Permohonan Biasiswa Pendidikan Petronas (PESP) Bagi Tahun 2022

Biasiswa Pendidikan Petronas PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) 2022

Berita baik untuk semua calon lepasan SPM tahun 2021. Permohonan Program Tajaan Biasiswa Pendidikan PETRONAS atau PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) kini dibuka. 

Jangan lepaskan peluang untuk memohon biasiswa ini.

Mengenai Biasiswa PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP)

Sejak 1975, PETRONAS telah memupuk lebih 37,000 bakat muda dari pelbagai latar belakang untuk mengejar cita-cita mereka dan membantu membentuk masa depan syarikat, industri tenaga dan negara.

PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) menyediakan sejumlah besar program pembangunan yang disesuaikan dengan pelajar tajaan kami dalam memupuk pemimpin berprestasi tinggi dan progresif.

Tempoh Permohonan

16 Jun 2022 hingga 22 Jun 2022. 

Kelayakan Asas 

Hanya lepasan SPM 2021 yang mencapai minimum 8A- layak memohon PESP.

Bidang Tajaan

Petronas Education Sponsirship Programme
  • Chemical Engineering (Kejuruteraan Kimia)
  • Mechanical Engineering (Kejuruteraan Mekanikal)
  • Electrical Engineering & Instrumentation (Kejuruteraan Elektrik & Instumentasi)
  • Geoscience / Geology/Geophysics (Geosains / Geologi / Geofizik)
  • Petroleum Engineering (Kejuruteraan Petroleum)
  • Applied Chemistry (Kimia Gunaan)
  • Pure Chemistry (Bio Kimia)
  • Marketing (Pemasaran)
  • Economics (Ekonomi)
  • Accounting (Akauntan)
  • Mathematics (Matematik)
  • Statistics (Statistik)
  • Computer Science (Komputer Sains)
  • Software Engineering (Kejuruteraan Perisian)
  • Information Technology (Teknologi Maklumat)
  • Law (Undang-undang)

Jenis Tajaan

Tajaan ini dibuka untuk pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi seperti berikut:

  1. Universiti Teknologi PETRONAS termasuk Program Asasi 1 tahun.
  2. Universiti Awam di Malaysia termasuk tempoh wajib
  3. Program Matrikulasi / Asasi
  4. Universiti Luar Negara termasuk Program Pra Universiti sehingga 24 bulan di Malaysia.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman web PESP iaitu;

https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS/Applicant/Applicant/Login

Pastikan anda mendaftarkan diri dengan menekan butang REGISTER dan mengisi maklumat peribadi serta maklumat akademik berdasarkan syarat kelayakan.

Panduan Pendaftaran;

  • Klik “Register” untuk meneruskan pendaftaran
  • Isikan maklumat yang diperlukan
  • E-mel pengaktifan akan dihantar ke alamat e-mel berdaftar anda
  • Aktifkan akaun anda melalui pautan dalam e-mel
  • Log masuk dengan nama pengguna dan kata laluan berdaftar anda

Pertanyaan

Untuk pertanyaan, sila hubungi di talian hotline 03 – 2331 2277 / 03 – 2051 2277 dari jam 9 pagi hingga 5 petang  dengan mengemukakan nombor kad pengenalan, nama pengguna atau alamat e-mel anda untuk tujuan pengesahan. 

Sebagai alternatif, anda boleh menghantar e-mel di [email protected] 

Info lanjut

Untuk maklumat lanjut sila rujuk soalan lazim (FAQ) melalui pautan berikut;

https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS/Applicant/Applicant/Faq

Semoga berjaya! 

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top