Monday, October 2, 2023
HomeBantuan IPTPermohonan Program Khas Jepun Korea Perancis & Jerman (JKPJ) 2022

Permohonan Program Khas Jepun Korea Perancis & Jerman (JKPJ) 2022

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2021 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2022. 

Program penajaan ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2021 yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan. 

Penajaan program ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA. 

Apakah itu Program Khas Jepun, Korea, Perancis Dan Jerman (JKPJ) 2022? 

Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2022 merupakan program penajaan JPA berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar lepasan SPM tahun 2021 dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial ke negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. 

Pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan sebelum melanjutkan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka bermula 16 Jun 2022 (Khamis) hingga 26 Jun 2022 (Ahad), jam 5.00 petang. 

Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Bentuk Penajaan

Penajaan program ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut: 

  1. Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian; 
  2. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian; 
  3. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan 2 
  4. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Syarat Umum Program JKPJ 2022

Syarat Umum 

  1. Warganegara Malaysia; 
  2. Mempunyai kesihatan yang baik; 
  3. Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  4. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama; 
  5. Menduduki peperiksaan SPM 2021 buat pertama kali; 
  6. Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui laman web berikut;

https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=JKPJ

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. 

Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. 

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Khas JKPJ Tahun 2022 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Student Assessment Centre (SAC)

Calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC. 

Tujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA. 

Program SAC dijadualkan pada 4 hingga 7 Julai 2022 mengikut zon pusat temuduga. 

Tarikh-tarikh Penting

AKTIVITITARIKH/HARI
Permohonan dibuka16 Jun 2022 (Khamis)
Permohonan ditutup26 Jun 2022 (Ahad)
Semakan Panggilan SAC1 Julai 2022 (Jumaat)
Tempoh SAC4 – 7 Julai 2022
Jangkaan Keputusan29 Julai 2022 (Jumaat)

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan penajaan Program Khas JKPJ ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.jpa.gov.my  atau http://esilav2.jpa.gov.my/  pada 29 Julai 2022 (Jumaat).

Pelajar yang tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya. 

Info dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan lanjut boleh emelkan ke [email protected] 

(emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 16 sehingga 26 Jun 2022).

Maklumat lanjut Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) tahun 2022;

Iklan Program Khas JKPJ Tahun 2022

FAQ Program Khas JKPJ Tahun 2022

Sumber: ePermohonan Jabatan Perkhidmatan Awam

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!