Semakan Status BKM Fasa 4 2022 login MyBkm bkm.hasil.gov.my

Semakan Status Pembayaran BKM Fasa 4 (November 2022)

[Terkini] Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November 2022 (Selasa) dan dijangka selesai pada 18 November 2022 (Jumaat).

Bagi penerima fasa 4  Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) yang ingin mengetahui status terkini pembayaran, semakan boleh dibuat di portal rasmi MyBKM.

Sebagai makluman, BKM merupakan bantuan tertinggi setakat ini berbanding BRIM, BSH, BPR, BKC dan lain-lain bantuan.

Untuk BKM Fasa 4, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing. Pembayaran ini merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini.

Cara Semakan Status BKM Fasa 4

Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 15 November 2022.

Status Semak Fasa 4 BKM boleh dibuat dengan 2 cara iaitu;

  1. Semakan secara dalam talian (online) https://bkm.hasil.gov.my  
  2. Semakan secara aplikasi mobile BKM 2022 iaitu dengan Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS

Sekiranya anda membuat semakan MyBKM melalui online https://bkm.hasil.gov.my;

  • Tekan log masuk MyBKM
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • Klik Butang Semak
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
  • Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
  • Klik Log Masuk
  • Klik Semakan Status

Pemohon yang telah membuat semakan BKM fasa 4 dan lulus permohonan akan dipaparkan maklumat berikut;

  1. Nombor Pengenalan Akaun dikredit 
  2. Nama Penerima 
  3. Fasa Pembayaran 
  4. Jumlah dikredit 
  5. Status Kredit 
  6. Nama Bank 
  7. Nombor Akaun Bank
Semakan status terkini BKM Fasa 4 (Dalam Proses Pengkreditan)

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login

Sekiranya terlupa password BKM, tindakan adalah seperti berikut:

Anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan adalah seperti berikut: 

  1. Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)  
    • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya  
    • Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan berkenaan  
    • Semak e-mel dan log masuk semula MyBKM  
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan 
    •  Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu. 
  2. Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah
    • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat 
    • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini
Cara Reset ID Pemohon Bantuan Keluarga Malaysia

Untuk makluman, sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan setelah 3 kali percubaan diberikan. Id permohonan akan disekat. 

Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MyBKM dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM.

Kelayakan Penerima BKM 2022

Permohonan BKM 2022 yang layak menerima bayaran Fasa 4 BKM 2022 adalah merujuk kepada Permohonan BKM 2022 berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 4

Dalam pengumuman terkini Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November 2022 (Selasa) dan dijangka selesai pada 18 November 2022 (Jumaat).

Keputusan mempercepatkan pembayaran BKM Fasa 4 daripada Disember 2022 kepada November 2022 adalah bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada pertengahan bulan November 2022.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 4

Tuntutan BKM Tunai di BSN

Bagi bayaran secara  tunai BKM turut akan dilakukan mulai 15 November 2022 (Selasa) di seluruh Cawangan Bank BSN di seluruh Malaysia.

Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM. Rujuk laman sesawang BKM untuk maklumat lanjut. 

Notis Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4

Jumlah dan Kadar Bayaran BKM Fasa 4

Jumlah bayaran bagi fasa 4 sedikit berbeza berbanding sebelum ini dan tidak semua kategori yang dapat untuk fasa terakhir.

Penerima yang lulus dan layak akan menerima bayaran antara RM100 hingga RM900 berdasarkan kelayakan setiap penerima masing-masing.

Maklumat pembayaran adalah sebagaimana berikut;

i. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah 

a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500

  • 0 anak – RM300
  • 1-2 anak – RM600
  • 3 anak & ke atas – RM900

b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000

  • 0 anak – RM100
  • 1-2 anak – RM200
  • 3 anak & ke atas – RM300

ii. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berusia 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500

  • 0 anak – RM300
  • 1-2 anak – RM600
  • 3 anak & ke atas – RM900

b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000

  • 0 anak – RM100
  • 1-2 anak – RM200
  • 3 anak & ke atas – RM300

iii. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada had umur pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)

a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500

  • 1-2 anak – RM600
  • 3 anak & ke atas – RM900

b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000

  • 1-2 anak – RM200
  • 3 anak & ke atas – RM300

iv. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah 

a) Pendapatan RM0-RM2500

  • Tiada bayaran untuk fasa 4

v. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas 

a) Pendapatan RM0-RM5000

  • RM150

Untuk maklumat yang lebih jelas, anda boleh merujuk jadual yang disediakan di bawah;

i. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah 
ii. Kategori Isi Rumah (Kahwin) - Pemohon berusia 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)
iii. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] - Tiada had umur pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) tiada anak

Cara Bayaran

Kaedah pembayaran Fasa 4 BKM 2022 adalah sebagaimana sebelum ini: 

  1. Kredit ke akaun bank Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BKM 2022 secara berperingkat. 
  2. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    1. Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BKM 2022. 
    2. Pembayaran Fasa 4 BKM 2022 berstatus Gagal Kredit.

FAQ (Soalan Lazim) Semakan Status BKM Fasa 4

Bagaimana Cara Semakan Semakan Secara Online?

https://bkm.hasil.gov.my/

Bilakah Tarikh Pembayaran BKM Fasa 4?

Mulai 15 November 2022 (Selasa) secara berperingkat.

Berapa jumlah bayaran BKM Fasa 4?

Antara RM100 hingga RM900 berdasarkan kelayakan setiap penerima masing-masing.

Adakah kategori bujang dapat dalam fasa 4?

Tidak dapat

Siapa yang dapat bayaran RM900?

Kategori Isi Rumah Kahwin dan [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] yang berpendapatan RM0 – RM2500 serta mempunyai 3 anak & ke atas.

Scroll to Top