Permohonan Skim Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2024

BANTUAN SKIM AWAL PERSEKOLAHAN ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP TAHUN 2024

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) melalui Zakat Pulau Pinang membuka permohonan Bantuan Awal Persekolahan untuk tahun 2023 mulai 11 September 2023.

Mereka yang ingin memohon bantuan ini perlulah meneliti syarat-syarat yang telah ditetapkan agar bantuan yang dipohon dapat diluluskan.

Apa itu Skim Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang?

Ia merupakan salah satu skim  bantuan tahunan daripada Zakat Pulau Pinang yang terbuka kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin di negeri ini yang mempunyai anak-anak yang menuntut di sekolah rendah atau menengah.

Objektif utama bantuan ini adalah agar anak-anak asnaf tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.

Syarat dan Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia @ Pemastautin Tetap
  2. Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak yang bersekolah ((kecuali penerima Skim Bulanan Zakat Pulau Pinang, MAINPP)

SESI PERSEKOLAHAN PADA TAHUN 2024

Sekolah RendahMurid Tahun 1 hingga Tahun 6 sahaja
Sekolah MenengahPelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 sahaja

**Pra sekolah dan tadika tidak dipertimbangkan.

BILANGAN ANAK DAN PENDAPATAN KASAR ISI RUMAH

2 Orang AnakRM1,800.00 dan Ke Bawah
3 Orang AnakRM2,500.00 dan Ke Bawah
4 Orang Anak RM2,750.00 dan Ke Bawah
5 Orang Anak dan Ke AtasRM3,000.00 dan Ke Bawah

Tempoh Permohonan

Permohonan  Skim Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang ini dibuka mulai 11 September 2023 (Isnin) sehingga 20 Oktober 2023 (Jumaat).

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan kad pengenalan pemohon. 
  2. Slip gaji/pengesahan pendapatan pemohon & isteri (jika bekerja)
  3. Salinan sijil cerai/Sijil kematian/Surat Akuan (jika pemohon ibu tunggal)
  4. Surat pengesahan pelajar daripada sekolah
  5. Salinan penyata akaun/pengesahan akaun bank.
  6. Surat pengesahan dari JKM/PERKESO/Pencen (jika berkenaan).

Cara Memohon

Dapatkan borang permohonan di kaunter ZPP yang berhampiran

Senarai Kaunter Zakat Pulau Pinang

Bandar Perda (HQ)

ZPP Bandar Perda (HQ)

Butterworth

ZPP Butterworth

Kepala Batas

ZPP Kepala Batas

Georgetown

ZPP Georgetown

Nibong Tebal

ZPP Nibong Tebal

Bayan Baru

ZPP Bayan Baru

Balik Pulau

ZPP Balik Pulau

Ayer Hitam

ZPP Ayer Hitam

Info dan Maklumat Lanjut

Sebarang info dan maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Institusi dan Pendidikan, Zakat Pulau Pinang MAINPP melalui telefon;

  •  04-549 8125
  •  04-549 8165
  •  04-549 8167
  •  04-549 8168

Sumber: Facebook Zakat Pulau Pinang dan Laman web Zakat Pulau Pinang

SKIM AWAL PERSEKOLAHAN ZAKAT PULAU PINANG TAHUN 2024

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.