Biasiswa Limkokwing B40 Bagi Sesi Kemasukan Jun 2022
Limkokwing University of Creative Technology kini menawarkan 500 penempatan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda tetapi menghadapi kekangan kewangan.
Biasiswa ini di khususkan kepada dua kursus pengajian di Limkokwing University of Creative Technology, iaitu Diploma Teknologi Maklumat dan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Perkomputeran Mudah Alih.
Biasiswa Limkokwing B40 ini membantu mengurangkan tanggungan pengajian sebanyak 70% dan selebihnya ditawarkan dalam bentuk pinjaman daripada agensi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Apa itu Biasiswa Limkokwing B40?
Biasiswa Limkokwing B40 disediakan kepada pelajar B40 yang menghadapi masalah kewangan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Teknologi Maklumat dan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) di Limkokwing University.
Para pelajar dibantu dengan pengurangan yuran sebanyak 70% dan selebihnya ditawarkan dalam bentuk pinjaman dari PTPTN.
PTPTN menawarkan jumlah pinjaman selaras (penerima BKM) kepada pelajar yang layak untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma sebanyak RM 8,000.00 setahun (RM 24,000.00 untuk 3 tahun), manakala untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda sebanyak RM 14,030.00 setahun (RM 42,090.00 untuk 3 tahun).
Jumlah pinjaman yang diperuntukkan ini mampu menampung kos sara hidup pelajar sepanjang tahun pengajian. Diharapkan tajaan biasiswa untuk melanjutkan pengajian tinggi ini dapat meningkatkan kehidupan dan membantu keluarga pelajar khususnya dan masyarakat Malaysia am nya.
Kursus Pengajian Yang Ditawarkan Biasiswa
Maklumat tawaran biasiswa adalah sebagaimana berikut;
1. Diploma Teknologi Maklumat
- Jumlah Pelajar – 300
- Yuran Asal Pengajian (100%) – RM 45,600
- Yuran Pengajian Ditanggung IPT (70%) – RM 31,920
- Baki Yuran Yang Perlu Dijelaskan (30%) – RM 13,680
2. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Perkomputeran Mudah Alih
- Jumlah Pelajar – 200
- Yuran Asal Pengajian (100%) – RM 46,000
- Yuran Pengajian Ditanggung IPT (70%) – RM 32,200
- Baki Yuran Yang Perlu Dijelaskan (30%) – RM 13,800
Syarat Am Permohonan Biasiswa
Permohonan dibuka kepada calon-calon lepasan SPM, STPM dan Diploma:
- Terbuka kepada warganegara Malaysia dan penduduk Malaysia yang bertaraf Pemastautin Tetap.
- Umur pemohon tidak melebihi 22 tahun ketika permohonan dihantar.
- Pemohon disahkan sihat oleh doktor bertauliah dan telah mengikuti ujian saringan dan tidak menghidapi HIV, Hepatitis dan sebarang penyakit berbahaya.
- Pemohon komited menjalani kursus pengajian sepenuh masa.
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan mahupun tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.
- Pemohon tiada sebarang rekod buruk seperti tajaan ditamatkan atas masalah disiplin.
- Pendapatan isi rumah keluarga pemohon adalah RM 4,850.00 ke bawah.
Cara Memohon
Permohonan bagi Biasiswa Limkokwing B40 boleh dibuat secara online melalui pautan berikut;
https://biasiswa.limkokwing.net/register-now
Dokumen Yang Diperlukan
Sila pastikan dokumen-dokumen berikut disediakan terlebih dahulu sebelum memulakan proses Pendaftaran.
✔ Kad pengenalan pelajar
✔ Kad pengenalan ibu & bapa pelajar
✔ Penyata gaji terkini ibu & bapa pelajar
✔ Penyata bank rekod gaji ibu & bapa pelajar
✔ Akaun Bank Islam (WAJIB kepada semua pemohon PTPTN)
✔ Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN Prime)*
* Deposit pembukaan serendah RM20 sahaja. Setiap pelajar IPT yang ingin memohon pinjaman disyaratkan untuk membuka akaun SSPN
** Jika penjaga tidak bekerja/OKU/hilang upaya bekerja, mohon kepilkan rekod bantuan zakat asnaf atau bantuan kebajikan masyarakat jika ada untuk menyokong permohonan
Info dan Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Lilyana binti Kamaruddin
Telefon : 018-3832885
Email : [email protected]
Sumber: Limkokwing Universiti
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.