Permohonan Program Biasiswa Agrobank (SAP) Bagi Tahun 2022

Program Biasiswa Agrobank – Scholarship Award Programme (SAP)

Sukacitanya Agrobank Malaysia membuka tawaran permohonan bagi program Biasiswa Agrobank Scholarship Award Programme (SAP) untuk calon-calon yang berkelayakan bagi tahun 2022.

Biasiswa ini ditawarkan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan menawarkan bantuan berbentuk kewangan.

Maklumat Program Biasiswa Agrobank (SAP) bagi tahun 2022 adalah sebagaimana di bawah.

Tarikh Tutup Permohonan 

30 Jun 2022, 5:00 pm.

Syarat Kelayakan Program Biasiswa Agrobank (SAP)

Kelayakan bagi SAP adalah sebagaimana berikut;

  • Pelajar Malaysia; berumur 18 hingga 23 tahun yang sedang melanjutkan Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa dalam kursus Perniagaan/ Kewangan/ Perakaunan dan program Ijazah yang berkaitan di IPT tempatan berikut: UiTM dan UPM
  • Minima PNGK 3.30
  • Minima 4 semester untuk menamatkan pengajian ketika pengambilan
  • Minima Band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET)
  • Penyertaan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum
  • Memegang jawatan penting dalam kelab/persatuan di universiti
  • Berpersonaliti menarik
  • Tidak menerima sebarang biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan yang memerlukan ikatan perkhidmatan.
  • Perakuan perubatan.

Pakej Biasiswa

  • Menawarkan bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.

Lain-Lain:

  • Bon perkhidmatan pekerjaan
  • Pelajar yang menerima Pinjaman PTPTN dibenarkan memohon

Proses Permohonan:

Nota penting sebelum mengisi permohonan

  • Calon dikehendaki membaca arahan dengan teliti sebelum mengisi borang permohonan.
  • Calon dikehendaki mengisi semua tempat kosong dalam borang permohonan dengan maklumat terkini.
  • Borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
  • Pengisian borang permohonan tidak semestinya bermaksud tawaran SAP.
  • Semua maklumat yang diberikan akan dianggap sebagai peribadi & sulit.

*Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi.

Info lanjut

Maklumat lanjut mengenai Program Biasiswa Agrobank (SAP), boleh layari laman web https://www.agrobank.com.my/ 

Anda juga boleh mengikuti info dan maklumat terkini di laman Facebook Agrobank

Sumber: Agrobank

Program Biasiswa Agrobank (Scholarship Award Program -SAP) 2022

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top