Ini Kategori yang Dapat RM900 BKM Fasa 4

Kategori yang dapat RM900 Dalam BKM fasa 4

Pembayaran Fasa 4  BKM sedang dalam proses pengkreditan mulai 15 November 2022 sehingga  September 2022 secara berperingkat.

Untuk fasa 4 bayaran yang diterima adalah mengikut kategori masing-masing seperti Isi rumah, warga emas dan Ibubapa Tunggal (IBT)

Namun, ada yang keliru mengenai amaun tambahan BKM fasa 4 ini. Ada yang dapat RM100, RM300, RM600, RM900 dan lain-lain amaun.

Semakan Bayaran

Semakan status pembayaran BKM  boleh dibuat mulai 15 November 2022 melalui laman portal rasmi My BKM iaitu;

https://bkm.hasil.gov.my/

  • Tekan log masuk MyBKM
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • Klik Butang Semak
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
  • Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
  • Klik Log Masuk

Pemohon yang telah membuat semakan akan dipaparkan maklumat berikut;

  1. Nombor Pengenalan Akaun dikredit 
  2. Nama Penerima 
  3. Fasa Pembayaran 
  4. Jumlah dikredit 
  5. Status Kredit 
  6. Nama Bank 
  7. Nombor Akaun Bank
Yang Dapat RM900 BKM Fasa 4

Anda boleh lihat berapa jumlah yang dapat kali ini seperti dalam gambar di atas.

Siapa yang Dapat RM900 Dalam BKM Fasa 4?

Terdapat 3 kategori yang dapat RM900 fasa ini.

  1. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Umur 59 tahun ke bawah – Pendapapatan 2500 Ke bawah – Anak 3 dan lebih
    • Jumlah Bayaran RM900
  2. Kategori Isi Rumah (Kahwin) Umur 60 tahun ke atas –  Pendapatan 2500 Ke bawah –   Anak 3 dan lebih
    • Jumlah Bayaran RM900
  3. Kategori ibu bapa tunggal (IBT) mempunyai anak – tiada had umur – pendapatan 2500 Ke bawah  -anak 3 dan lebih
    • Jumlah Bayaran RM900
i. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah 
ii. Kategori Isi Rumah (Kahwin) - Pemohon berusia 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)
iii. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] - Tiada had umur pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)

Oleh yang demikian, hanya kategori yang mempunyai anak 3 dan ke atas dengan pendapatan bawah RM2500 layak dalam RM900.

Tarikh Bayaran 

Pembayaran RM900 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November 2022 (Selasa) dan dijangka selesai pada 18 November 2022 (Jumaat).

Menurut Perdana Menteri keputusan mempercepatkan pembayaran BKM Fasa 4 daripada Disember 2022 kepada November 2022 adalah bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada pertengahan bulan November 2022.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 4

Cara Bayaran

Pembayaran Fasa 4 BKM 2022 adalah seperti berikut:

  1. Ada Akaun Bank – Pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan / dikemas kini mulai 15 November 2022 secara berperingkat
  2. Tiada Akaun Bank – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 15 November 2022 
Cara bayaran BKM fasa 4

Tuntutan BKM Tunai di BSN

Bagi bayaran secara  tunai BKM turut akan dilakukan mulai 15 November 2022 (Selasa) di seluruh Cawangan Bank BSN di seluruh Malaysia.

Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM. Rujuk laman sesawang BKM untuk maklumat lanjut. 

Notis Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4

Notis Pemakaian Pelitup Muka di premis BSN

Walaupun Kerajaan mengumumkan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan adalah pilihan, namun pihak BSN memohon kerjasama para pelanggan untuk memakai pelitup muka ketika berada di premis BSN bagi melindungi pelanggan dan kakitangan mereka.

Kerjasama para pelanggan BSN adalah amat dihargai.

Notis pemakaian pelitup muka di premis BSN

Scroll to Top