Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi meringankan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta menggalakkan mereka untuk berdikari melalui pekerjaan yang dilakukan.
Elaun ini diberikan secara bulanan kepada OKU yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membuat penilaian, sebelum kelulusan elaun ini diberikan kepada OKU yang layak.
Oleh yang demikian, sekiranya anda ingin memohon Elaun Pekerja Cacat, beberapa perkara ini anda perlu ketahui sebelum membuat permohonan.
Apakah Itu Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya?
EPOKU yang sebelum ini dikenali sebagai Elaun Pekerja Cacat (EPC) merupakan bantuan bulanan yang diberikan kepada Orang Kurang Upaya bagi menggalakkan OKU terus bekerja serta mampu hidup berdikari seterusnya menjadi individu yang produktif dan menyumbang kepada negara.
Berapakah Jumlah Bayaran Elaun Untuk EPOKU?
Kadar terkini jumlah elaun yang diberikan kepada OKU yang layak ialah sebanyak RM450 sebulan seorang.
Sebelum belanjawan 2021, kadar jumlah yang diberikan adalah RM400.
Syarat Kelayakan untuk Memohon EPOKU?
OKU yang ingin memohon EPOKU perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
- Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang kad OKU JKM;
- Pendapatan bulanan RM 1,500.00 dan ke bawah;
ATAU
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
Cara Memohon EPOKU
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Anda juga boleh membuat permohonan secara atas talian (online) melalui portal eBantuan JKM melalui pautan http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
SILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
- Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Dokumen Yang di Perlukan Untuk Memohon EPOKU
Beberapa dokumen yang berkaitan perlu disediakan bagi mereka yang ingin memohon EPOKU iaitu;
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan Mykid/Sijil kelahiran ahli keluarga yang tinggal bersama sahaja.
- Salinan Kad OKU / slip pendaftaran sementara (bagi pemohon OKU)
- Pengesahan rawatan dari hospital atau klinik kesihatan kerajaan (jika berkaitan)
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan dari majikan/surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri).
- Salah satu salinan bil utiliti seperti air/elektrik/telefon/astro dan lain-lain (bagi tujuan pengesahan alamat).
*untuk maklumat lanjut tentang dokumen yang perlu disediakan, sila rujuk senarai semak dokumen sokongan permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyakarat melalui borang JKM 18 di bawah.
Borang Permohonan EPOKU
Pemohon yang ingin memohon EPOKU hendaklah menggunakan borang yang disediakan oleh JKM iaitu borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan)
Borang ini boleh diperolehi di mana-mana pejabat JKM atau boleh muat turun (Download) melalui pautan berikut;
http://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/Bahagian%20PW/BORANG_PERMOHONAN_JKM_18.pdf
Cara Pembayaran EPOKU
Pembayaran untuk EPOKU akan dikreditkan secara bulanan sebanyak RM450 ke akaun pemohon yang didaftarkan melalui borang yang diisi.
Soalan Lazim Berkaitan Elaun Pekerja OKU (EPOKU)
Tiada had gaji minimum ditetapkan.
Tidak layak kerana pemohon masih berstatus pelajar sekolah.
Pengesahan OKU yang bekerja sendiri oleh pihak yang berautoriti seperti Pengerusi Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK)/ Penghulu/ Penggawa/ Ketua Kampung/ Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah atau Pegawai Kes.
Tidak layak. Ini adalah kerana OKU yang menjalani latihan praktikal masih berstatus pelatih.
OKU yang berumur 16 tahun dan ke atas. Tiada had umur maksimum selagi OKU tersebut bekerja dan menepati syarat yang telah ditetapkan dalam pemberian EPOKU.
OKU tersebut layak diberikan EPOKU sekiranya menepati syarat yang telah ditetapkan.
Penerima EPOKU layak diberikan BAT/ BGP kerana golongan ini merupakan kumpulan sasar dan penerima bantuan JKM.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai EPOKU, anda bolehlah menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 0380008000.
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.