Bersempena dengan sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan diskaun pengurangan bayaran saman PDRM.
Diskaun pengurangan saman PDRM ini adalah terhad ditawarkan selama 4 hari sahaja iaitu dari 9 hingga 12 Disember 2021.
Tawaran ini dibuat bersempena sambutan 100 hari aspirasi keluarga Malaysia yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Tawaran Pengurangan Saman
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan kompaun saman terpilih sehingga 80% dengan had minima sebanyak RM30.00 bermula 9 hingga 12 Disember 2021 bersempena 100 hari aspirasi keluarga malaysia yang akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Kaedah Bayaran
Kaunter pengurangan bayaran saman akan dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) mulai dari 9 Disember (Khamis) hingga 12 Disember 2021 (Ahad) bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Selain itu juga bayaran saman ini boleh dibuat melalui portal https://mybayar.rmp.gov.my/ dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman serta di semua kaunter bayaran trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen serta Daerah seluruh negara.
Jenis Saman Yang Tidak Layak Mendapat Diskaun Saman PDRM
Pengurangan Kompaun Tidak Ditawarkan Bagi Kesalahan;
- Kemalangan
- Kesalahan Yang Dikategorikan Tidak Boleh Kompaun (NC)
- Kesalahan Yang Berstatus Perbicaraan
- Kesalahan Berkaitan Kenderaan Berat
- Memotong Secara Berbahaya
- Menggunakan Lorong Kecemasan
- Tidak Patuhi Isyarat Lampu Merah
- Memotong Di Garisan Berkembar
- Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan
Info dan Maklumat Lanjut
Sebarang info dan maklumat lanjut boleh merujuk kepada laman sosial dan laman web Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM bagi tujuan maklumat yang sahih lagi tepat
Laman web | https://trafik.rmp.gov.my/COPSPortal/Index.aspx |
https://www.facebook.com/JSPTPDRM | |
https://twitter.com/pdrmsia_trafik | |
https://www.instagram.com/pdrmsia_trafik/ |
Semoga warga Malaysia memperoleh manfaat daripada pengurangan saman ini.
Pastikan pakai pelitup muka, sanitasi tangan dan jaga jarak fizikal semasa hadir nanti.
Sumber: Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.