Bank Negara Malaysia (BNM) membuka permohonan kepada calon-calon lepasan SPM 2021/2022 yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Kijang bagi tahun 2022.
Program biasiswa yang ditawarkan oleh Bank hanya terbuka kepada warganegara Malaysia.
Penerima biasiswa BNM akan memperoleh akses ke universiti terkemuka seperti dalam senarai yang diluluskan Bank, untuk mendapat pengalaman belajar yang terbaik, dalam bidang Ekonomi, Perakaunan, Kewangan, Sains Aktuari, Matematik, Statistik, Sains Data, Undang-undang, dan Sains Komputer.
Apa Itu Biasiswa Kijang Bank Negara?
Biasiswa Kijang dianugerahkan kepada individu yang layak untuk mengikuti program prauniversiti di kolej prauniversiti yang telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Biasiswa ini akan membiayai yuran pembelajaran, elaun sara hidup dan elaun-elaun lain yang berkaitan dengan biasiswa.
Tarikh Permohonan
Permohonan Biasiswa Kijang Bank Negara Malaysia dibuka mulai 16 Jun (Khamis) sehingga 26 Jun 2022 (Ahad).
Permohonan selepas tarikh tutup yang dinyatakan tidak akan diterima. Sekiranya anda memenuhi keperluan minimum, anda sangat digalakkan untuk memohon pada tahun hadapan.
Syarat-syarat Permohonan
Tajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda adalah tertakluk pada penerima biasiswa memenuhi syarat-syarat berikut:
- Keputusan peperiksaan yang cemerlang: Mendapat minimum 8A (A dan A+ sahaja) dalam peperiksaan SPM
- Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mantap, keupayaan bekerja dalam kumpulan dan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum
- Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik
- Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2022
Selepas berjaya menamatkan pengajian, penerima biasiswa dikehendaki berkhidmat di Bank dan terikat dengan Bank iaitu mengikut nisbah satu (1) tahun pengajian bersamaan dengan dua (2) tahun tempoh perkhidmatan di Bank.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan untuk proses penilaian selanjutnya.
Cara Memohon
Permohonan untuk Biasiswa Kijang dan Biasiswa Sarjana Muda BNM dibuka mulai 16 Jun sehingga 26 Jun 2022 di laman web Bank Negara Malaysia melalui pautan berikut;
https://www.bnm.gov.my/careers/scholarships
Tajaan Biasiswa
Biasiswa Bank akan membiayai perbelanjaan termasuk yuran pengajian, tiket penerbangan pergi balik (hanya kepada pelajar luar negara), elaun sara diri dan elaun-elaun lain yang berkaitan dengan biasiswa.
Bidang Tajaan
Bagi tajaan Biasiswa Kijang Bank Negara, bidang pengajian pemohon perlulah berkaitan dengan urusan dan aktiviti teras Bank: Ekonomi, Perakaunan, Kewangan, Sains Aktuari, Matematik, Statistik, Undang-undang, Sains Data dan Sains Komputer.
Jumlah Biasiswa
Jumlah biasiswa yang ditawarkan setiap tahun adalah berbeza kerana bergantung pada kualiti permohonan yang diterima dan kesesuaian pemohon bagi setiap kategori.
Info dan Maklumat lanjut
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila e-melkan soalan anda kepada [email protected]
Rujuk laman web https://www.bnm.gov.my/careers/scholarships untuk info dan maklumat lanjut berkaitan biasiswa ini.
Sumber: Bank Negara Malaysia
Soalan Lazim (FAQ)
Mulai 16 Jun hingga 26 Jun 2022
Secara online melalui laman portal BNM https://www.bnm.gov.my/careers/scholarships
– Ekonomi,
– Perakaunan,
– Kewangan,
– Sains Aktuari,
– Matematik,
– Statistik,
– Undang-undang,
– Sains Data,
– Sains Komputer
Jumlah biasiswa yang ditawarkan setiap tahun adalah berbeza kerana bergantung pada kualiti permohonan yang diterima dan kesesuaian pemohon bagi setiap kategori.