Jangkaan BKM Fasa 4 Masuk Akaun Bank | BSN, Maybank, CIMB

Jadual Jangkaan Pembayaran BKM Fasa 4 Masuk Ke Akaun Bank Masing-Masing.

Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri pada 10 November yang lalu, Pembayaran Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 15 November 2022 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 18 November 2022.

Pembayaran dalam fasa ini melibatkan kategori isi rumah dan warga emas berdasarkan kelayakan penerima masing-masing.

Untuk BKM Fasa 4, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing. Pembayaran ini merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini.

Pastinya penerima BKM tidak sabar untuk menunggu tarikh BKM masuk ke akaun masing-masing.

Semakan Bayaran

Semakan status pembayaran BKM boleh dibuat mulai 15 November 2022 melalui laman portal rasmi My BKM iaitu;

https://bkm.hasil.gov.my/

  • Tekan log masuk MyBKM
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • Klik Butang Semak
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
  • Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
  • Klik Log Masuk

Pemohon yang telah membuat semakan akan dipaparkan maklumat berikut;

  1. Nombor Pengenalan Akaun dikredit 
  2. Nama Penerima 
  3. Fasa Pembayaran 
  4. Jumlah dikredit 
  5. Status Kredit 
  6. Nama Bank 
  7. Nombor Akaun Bank
Semakan status terkini BKM Fasa 4 (Dalam Proses Pengkreditan)

Jadual Jangkaan Tarikh/Waktu Bayaran BKM Masuk Ke Akaun Bank

Untuk BKM Fasa 4, tarikh pembayaran adalah mulai 15 November 2022 (Selasa) hingga 18 November 2022 (Selasa) SECARA BERPERINGKAT masuk ke akaun bank masing-masing (bagi yang ada akaun).

Bank mana yang masuk dulu?

Berdasarkan pengalaman penerima BKM fasa 1, BKM fasa 2 dan BKM fasa 3 sebelum ini, penerima BKM yang daftar menggunakan akaun bank BSN akan terima dahulu bantuan kerana BSN adalah bank panel bagi Bantuan Keluarga Malaysia.

Ini diikuti secara BERPERINGKAT oleh beberapa bank yang lain seperti CIMB, Maybank, RHB, Bank Islam, Affin Bank, Bank Rakyat, Public Bank, Hong Leong Bank, Agro Bank dan lain-lain.

Untuk penerima BSN, ada beberapa netizen yang berkongsi di sosial media yang menyatakan sudah masuk pada 13 November (awal 2 hari dari tarikh rasmi).

Manakala jangkaan bagi bank-bank yang lain akan masuk mulai 15 November 2022 (Selasa).

CIMB Dah Masuk

BKM Fasa 4 CIMB Dah Masuk

Maybank Dah Masuk

BKM Fasa 4 Maybank Dah Masuk

Berikut adalah jangkaan tarikh/waktu bayaran BKM Masuk Ke Akaun Bank masing-masing;

