Jumlah BKM Fasa 4 Mengikut Kategori.
Susulan pengumuman Perdana Menteri mengenai pembayaran BKM Fasa 4 mulai 15 November ini, ramai yang tertanya-tanya berapa jumlah bayaran yang akan dapat.
Sebagai makluman, pembayaran ini merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini (BKM 2022).
Menurut Perdana Menteri, keputusan mempercepatkan pembayaran BKM Fasa 4 daripada Disember 2022 kepada November 2022 adalah bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada pertengahan bulan November 2022.
Tarikh Bayaran Fasa 4 BKM
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November 2022 (Selasa) dan dijangka selesai pada 18 November 2022 (Jumaat).
Cara Semakan Status Pembayaran BKM Fasa 4
Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 15 November 2022.
Status Semak Fasa 4 BKM boleh dibuat dengan 2 cara iaitu;
- Semakan secara dalam talian (online) https://bkm.hasil.gov.my
- Semakan secara aplikasi mobile BKM 2022 iaitu dengan Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
Sekiranya anda membuat semakan MyBKM melalui online https://bkm.hasil.gov.my;
- Tekan log masuk MyBKM
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Klik Butang Semak
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
- Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
- Klik Log Masuk
- Klik Semakan Status
Pemohon yang telah membuat semakan BKM fasa 4 dan lulus permohonan akan dipaparkan maklumat berikut;
- Nombor Pengenalan Akaun dikredit
- Nama Penerima
- Fasa Pembayaran
- Jumlah dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- Nombor Akaun Bank
Jumlah Bayaran BKM Fasa 4
Untuk Fasa 4 BKM, penerima yang lulus dan layak akan menerima bayaran dengan jumlah antara RM100 hingga RM900 berdasarkan kelayakan setiap penerima masing-masing.
Maklumat pembayaran adalah sebagaimana berikut;
i. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500
- 0 anak – RM300
- 1-2 anak – RM600
- 3 anak & ke atas – RM900
b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000
- 0 anak – RM100
- 1-2 anak – RM200
- 3 anak & ke atas – RM300
ii. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berusia 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)
a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500
- 0 anak – RM300
- 1-2 anak – RM600
- 3 anak & ke atas – RM900
b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000
- 0 anak – RM100
- 1-2 anak – RM200
- 3 anak & ke atas – RM300
iii. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada had umur pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)
a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500
- 1-2 anak – RM600
- 3 anak & ke atas – RM900
b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000
- 1-2 anak – RM200
- 3 anak & ke atas – RM300
iv. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
a) Pendapatan RM0-RM2500
Tiada bayaran untuk fasa 4
v. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
a) Pendapatan RM0-RM5000
- RM150
Untuk maklumat yang lebih jelas mengenai jumlah bayaran BKM fasa 4, anda boleh rujuk jadual yang disediakan di bawah;
Cara Bayaran
Kaedah pembayaran Fasa 4 BKM 2022 adalah sebagaimana sebelum ini:
- Kredit ke akaun bank Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BKM 2022 secara berperingkat.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BKM 2022.
- Pembayaran Fasa 4 BKM 2022 berstatus Gagal Kredit.
Bank Mana Yang Masuk Dulu?
Berdasarkan pengalaman penerima BKM fasa 1, BKM Fasa 2 dan BKM Fasa 3 sebelum ini, penerima BKM yang daftar menggunakan akaun bank BSN akan terima dahulu bantuan kerana BSN adalah bank panel bagi Bantuan Keluarga Malaysia.
Ini diikuti secara BERPERINGKAT oleh beberapa bank yang lain seperti CIMB, Maybank, RHB, Bank Islam, Affin Bank, Bank Rakyat, Public Bank, Hong Leong Bank, Agro Bank dan lain-lain.
Untuk penerima BSN, jangkaan tarikh adalah pada 15 November (Selasa). Namun berkemungkinan juga akan masuk awal sehari (hanya jangkaan berdasarkan pengalaman BKM Fasa 1, 2 dan 3). Manakala jangkaan bagi bank-bank yang lain akan masuk mulai 16 November 2022 (Rabu).
Tuntutan BKM Tunai di BSN
Bagi bayaran secara tunai BKM, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tuntutan BKM Tunai.
Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.
Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM. Rujuk laman sesawang BKM untuk maklumat lanjut.
Soalan Lazim (FAQ) Jumlah BKM Fasa 4
Mulai 15 November 2022 (Selasa) secara berperingkat.
https://bkm.hasil.gov.my
Antara RM100 hingga RM900 berdasarkan kelayakan setiap penerima masing-masing.
BSN diikuti lain-lain bank.
Akan diumumkan oleh BSN
Lihat juga kadar baharu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023)