Semakan Dividen Tabung Haji 2023: Bagi Tahun Kewangan 2022

KADAR DIVIDEN TABUNG HAJI (TH)  DAN SEMAKAN DIVIDEN 2023 BAGI TAHUN KEWANGAN 2022

Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.1 %, membabitkan nilai RM2.65 bilion bagi tahun kewangan 2022.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, agihan itu akan memberi manfaat kepada lebih 8.7 juta pendeposit Tabung Haji.

Agihan Keuntungan TH bagi tahun 2022

Katanya, agihan keuntungan itu adalah kompetitif, mengambil kira faktor kadarnya lebih tinggi daripada purata kadar deposit tetap perbankan Islam bagi tempoh 12 bulan, iaitu 2.34 peratus dan zakat sudah dilunaskan bagi pihak pendeposit.

“Agihan keuntungan 2022 adalah selepas TH melunaskan zakat sebanyak RM97 juta kepada semua majlis agama Islam negeri bagi pihak pendeposit, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak RM1.27 bilion sehingga kini.

“Jumlah agihan sebanyak RM2.65 bilion bagi tahun kewangan 2022 lebih tinggi 7.0 peratus berbanding 2021 iaitu RM2.46 bilion, walaupun kadar dividen kekal sama (3.1 peratus).

Tarikh Semakan Dividen Tabung Haji 2023

Tarikh Semakan Dividen Tabung Haji

Para pendeposit boleh menyemak Agihan Keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing bermula pukul 12 tengah hari, Sabtu, 29 April 2023 menerusi platform THiJARI, kaunter TH, kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat dan saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic, CIMB Islamic dan AmBank Islamic.

Cara Semakan

Pendeposit boleh buat semakan dividen tabung haji menerusi 3 saluran berikut;

  1. THiJARI
  2. Kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat
  3. Saluran Elektronik Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB dan AmBank

Semakan Dividen Tabung Haji Melalui THiJARI

Agihan Keuntungan Tabung Haji 2023

Semakan dividen tabung haji pada tahun ini boleh dibuat secara online menerusi THiJARI samaada melalui portal atau melalui aplikasi di telefon pintar masing-masing.

Sekiranya anda membuat semakan melalui Portal THiJARI, pautannya adalah sebagaimana berikut;

https://www.thijari.com.my/

  • Log masuk menggunakan menggunakan ID dan kata laluan pengguna
  • Pilih Ringkasan Akaun
  • Klik >Nama Anda<
  • Pilih  Sejarah Transaksi
  • Masukkan Jenis Transaksi dan Tempoh

Semakan Dividen Tabung Haji 2023 juga boleh dibuat menerusi aplikasi THiJARI di telefon bimbit masing-masing melalui kaedah yang sama.

Sekiranya belum mempunyai aplikasi THiJARI, muat turun boleh dilakukan cara berikut;

Untuk memuat turun aplikasi THiJARI:

Play Store (Pengguna Android):

  1. Sila taip “Tabung Haji” di ruang carian.
  2. Tekan “Tabung Haji”.
  3. Tekan butang “Install” untuk muat turun.
  4. Anda sudah boleh menggunakan aplikasi THiJARI.

App Store (Pengguna iOS):

  1. Sila taip “Tabung Haji” di ruang carian.
  2. Tekan “Tabung Haji”.
  3. Tekan butang “Install” untuk muat turun.
  4. Anda sudah boleh menggunakan aplikasi THiJARI.

Semakan Dividen Tabung Haji Melalui Saluran Elektronik Bank

Semakan Dividen Tabung Haji (TH) melalui perbankan internet (online banking) boleh dilakukan menerusi Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB dan AmBank dengan menggunakan perkhidmatan perbankan internet (online banking) masing-masing.

  1. https://www.bankislam.biz/ 
  2. https://irakyat.com.my/ 
  3. https://www.maybank2u.com.my/ 
  4. https://www.cimbclicks.com.my/ 
  5. https://www.ambank.com.my/eng/online-banking 

Kadar Dividen Tahun-Tahun Sebelum Ini

Untuk rekod, jadual di bawah adalah kadar dividen TH dari tahun 1994 hingga tahun 2021

  • 2021 : 3.10%
  • 2020 : 3.10%
  • 2019 : 3.05%
  • 2018 : 1.25%
  • 2017 : 4.25% + 1.75%
  • 2016 : 4.25% + 1.50% Bonus
  • 2015 : 5% + 3% Bonus
  • 2014 : 6.25% + 2% Bonus
  • 2013 : 6.0% + 2.0% Bonus
  • 2012 : 6.5% + 1.5% Bonus
  • 2011 : 6.0%
  • 2010 : 5.5%
  • 2009 : 5.0%
  • 2008 : 5.0%
  • 2007 : 5.0% + 2.0% Bonus
  • 2006 : 4.75%
  • 2005 : 4.5%
  • 2004 : 4.3%
  • 2003 : 4.0%
  • 2002 : 3.5%
  • 2001 : 3.25%
  • 2000 : 5.5%
  • 1999 : 8.0%
  • 1998 : 8.0%
  • 1997 : 9.5%
  • 1996 : 9.5%
  • 1995 : 9.5%
  • 1994 : 9.5%
Kadar Dividen Tabung Haji Tahun-Tahun Sebelum Ini

Soalan Lazim (FAQ)

Berapakah kadar dividen Tabung Haji bagi tahun ini?

3.1%

Bilakah semakan dividen boleh dibuat?

Mulai pukul 12 tengah hari, Sabtu, 29 April 2023 (SABTU)

Bagaimanakah cara semakan?

Menerusi platform THiJARI, kaunter TH, kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat dan saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic, CIMB Islamic dan AmBank Islamic.


Lihat juga perbandingan dividen KWSP bagi tahun kewangan 2022.

Semakan Dividen KWSP 2023 : Bagi Tahun Kewangan 2022
Scroll to Top