BankTarikh JangkaanWaktu Jangkaan
BSN13 November – Ahad
(secara berperingkat)
– 11:00 pagi
– 2:00 petang
– 5:00 petang
– 8:20 malam
– 11:00 malam
Maybank15 November – Selasa
(secara berperingkat)
– 11:00 pagi
– 2:00 petang
– 5:00 petang
– 8:20 malam
– 11:00 malam
CIMB Bank 15 November – Selasa
(secara berperingkat)
– 11:00 pagi
– 2:00 petang
– 5:00 petang
– 8:20 malam
– 11:00 malam
RHB Bank15 November – Selasa
(secara berperingkat)
– 11:00 pagi
– 2:00 petang
– 5:00 petang
– 8:20 malam
– 11:00 malam
Bank Islam 15 November – Selasa
(secara berperingkat)
– 11:00 pagi
– 2:00 petang
– 5:00 petang
– 8:00 malam
– 11:00 malam
Public Bank15 November – Selasa
(secara berperingkat)
– 11:00 pagi
– 2:00 petang
– 5:00 petang
– 8:20 malam
– 11:00 malam
Bank Rakyat15 November – Selasa
(secara berperingkat)
– 11:00 pagi
– 2:00 petang
– 5:00 petang
– 8:20 malam
– 11:00 malam
Agro Bank15 November – Selasa
(secara berperingkat)
– 11:00 pagi
– 2:00 petang
– 5:00 petang
– 8:20 malam
– 11:00 malam
Bank Muamalat15 November – Selasa
(secara berperingkat)
– 11:00 pagi
– 2:00 petang
– 5:00 petang
– 8:20 malam
– 11:00 malam
Public Bank15 November – Selasa
(secara berperingkat)
– 11:00 pagi
– 2:00 petang
– 5:00 petang
– 8:20 malam
– 11:00 malam
Lain-lain Bank15 November – Selasa
(secara berperingkat)

Sebagai peringatan, jadual di atas adalah jangkaan sahaja bagi pembayaran BKM masuk ke akaun bank masing-masing berdasarkan Jadual IBG Transfer bank masing-masing.

Penerima BKM dinasihatkan untuk membuat semakan di internet banking masing-masing bagi mengesahkan penerimaan bayaran BKM fasa 4 sebelum membuat pengeluaran di mesin ATM.

Duit BKM Belum Masuk?

Dengan 5.2 juta penerima dan pembayaran berjumlah RM2.1 bilion, sudah pasti ia akan mengambil sedikit masa sebelum dikreditkan ke dalam akaun masing-masing. 

Jadi kalau belum masuk lagi pada 15 November tu, jangan risau kerana bayaran dibuat sehingga 18 November 2022. Ini kerana jumlah yang besar dan bilangan penerima yang ramai ini memerlukan sedikit masa pembayaran.

Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing.

Berapa Saya Dapat Untuk BKM Fasa 4?

Berdasarkan pengumuman terkini Perdana Menteri, jumlah bayaran bagi BKM fasa keempat adalah sehingga RM900 berdasarkan kategori masing-masing.

Setiap Penerima BKM Fasa 4 bakal menerima sehingga RM900

Jumlah BKM Fasa 4 ini berbeza berdasarkan kelayakan setiap penerima yang merangkumi isi rumah, warga emas (bujang/tiada pasangan) dan bujang & ibu bapa tunggal umur 60 tahun ke atas.

Isi rumah Berpendapatan RM5000 dan Ke Bawah – Jumlah bayaran bagi November 2022 adalah antara RM100-RM900

Warga Emas Berpendapatan RM5000 dan Ke Bawah  – Jumlah bayaran bagi November 2022 antara RM200 – RM900

Bujang dan Ibu Bapa Tunggal tiada anak (Umur bawah 59 tahun) – Tiada bayaran bagi November 2022

Bujang dan Ibu Bapa Tunggal tiada anak (Umur 60 tahun ke atas)  –  Jumlah bayaran bagi November 2022 ialah RM150

Cara Bayaran

Pembayaran akan buat secara berperingkat mengikut jenis penerima.

Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang (IBT) 60 tahun ke atas yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing antara 15 November  hingga 18 November  2022.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), cara pembayaran adalah melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 15 November 2022.

Cara bayaran BKM fasa 4

FAQ (Soalan Lazim) Jadual Bayaran

BKM Masuk Bila Untuk Fasa 4?

Mulai 15 November 2022 (Selasa) secara berperingkat.

Bank Mana Masuk Dulu?

BSN diikuti bank-bank lain (Maybank, Cimb, RHB, dll)

Berapa Dapat Untuk BKM Fasa 4?

Sehingga antara RM100 – RM900 berdasarkan kategori masing-masing

Bagaimana cara semakan?

https://bkm.hasil.gov.my/

Scroll to Top