Ini merupakan maklumat penting bagi penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC) kategori bujang yang perlu diketahui.
Untuk fasa kedua ini, soalan yang sering ditanya adalah berapa jumlah yang diperoleh? Bilakah tarikh pembayaran, bagaimana cara membuat semakan dan sebagainya.
Oleh yang demikian, sila baca maklumat berikut dengan teliti agar faham dan jelas tentang pembayaran bagi BKC bujang fasa 2.
Apakah Itu Bantuan Khas Covid-19 (BKC)?
Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.
Pembayaran dilakukan secara 3 fasa iaitu pada September, November dan Disember 2021.
Kelayakan Bujang untuk Menerima BKC
Individu bujang yang layak menerima BKC adalah
- Miskin Tegar
- B40
- M40
Individu bujang yang layak menerima BKC ini adalah berdasarkan syarat kelayakan BPR 2021 dan juga pembayar cukai pendapatan (LHDNM).
Adakah Individu Bujang Perlu Membuat Permohonan BKC?
Individu bujang tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:
Bil | Kategori Penerima (Bujang) | Data Bantuan |
1. | Miskin Tegar | Permohonan BPR 2021 yang didaftar secara automatik daripada data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan eKasih |
2. | B40 | Permohonan BPR 2021 |
3. | M40 | Percukaian (LHDNM) |
Kriteria Semakan Kelayakan
Bagi individu bujang, kriteria semakan kelayakan adalah seperti berikut:
Semakan Status
Semakan status BKC boleh dibuat di Portal Rasmi BKC sebagaimana pautan berikut;
Berapakah Bayaran Yang akan diterima oleh individu Bujang di Fasa 2?
Untuk fasa 2, hanya kategori bujang miskin tegar yang akan menerima bayaran iaitu sebanyak RM300.00.
Tiada pembayaran bagi kategori penerima bujang dalam kalangan B40 dan M40 untuk fasa 2.
Bayaran untuk bujang B40 dan M40 hanya dibayar pada fasa 1 dengan masing-masing menerima RM200 dan RM100.
KATEGORI PENERIMA (BKC BUJANG) | FASA 1 (September) | FASA 2 (November) | FASA 3 (Disember) | AMAUN KELAYAKAN KESELURUHAN |
Miskin tegar | RM200.00 | RM300.00 | -Tiada Pembayaran- | RM500.00 |
B40 | RM200.00 | -Tiada Pembayaran- | -Tiada Pembayaran- | RM200.00 |
M40 | RM100.00 | -Tiada Pembayaran- | -Tiada Pembayaran- | RM100.00 |
Tarikh Pembayaran BKC Fasa 2
Untuk fasa 2, tarikh bayaran bagi semua kategori penerima yang layak adalah bulan November 2021.
Pun begitu tarikh sebenar belum diumumkan oleh Kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri ataupun Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz dijangka akan membuat pengumuman rasmi bagi tarikh sebenar bayaran BKC fasa 2 selepas ini.
Berdasarkan pengalaman BKC fasa 1, tarikh bayaran adalah pada awal bulan iaitu 6 September secara berperingkat.
Namun bagi fasa 2, pengumuman pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan.
Bagaimana Kaedah Bayaran Dilaksanakan?
Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:
Bujang Miskin Tegar – Melalui akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
Bujang B40 – Melalui akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
Bujang M40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian
Soalan Lazim BKC Bujang Fasa 2
Individu bujang yang layak menerima BKC ini adalah berdasarkan syarat kelayakan BPR 2021 dan juga pembayar cukai pendapatan (LHDNM).
1. Miskin Tegar
2. B40
3. M40
Miskin Tegar – RM300
B40 – Tiada pembayaran
M40 – Tiada pembayaran
November 2021 (Tarikh sebenar akan dimaklumkan kerajaan)
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.