Info mengenai pembayaran BKM Fasa 4 dan pembayaran rayuan secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tiada akaun bank.
Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dibayar secara berperingkat dengan bayaran Fasa 4 dikreditkan mulai 15 November hingga 18 November 2022.
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 melalui pengkreditan ke dalam akaun akan bermula secara rasminya pada 15 November 2022 (Selasa) dan ia akan dilakukan secara berperingkat.
Bagi bayaran secara tunai BKM turut akan dilakukan mulai 15 November 2022 (Selasa) di seluruh Cawangan Bank BSN di seluruh Malaysia.
Semakan Status Kelayakan
Anda boleh menyemak status pembayaran mulai 15 November 2022 melalui cara-cara berikut:
- Layari laman sesawang https://bkm.hasil.gov.my atau
- Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Hotline BKM melalui talian 1-800-88-2747
Pembayaran BKM Melalui Pengkreditan Akaun
Bagi pembayaran BKM fasa 4, penerima yang lulus akan menerima bayaran sehingga RM900 berdasarkan kelayakan setiap penerima masing-masing.
Pembayaran BKM melalui pengkreditan akaun akan dilakukan berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN.
Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui Perbankan Internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.
Pembayaran BKM Fasa 4 Secara Tunai Di Kaunter BSN
Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.
Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM. Rujuk laman sesawang BKM untuk maklumat lanjut.
Notis Pemakaian Pelitup Muka di premis BSN
Walaupun Kerajaan mengumumkan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan adalah pilihan, namun pihak BSN memohon kerjasama para pelanggan untuk memakai pelitup muka ketika berada di premis BSN bagi melindungi pelanggan dan kakitangan mereka.
Kerjasama para pelanggan BSN adalah amat dihargai.
Info Lanjut dan Pertanyaan
Sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut.
Sumber: Bank Simpanan Nasional
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.