Permohonan Biasiswa TNB Prime Scholarship Yayasan Tenaga Nasional

Permohonan Biasiswa TNB Prime Scholarship Yayasan Tenaga Nasional (YTN) kini dibuka!

YTN mempelawa calon-calon yang berminat dan berkelayakan untuk memohon TNB PRIME Scholarship bagi melanjutkan pengajian di universiti terkemuka luar negara dan UNITEN di peringkat Persediaan/Asas hingga Ijazah Sarjana Muda. 

Maklumat mengenai Biasiswa TNB Prime Scholarship adalah sebagaimana di bawah.

Mengenai Yayasan Tenaga Nasional (YTN)

Sejak 1993, Yayasan Tenaga Nasional (YTN) komited dalam membangunkan modal insan yang cemerlang melalui program penajaan biasiswa di peringkat pengajian tinggi. Lebih RM1.3 billion telah disumbangkan dan lebih 20,000 bantuan pendidikan dianugerahkan kepada pelajar-pelajar cemerlang sebelum ini. ​

Tarikh Permohonan

Permohonan Biasiswa TNB Prime dibuka bermula 16 Jun 2022 (Khamis) hingga 23 Jun 2022 (Khamis).

Iklan-TNB-Prime-Scholarship-(Oversea-&-UNITEN)

Program Yang Ditawarkan

Untuk biasiswa ini, program yang ditawarkan ialah;

  1. Program Universiti Terkemuka Luar Negara untuk kemasukan di peringkat Persediaan hingga Ijazah Sarjana Muda, dan; 
  2. Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) untuk kemasukan di peringkat Asas hingga Ijazah Sarjana Muda.
Permohonan TNB Prime Scholarship Kini dibuka

Syarat-syarat Kelayakan

Kelayakan Biasiswa TNB Prime Scholarship adalah sebagaimana berikut:

1. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia

2. Calon berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Januari pada tahun permohonan dibuat.

3. Tiada adik-beradik yang sedang menerima tajaan biasiswa YTN.

4. Calon mestilah aktif dalam bidang ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian serta ciri kepimpinan yang tinggi.

5. Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan YTN adalah tidak layak memohon.

6. Pemohon tak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian di peringkat yang sama.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut;

https://ytn.tnb.com.my/

Klik pada “APPLY NOW”.

  • Pemohon dikehendaki mendaftar akaun di laman portal tersebut sebelum mengisi maklumat permohonan.
  • Isi maklumat dengan lengkap seperti maklumat peribadi, keputusan SPM, maklumat ibubapa atau penjaga, dan lain-lain yang berkaitan.

Info Lanjut Dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan sila email ke [email protected]  TNB PRIME Scholarship!

Rebut peluang keemasan ini dan mulakan perjalanan pendidikan bersama TNB. 

Mohon sekarang! Untuk maklumat lanjut, layari https://ytn.tnb.com.my.

Sumber: Yayasan Tenaga Nasional

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top