Thursday, December 7, 2023
HomeInfoPendaftaran Murid Tahun 1 2024/2025: Login idme.moe.gov.my

Pendaftaran Murid Tahun 1 2024/2025: Login idme.moe.gov.my

​​Maklumat Pendaftaran Murid Tahun 1 sesi 2024/2025.

Sukacitanya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan, permohonan kemasukan murid ke darjah 1 bagi sesi persekolahan tahun 2024/2025 boleh dibuat secara atas talian (online).

Bagi ibu bapa atau penjaga, sila ambil perhatian berkaitan beberapa maklumat penting mengenai proses dan cara pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 / 2025.

Bagi semakan dan pengesahan tahun 1 2024, sila rujuk artikel berikut;

Tarikh Permohonan Pendaftaran

Tarikh permohonan pendaftaran Tahun 1 kalendar akademik sesi 2024 /2025 dibuka dari 2 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023.

Syarat Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2024 / 2025

Permohonan ini terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir dari 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.

Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 / 2025

Maklumat lanjut berkenaan Pendaftaran Kemasukan Kanak-kanak Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024:2025

Pendaftaran secara dalam talian bole dibuat melalui  Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di laman sesawang https://idme.moe.gov.my 

  • Bermula 2 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023
  • Kanak-kanak yang layak memohon adalah kanak-kanak Warganegara Malaysia yang lahir dari 2.1.2017 hingga 1.1.2018

Langkah-langkah Pendaftaran Secara Online di Portal Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) adalah sebagaimana berikut:

  1. Pendaftaran pertama kali melalui IdMe oleh Ibu bapa / Peniaga kepada anak jagaan.
  2. Ibu bapa / Penjaga klik pautan https://idme.moe.gov.my 
  3. Pilih modul pengurusan awam.
  4. Isi/kemaskini Pengurusan Profil yang terdiri daripada maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan.
  5. Klik Tambah anak/jagaan dan kemaskini (ika belum wujud) 
  6. Setelah selesai di modul Pengurusan Profil, pilih Permohonan Kemasukan
  7. Klik Permohonan Kemasukan ke Tahun 1 KPM Tahun 2024
Langkah-langkah pendaftaran

Manual Pengguna Sistem Bersepadu (MOIES) KPM Modul Pengurusan Awam

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah kongsikan slide panduan pengguna Sistem Bersepadu (MOIES) KPM modul pengurusan awam untuk rujukan semua bagi pendaftaran tahun 1 ini.

Soalan lazim berkenaan Pendaftaran Kemasukan Kanak-kanak Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui  Facebooknya berkongsi 7 Soalan lazim berkenaan Pendaftaran Kemasukan Kanak-kanak Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025.

  • Soalan lazim berkenaan Pendaftaran Kemasukan Kanak-kanak Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024:2025_01
  • Soalan lazim berkenaan Pendaftaran Kemasukan Kanak-kanak Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024:2025_02
  • Soalan lazim berkenaan Pendaftaran Kemasukan Kanak-kanak Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024:2025_03
  • Soalan lazim berkenaan Pendaftaran Kemasukan Kanak-kanak Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024:2025_04

Tarikh Penting Proses Pendaftaran Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025

BilProses KerjaTarikh
1.Pendaftaran Tahun 1 secara dalam talian2 Mei 2023 -30 Jun 2023 (Pendaftaran Biasa)
_________
1 Julai 2023-7 Februari 2024 (Pendaftaran Lewat)
2.Rumusan penempatan oleh sekolah secara dalam talian.1 Julai 2023- 16 Julai 2023
3. Penyelarasan penempatan Tahun 1 oleh JPN/PPD17 Julai 2023 – 30 September 2023
4. Semakan, pengesahan & rayuan  penempatan01 Oktober 2023- 31 Oktober 2023
5.Penyelarasan penempatan rayuan
1 – 30 November 2023
6. Semakan rayuan dan pengesahan penempatan rayuan1 – 31 DIsember 2023
7.Penutupan Pendaftaran Tahun Secara Dalam Talian07 Februari 2024 – Ibu bapa /penjaga
_________
14 Februari 2024 – PPD/JPN/KPM
8.Pendaftaran secara manual dengan  menggunakan borang ASBS15 Februari – Mac 2024
9.Proses naik kelas1-10 Mac 2024
10.Sekolah membuat ketetapan kelas1-10 Mac 2024
11.Penerimaan murid Tahun 1 di sekolah10/11 Mac 2024

Info Lanjut

Sebarang info terkini pendaftaran ini, sila rujuk Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia; 

https://www.facebook.com/KemPendidikan

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan Tahun 1 kalendar akademik sesi 2024/2025, ibu bapa/penjaga dimohon untuk berhubung terus dengan pejabat pendidikan daerah atau jabatan pendidikan negeri yang berhampiran.

Sila rujuk laman portal berikut untuk alamat dan nombor telefon Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing;

https://www.moe.gov.my/pejabat-pendidikan-daerah

Soalan Lazim (FAQ)

Bilakah tarikh permohonan pendaftaran tahun 1 kalendar akademik sesi 2024/2025 dibuka? 

Tarikh permohonan pendaftaran Tahun 1 kalendar akademik sesi 2024 /2025 dibuka dari 2 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023. Terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir dari 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.

Apakah link pendaftaran?

https://idme.moe.gov.my/

Di manakah saya perlu menyemak keputusan permohonan penempatan tahun 1 kalendar akademik sesi 2024/2025?

Keputusan permohonan penempatan Tahun 1 boleh disemak di pautan https://idme.moe.gov.my  pada 1 hingga 30 Oktober 2023. 

Pemakluman keputusan permohonan Penempatan akan dipaparkan di laman utama idme untuk makluman ibu bapa/penjaga.

Adakah meja bantuan disediakan jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan permohonan tahun 1?

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan Tahun 1 kalendar akademik sesi 2024/2025, ibu bapa/penjaga dimohon untuk berhubung terus dengan pejabat pendidikan daerah atau jabatan pendidikan negeri yang berhampiran.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!