Sunday, December 4, 2022
HomeBantuan IPTDermasiswa & Komputer Riba Untuk Anak-Anak Veteran ATM 

Dermasiswa & Komputer Riba Untuk Anak-Anak Veteran ATM 

Sukacitanya Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) membuka permohonan kepada mereka yang berkelayakan bagi memohon tawaran Skim Dermasiswa dan Komputer Riba untuk anak-anak Veteran ATM yang baharu sahaja melanjutkan pelajaran ke IPTA (tahun 2022).

Skim Dermasiswa Premium oleh Yayasan LTAT merupakan bantuan secara one-off bernilai RM5,000 kepada anak veteran ATM yang berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda ke 100 Universiti Terbaik Dunia bagi kemasukan Tahun 2022.

Manakala Skim Bantuan Sumbangan Komputer Riba oleh yayasan LTAT merupakan sebahagian Inisiatif Pendidikan ATM yang diberikan kepada anak-anak Veteran ATM yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Bagi kemasukan Tahun 2022.

Pemohon dikehendaki meneliti syarat dan kelayakan sebelum membuat permohonan.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh akhir permohonan Skim Dermasiswa dan Komputer Riba untuk anak-anak Vateran ATM ini  ialah pada 15 November 2022 (Selasa)

Syarat dan Kelayakan Skim Dermasiswa 

Terbuka kepada anak Veteran ATM yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh Masa) dan yang setaraf bagi kemasukan Tahun 2022 di 100 Universiti Terbaik Dunia (sila rujuk senarai universiti di borang permohonan)

Syarat dan  Kelayakan Skim Bantuan Sumbangan Komputer Riba

  1. Terbuka kepada anak Veteran ATM yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh Masa) di IPTA bagi kemasukan Tahun 2022.
  2. Kemasukan melalui STPM/Matrikulasi atau Asasi.
  3. Tidak pernah menerima sebarang bantuan komputer riba dari mana-mana pihak.

Cara Memohon

Borang permohonan boleh dimuat turun di;

https://drive.google.com/drive/folders/16vh_M4ftZ-S2eypEKAqG4omJZW6dmXGe 

Borang yang telah dilengkapkan beserta dengan dokumen sokongan boleh dihantar dalam format pdf terus ke emel [email protected]  atau ke pejabat JHEV ATM Cawangan Negeri.

*Jika disekitar Kuala Lumpur boleh hantarkan terus ke kaunter Pusat Perkhidmatan Setempat JHEV ATM di Aras Bawah, Menara TH Perdana.

Nota: Kelulusan permohonan adalah bergantung kepada keputusan dari panel penilai Yayasan LTAT.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berhubung Skim Dermasiswa dan Komputer Riba untuk anak-anak Vateran ATM ini boleh berhubung dengan Encik Md Yazit bin Hashim di talian 03-20508017 / 0111-0333 099 atau emel ke [email protected] 

Sumber: JHEV ATM

TAWARAN DERMASISWA DAN KOMPUTER RIBA UNTUK ANAK-ANAK VETERAN ATM OLEH YAYASAN LTAT

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!