Monday, June 27, 2022
HomeBantuan Keluarga MalaysiaKadar Bayaran Bantuan BKM Tambahan RM300-RM500

Kadar Bayaran Bantuan BKM Tambahan RM300-RM500

Selain daripada jumlah asas bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), penerima yang layak juga akan menerima BKM Tambahan berdasarkan jumlah pendapatan dan bilangan anak yang ditetapkan.

Berikut adalah maklumat berkaitan dengan BKM Tambahan.

Apa itu BKM Tambahan?

BKM Tambahan merupakan kadar bayaran tambahan yang diberikan kepada penerima yang layak dari kategori Isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) dan kategori isi rumah berstatus warga emas berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Kadar BKM Tambahan

Kadar bayaran BKM tambahan antara RM300-RM500 diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

  • Tambahan RM500 kepada penerima dalam kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak yang memenuhi syarat; atau
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas

Dalam hal ini, penerima di atas akan menerima bayaran berdasarkan jumlah berikut;

Tambahan Kadar Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bantuanrakyat.my

Cara Semakan BKM Tambahan

Untuk mengetahui sama ada anda menerima bayaran ini, semakan boleh dibuat di portal MyBKM melalui pautan berikut;

https://bkm.hasil.gov.my/

  • Tekan log masuk MyBKM
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • Klik Butang Semak
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
  • Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
  • Klik Log Masuk
  • Klik pada Semakan Status

Melalui semakan status anda akan melihat maklumat berkaitan BKM termasuk maklumat BKM Tambahan (sekiranya layak).

DAPAT dan Tak Dapat BKM TAMBAHAN (1)

Tarikh bayaran

Pembayaran BKM akan dilaksanakan melalui empat fasa iaitu;

BILFASATARIKH
1Fasa 1Mac
(sudah dibayar)
2Fasa 2Mulai 27 Jun
3Fasa 3September
4Fasa 4Disember

* Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

Kaedah Pembayaran

Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini: 

i. Ada akaun bank:

  1. Berjaya Kredit – 

Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau

Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.

  1. Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup) 

Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau

Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

ii. Tiada akaun Bank

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM. 

Info dan Pertanyaan Mengenai BKM

  • Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747
  • Hotline BKM MOF: 03-8882 4565/03-8882 4566
  • e-Mel: [email protected]
  • Alamat
Sekretariat BKM,
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia(MOF),
Presint 2, 62592 Putrajaya.

Soalan Lazim (FAQ) Bayaran BKM Tambahan

Siapakah yang layak menerima kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:
i. Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal
(IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
ii. Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas.

Bagaimana Cara Semakan BKM Tambahan?

Melalui portal MyBKM https://bkm.hasil.gov.my/
log masuk dan klik pada semakan status

Bilakah Tarikh Pembayaran BKM?

Fasa 1: Mac 2022
– Isi rumah
– Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
– Bujang
Fasa 2: Jun 2022
– Isi rumah
– Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
Fasa 3: September 2022
– Isi rumah
– Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
– Bujang
Fasa 4: Disember 2022
– Isi rumah
– Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!