Calon-calon dan Parti Yang Bertanding di Parlimen Selangor pada PRU 15.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menyenaraikan semua calon-calon yang layak bertanding pada PRU ke-15 pada 19 November nanti.
Terdapat 22 kerusi Parlimen di Selangor yang dipertandingkan pada PRU ke 15 sama seperti PRU 14 sebelum ini.
Pada PRU 14 yang lalu, PKR telah memenangi sebanyak 20 kerusi manakala BN menang 2 kerusi.
Terdapat muka lama dan muka baharu bagi calon-calon yang bertanding di Selangor pada PRU 15 kali ini bagi kerusi Parlimen.
PRU 15 I 124 Calon Bertanding di Selangor
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mencatat sejarah apabila merekodkan seramai 945 calon disahkan layak bertanding untuk merebut 222 kerusi Parlimen di seluruh negara, yang teramai dalam sejarah PRU negara.
Di Selangor juga, 124 calon bertanding pada PRU 15 merupakan jumlah tertinggi dalam sejarah.
Berikut merupakan pecahan calon yang bertanding mengikut parti di Selangor.

Semakan Calon Pilihan Raya Umum PRU 15
Semakan rasmi calon-calon ini boleh dilihat dalam laman web MySPR Semak melalui pautan berikut;
https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/calon
- > Klik Pilihan Raya Umum Ke 15
- > Klik Selangor
P.092 Sabak Bernam

P.093 Sungai Besar

P.094 Hulu Selangor

P.095 Tanjong Karang

P.096 Kuala Selangor

P.097 Selayang

P.098 Gombak

P.099 Ampang

P.100 Pandan

P.101 Hulu Langat

P.102 Bangi

P.103 Puchong

P.104 Subang

P.105 Petaling Jaya

P.106 Damansara

P.107 Sungai Buloh

P.108 Shah Alam

P.109 Kapar

P.110 Klang

P.111 Kota Raja

P.112 Kuala Langat

P.113 Sepang

Kerusi Panas dan Tumpuan di Selangor
Di Selangor antara kerusi yang menjadi paling menjadi tumpuan adalah Parlimen P.098 Gombak membabitkan pertembungan di antara Menteri Besar dan bekas Menteri Besar Selangor. Penyandang kerusi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membawa cabaran PN menentang Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (PH).
Dua rakan seperjuangan dalam PKR itu sebelum Mohamed Azmin menyertai BERSATU berdepan tiga lagi calon, Megat Zurkarnain Omardin (BN), Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Aziz Jamaludin Mhd Tahir serta calon Bebas, Zulkifli Ahmad.
Selain itu, Parlimen P.096 Kuala Selangor turut menjadi tumpuan apabila Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berdepan saingan empat penjuru, termasuk penyandang daripada PH, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Pertandingan 9 penjuru di Parlimen P.099 Ampang membabitkan empat calon lelaki dan lima wanita, termasuk penyandang kerusi, Datuk Zuraida Kamaruddin daripada Parti Bangsa Malaysia (PBM), manakala di Pandan, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berdepan bekas pemimpin MCA.
Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Calon Dan Parti Yang Bertanding di Selangor pada PRU 15
22 kerusi
9 Penjuru
PKR – 20 kerusi
BN – 2 kerusi
P.107 Sungai Buloh
P.096 Kuala Selangor
Baca juga senarai calon-calon PN, BN dan PH yang bertanding dalam PRU 15