Bantuan Kewangan Dana Siswa HEPA UMT
Dalam usaha membantu golongan yang kurang berkemampuan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Pejabat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) UMT membuka permohonan bantuan kewangan kepada semua pelajar yang layak untuk memohon Dana Siswa HEPA UMT.
Pelajar-pelajar yang berkelayakan, bolehlah memohon Bantuan Kewangan Dana Siswa HEPA UMT ini berdasarkan maklumat-maklumat berikut
Tarikh permohonan:
Permohonan dibuka mulai 8 Jun 2022 (Rabu) hingga 15 Jun 2022 (seminggu)
Syarat permohonan:
Syarat permohonan adalah sebagaimana berikut;
- Terbuka kepada semua pelajar Pra Siswazah UMT
- Pelajar Islam & Non Muslim berstatus Aktif
- Pelajar yang berpendapatan Keluarga B40
- Pelajar yang menghadapi masalah Kewangan yang Kritikal
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara online melalui My-Ihsan pada portal MyNemo Pelajar;
Kaedah memohon bantuan adalah sebagaimana berikut;
- Log In MYNEMO
- Klik HEPA
- Pilih MY IHSAN
- Klik permohonan baharu – Isi/kemaskini profil pemohon
- Pilih Dana Asnaf – Isi maklumat berkaitan
- Hantar untuk pengesahan

Info dan Pertanyaan
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi;
Seksyen Tajaan dan Kebajikan Pelajar, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Terengganu Tel – 096684323 Faks – 096684364 |
UMT di bawah tagline #UMTPrihatin dan #HEPACakna sentiasa prihatin dan cakna terhadap keperluan pelajar terutamanya pelajar golongan B40 dan sangat memerlukan. Semoga dengan inisiatif bantuan seumpama ini dapat membantu pelajar meneruskan proses pembelajaran dengan lebih sempurna dan mencapai kejayaan akademik yang lebih cemerlang.
Layari laman Facebook UMT untuk info terkini berita dan maklumat berkaitan
Sumber: UMT – Universiti Malaysia Terengganu
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.