanah

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!