Semakan Keputusan Dermasiswa B40 (DB40) JPA Tahun 2023

Sukacitanya semakan keputusan Program Dermasiswa B40 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) DB40 Tahun 2023 boleh dibuat mulai 13 Oktober 2023 (Jumaat), 10.00 pagi hingga 20 Oktober 2023 (Jumaat), 11.59 malam. 

Pelajar yang setuju terima tawaran dimohon untuk log masuk ke Sistem ePenawaran bagi tujuan penyelesaian dokumen perjanjian (ePROMISE) dalam tempoh tersebut.

Untuk makluman, program ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi yang dikenal pasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.

Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar SPM 2022 dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dalam bidang berfokuskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).

Cara Semakan

Semakan boleh dibuat melalui laman portal rasmi eSila JPA melalui pautan berikut;

https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/ekeputusan/index.php?program=DMSW

Untuk log masuk, sila gunakan kata laluan yang sama seperti semasa permohonan tajaan dilakukan.

Sekiranya terlupa kata laluan, klik pada LUPA KATA LALUAN.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2023

Tempoh Semakan

Mulai 13 Oktober 2023 (Jumaat), 10.00 pagi hingga 20 Oktober 2023 (Jumaat), 11.59 malam. 

Apakah itu Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2023?

Program Dermasiswa B40 (DB40) bagi tahun 2022 merupakan penajaan yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar SPM 2022 dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dalam bidang berfokuskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).

[Iklan] Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2023

Tempoh Permohonan 

Permohonan boleh dibuat mulai 31 Julai 2023 (Isnin), 12.00 tengah hari hingga 11 Ogos 2023 (Jumaat), 12.00 tengah hari

Syarat-Syarat Permohonan

Calon-calon mestilah memenuhi syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

Syarat Umum Calon

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Ibu dan/atau bapa tidak disenaraihitamkan oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  • Menduduki peperiksaan SPM 2022 buat kali pertama di mana- mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian;
  • Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
  • Pendapatan per kapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah.

Syarat Khusus

Perincian bagi syarat khusus mengikut institusi pengajian yang ditetapkan adalah seperti di bawah:

Syarat Khusus Permohonan Dermasiswa B40 (DB40) JPA Tahun 2023

Bidang Pengajian Yang Tidak Ditaja

Bidang Pengajian yang tidak ditaja adalah seperti berikut:

  1. Perubatan;
  2. Pergigian;
  3. Farmasi;
  4. Pendidikan;
  5. Kejururawatan;
  6. Sijil Profesional untuk pelesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License), lesen menyelam (Diving License) serta kursus profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP); dan
  7. Chartered Accountancy (CA).

Bentuk Penajaan

Penajaan bagi Program Dermasiswa B40 ini adalah berbentuk Dermasiswa, dan pelajar tidak terikat dengan sebarang ikatan kontrak berkhidmat. 

Walau bagaimanapun, pelajar bertanggungjawab untuk membayar balik nilai perjanjian sekiranya berlaku pelanggaran kepada perjanjian penajaan yang dimeterai.

Had Kecemerlangan Akademik (HKA) yang ditetapkan bagi pelajar yang ditaja di bawah program ini adalah Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00.

Cara Memohon Program Dermasiswa B40 JPA 2023

Permohonan dibuka secara atas talian (online) mulai 31 Julai 2023 di Portal eSILA https://esilav2.jpa.gov.my

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Sebarang perubahan maklumat permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diterima.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Dermasiswa B40 Tahun 2023 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi call centre di talian 03-8885 3297 mulai 31 Julai 2023 hingga 11 Ogos 2023 (hari bekerja sahaja) dari jam 9.00 pagi hingga jam4.30 petang.

Calon juga boleh mengemukakan pertanyaan menerusi e-mel [email protected] (e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

Calon boleh merujuk Frequently Asked Questions (FAQ) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan di laman portal JPA berikut;

http://esilav2.jpa.gov.my/  

Tarikh-Tarikh Penting

AktivitiTarikh / Hari
Permohonan dibuka31 Julai 2023 (Isnin) | 12.00 tengah hari
Permohonan ditutup11 Ogos 2023 (Jumaat) | 12.00 tengah hari
Jangkaan Keputusan6 Oktober 2023 (Jumaat) | 12.00 tengah hari

Tarikh Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan penajaan Program Dermasiswa B40 ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my pada 6 Oktober 2023 (Jumaat). Sekiranya pelajar tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh keputusan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Sumber: Portal eSila JPA

Iklan DB40

FAQ DB40

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut adalah beberapa soalan lazim pengenai permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) JPA bagi Tahun 2023

Apakah itu Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2023?

Program Dermasiswa B40 (DB40) bagi tahun 2022 merupakan penajaan yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar SPM 2022 dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dalam bidang berfokuskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).

Apakah syarat-syarat permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2023?

Calon-calon mestilah memenuhi syarat umum dan khusus permohonan (lihat dalam artikel).

Bilakah tempoh permohonan dibuka?

Mulai 31 Julai 2023 (Isnin) hingga 11 Ogos 2023 (Jumaat).

Apakah bidang pengajian yang tidak ditaja?

Bidang Pengajian yang tidak ditaja adalah seperti berikut:
i. Perubatan;
ii. Pergigian;
iii. Farmasi;
iv. Pendidikan;
v. Kejururawatan;
vi. Sijil Profesional untuk pelesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License), lesen menyelam (Diving License) serta kursus profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP); dan
vii. Chartered Accountancy (CA).

Bagaimanakah cara memohon?

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my

Saya menduduki peperiksaan SPM 2021. Bolehkah saya memohon Program Dermasiswa B40 (BD40) Tahun 2023?

Tidak. Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2023 hanya dibuka kepada pelajar lepasan SPM tahun 2022 sahaja.

Adakah saya layak memohon sekiranya pendapatan per kapita melebihi RM 4,849.00?

Pendapatan per kapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah sahaja yang memenuhi syarat permohonan.

Sekiranya saya menolak tawaran biasiswa di bawah Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2023, adakah saya layak dipertimbangkan sebarang penajaan lain di JPA?

 Ya. Pelajar boleh memohon apa-apa program penajaan lain yang ditawarkan oleh

JPA sekiranya melepasi syarat-syarat permohonan program penajaan.

Scroll to Top