Monday, October 2, 2023
HomePermohonanPermohonan Skim Air Percuma Selangor Darul Ehsan (SADE) 

Permohonan Skim Air Percuma Selangor Darul Ehsan (SADE) 

Di bawah Inisiatif Skim Peduli Rakyat Negeri Selangor (SSIPR), mereka yang berkelayakan boleh membuat permohonan Skim Air Percuma Selangor Darul Ehsan (SADE).

Menurut Air Selangor pendaftaran untuk Sade dibuka sehingga 31 Disember 2024 dan mereka yang layak akan menikmati air percuma sebanyak 20 meter padu.

Oleh yang demikian, semak syarat-syarat permohonan program Skim Air Darul Ehsan (SADE) untuk mengetahui jika anda layak untuk menerima air percuma. Ringankan perbelanjaan bulanan anda melalui program SADE ini. 

Apa Itu Skim Air Selangor Darul Ehsan (SADE)?

Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor warganegara Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM 4,000 dan ke bawah.

Kelayakan

Skim Air Darul Ehsan ini layak dinikmati pengguna-pengguna yang menepati syarat-syarat seperti berikut: 

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.
  2. Pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara; atau bagi yang tiada pasangan/bujang).
  3. Premis kediaman mempunyai meter individu.
  4. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.

Nota:

Pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan secara automatik sehingga 31 Disember 2024 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).

Inisiatif Peduli Rakyat Skim Air Selangor Darul Ehsan

Tarikh Tutup Permohonan

Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju melanjutkan tempoh SADE untuk 3 tahun bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2024 dan pendaftaran adalah dibuka sepanjang tahun.

Cara Permohonan

  1. Permohonan Skim Air Darul Ehsan boleh dibuat atas talian melalui portal Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) www.ssipr.selangor.gov.my  
  2. Borang permohonan program boleh dimuat turun atau diperolehi melalui saluran berikut: 
    1. Laman sesawang www.airselangor.com  
    2. Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. 
    3. Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) 
  3. Borang permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui emel [email protected]  atau melalui manamana Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. 
  4. Maklumat permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan tidak dapat didaftarkan. 
  5. Keputusan permohonan Skim Air Darul Ehsan akan dimaklumkan kepada pemohon. 

Info Dan Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut layari www.airselangor.com  atau hubungi talian 15300

Sumber: Air Selangor

Soalan Lazim (FAQ)

Apa itu Apa Itu Skim Air Selangor Darul Ehsan (SADE)?

Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor warganegara Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM 4,000 dan ke bawah.

Apakah syarat kelayakan Skim Air Percuma Selangor Darul Ehsan (SADE)?

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor 
2. Pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang) 
3. Premis kediaman meter individu 
4. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja

Bilakah Tarikh Tutup Permohonan?

31 Disember 2024

Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan isi rumah RM 4,000 dan ke bawah seperti yang tertakluk dalam terma & syarat SADE? 

Ia bermaksud pendapatan bulanan isi rumah hendaklah RM 4,000 ke bawah bagi pasangan suami dan isteri (termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara) atau tiada pasangan/bujang.

​​Adakah pelanggan yang menetap di Wilayah Kuala Lumpur dan Putrajaya layak untuk memohon SADE? 

Tidak layak. Permohonan SADE hanya untuk penduduk di Selangor sahaja.

Adakah penyewa layak untuk membuat permohonan SADE? 

Ya, penyewa layak memohon jika memenuhi terma dan syarat permohonan serta semakan kelyakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Sila lihat maklumat lanjut mengenai soalan lazim Air Percuma Skim Air Selangor Darul Ehsan (SADE) melalui pautan berikut;

https://www.airselangor.com/wp-content/uploads/2022/02/IPR_FAQ_BM_2022-09.02.22.pdf

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!