Kerajaan Negeri Sembilan membuka permohonan kepada mereka yang berkelayakan bagi membuat permohonan Rumah Mampu Milik Type A Taman Kirby, Batu 9 Labu, Daerah Seremban Negeri Sembilan.
Harga rumah bermula dari RM80,000.00 bagi lot tengah.
Maklumat permohonan dan syarat-syarat bagi rumah mampu milik di Batu 9 Labu, Seremban ini adalah sebagaimana berikut.
Tarikh Permohonan
Mulai 13 Jun 2022 (Isnin) hingga 26 Jun 2022 (Ahad)
Lokasi
Lokasi rumah mampu milik adalah di Taman Kirby, Batu 9 Labu, Daerah Seremban
Syarat-Syarat Permohonan:
- Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM3,500.00 sebulan.
- Pemohon adalah wajib mempunyai pendapatan tetap dan bekerja
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam Daerah Seremban serta telah berkahwin.
- Keutamaan kepada pemohon yang belum memiliki rumah atau tanah.
- Permohonan yang tidak lengkap, maklumat yang tidak tepat, tidak disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berkaitan seperti di Bahagian J serta tidak mematuhi ketetapan akan ditolak.
Maklumat Rumah
Pelan lokasi, keluasan tanah, spesifikasi rumah, pelan tapak dan alamat pejabat jualan pemaju adalah sebagaimana berikut;
Harga dan Pemilihan Jenis Lot
Pemohon Adalah Dibenarkan Membuat 1 Pilihan Lot Sahaja. Pemohon Juga Dinasihatkan Untuk Membuat Pilihan Berdasarkan Kemampuan Kewangan Seisi Rumah.
- TENGAH – RM80,000
- TEPI – RM90,000
- PENJURU (446 kaki persegi) – RM106,760
- PENJURU (618 kaki persegi) – RM117,080
- PENJURU (640 kaki persegi) – RM118,400
- PENJURU (823 kaki persegi) – RM129,380
- PENJURU (963 kaki persegi) – RM137,780
- PENJURU (1049 kaki persegi) – RM142,940
- PENJURU (1060 kaki persegi) – RM143,600
- PENJURU (1286 kaki persegi) – RM157,160
- PENJURU (1447 kaki persegi) – RM166,820
- PENJURU (1533 kaki persegi) – RM171,980
- PENJURU (1694 kaki persegi) – RM181,640
- PENJURU (1748 kaki persegi) – RM184,880
- PENJURU (1759 kaki persegi) – RM185,540
- PENJURU (1985 kaki persegi) – RM199,100
Cara Memohon
Bagi mereka yang ingin memohonRumah Mampu Milik Type A Taman Kirby, Batu 9 Labu, Daerah Seremban ini, sila isi maklumat lengkap di pautan berikut;
https://forms.gle/Zsh8g1HKnKuKsUdC7
PERHATIAN! SILA BACA DAN FAHAMI KENYATAAN DIBAWAH SEBELUM MENGISI BORANG PERMOHONAN.
- Sila baca dengan teliti dan pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan sama seperti di dalam dokumen yang dimuat turun (upload).
- Pastikan borang permohonan di isi dengan lengkap dan jelas. Borang permohonan yang tidak jelas dan lengkap akan di tolak.
- Sertakan salinan dokumen yang di berkaitan dan dikehendaki kepada alamat emel [email protected]. Pastikan salinan dokumen jelas dan boleh dibaca. Permohonan akan ditolak sekiranya dokumen kabur, tidak jelas dan tidak boleh dibaca.
- Sila klik butang ini (no. 4) sekiranya faham dan jelas dengan kenyataan di atas.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang perlu dimuat naik (upload) ketika membuat permohonan)
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (WAJIB)
- Salinan Kad Pengenalan Pasangan (WAJIB – KECUALI Bujang)
- Salinan Sijil Kelahiran Pemohon (WAJIB)
- Salinan Sijil Kelahiran Pasangan (WAJIB – KECUALI Bujang)
- Salinan Slip Gaji Pemohon Terkini (3 Bulan Terkini) (WAJIB)
- Salinan Slip Gaji Pasangan Terkini (3 Bulan Terkini) (WAJIB – KECUALI Bujang)
- Salinan Sijil Nikah / Sijil Daftar Perkahwinan / Sijil Cerai / Sijil Kematian Pasangan / Salinan Surat Perintah Mahkamah (Proses Cerai)/Surat Akuan Sumpah (Perkahwinan tidak berdaftar dengan JPN) – (WAJIB – Kecuali Bujang)
- Borang Pengesahan Pendapatan Bagi Pemohon Atau Pasangan Yang Bekerja Sendiri / Pendapatan Tidak Tetap / Tidak Mempunyai Slip Gaji / Tidak Bekerja / Suri Rumah (WAJIB – KECUALI pemohon atau pasangan yang mempunyai Slip Gaji)
- Salinan Kad Pesara dan Penyata Bayaran Tahunan Pesara Terkini – (WAJIB BAGI PESARA)
- SILA MUAT NAIK (UPLOAD) DOKUMEN DI ATAS KE ALAMAT EMEL [email protected]
Cara Menghantar Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
Setiap pemohon yang ingin email permohonan hendaklah menulis nama pemohon pada bahagian subjek sebagaimana contoh di bawah.
Sumber: Perumahan Negeri Sembilan