Terdapat empat Penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program eMadani. Antara yang menjadi tumpuan pengguna adalah ShopeePay daripada Shopee.
Bagi keempat-empat perkhidmatan tersebut, masing-masing menawarkan kelebihan seperti baucar, ganjaran mata, coin dan lain-lain selain daripada menerima edompet bernilai RM100
Bagi syarikat ShopeePay, sudah pasti juga menawarkan beberapa kelebihan dalam usaha memanfaatkan pengguna menggunakan aplikasi eWallet.
Sekiranya anda memilih perkhidmatan ShopeePay untuk penebusan kredit ini, beberapa maklumat berikut mungkin membantu anda dari segi cara claim, cara guna kredit serta senarai kedai yang boleh guna atau beli barang menggunakan pembayaran eWallet ShopeePay.
Lihat juga;
Apakah inisiatif eMADANI?
- Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’.
- Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat.
- Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
- Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points) dan ‘coins’.
Tempoh Permohonan & Claim Kredit
Permohonan kredit eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024.
Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 29 Februari 2024. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eMADANI yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.
Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.
Syarat Kelayakan eMadani Shopeepay
Syarat-syarat kelayakan tuntutan melalui eWallet ShopeePay adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur 21 tahu ke atas pada tahun 2023 dan berpendapatan RM100,000 ke bawah setiap tahun.
- Telah melaporkan cukai LHDN untuk tahun 2022.
- Bukan penerima eBelia Rahmah yang berjaya pada tahun 2023
- Belum menuntut eMadani dari mana-mana platform eWallet lain.
- Telah membuat pengesahan identiti v(erifikasi identiti) secara elektronik ‘Know-Your- Customer’ (eKYC)
Cara Penebusan Kredit eMadani Melalui ShopeePay
Untuk penebusan eMadani melalui ShopeePay, pengguna perlu mempunyai eWallet ShopeePay terlebih dahulu yang boleh dimuat turun melalui sama ada di Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery :
Langkah 1: Muat turun aplikasi Shopee dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
Langkah 2: Daftar sebagai pengguna baharu, atau bagi pengguna sedia ada, sila patuhi langkah-langkah yang dinyatakan di aplikasi Shopee.
Langkah 3: Aktifkan ShopeePay dan sahkan Kad Pengenalan (MyKad/MyTentera) dengan memasuki nama, no Kad Pengenalan, gambar Kad Pengenalan dan swafoto/selfie bersama Kad Pengenalan.
Langkah 4: Tekan butang ‘Tuntut sekarang’ dan isikan maklumat yang diperlukan di halaman permohonan eMADANI dan tekan butang “Hantar”.
Langkah 5: Anda akan menerima notifikasi jika tuntutan anda berjaya.
Setiap individu hanya dibenarkan untuk menuntut kredit eMADANI RM100 hanya sekali, daripada mana mana perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian.
Apa yang boleh dibeli dengan kredit eMadani RM100 ShopeePay eWallet?
Kredit eMadani ShopeePay hanya boleh digunakan secara offline di kedai atau supermarket yang menerima pembayaran ShoopeePay.
Cadangan barangan keperluan yang anda boleh beli dengan kredit RM100 eMadani adalah sebagaimana berikut;
- Barang dapur
- Makanan & minuman
- Keperluan rumah
- Peralatan sekolah
- Pakaian & aksesorit
- Barang penjagaan peribadi
Selain itu anda juga boleh makan di warung, restoran atau kedai-kedai yang menggunakan transaksi eWallet ini.
Penggunaan Kredit eMadani RM100 yang tidak dibenarkan
Perkara-perkara berikut tidak dibenarkan adalah sebagaimana berikut;
- pemindahan “peer-to-peer”;
- penebusan tunai;
- bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
- aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
- transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.
Kelebihan Tuntutan Melalui ShopeePay
ShopeePay menawarkan beberapa tawaran menarik sekiranya tuntutan dibuat melalui aplikasi tersebut.
Tuntut eMADANI dengan ShopeePay dan anda akan menerima RM100 dari kerajaan dikreditkan ke dalam dompet ShopeePay + GANJARAN EKSKLUSIF dari ShopeePay yang bernilai RM600.
Kredit RM100 boleh digunakan untuk transaksi luar talian dalam kedai merentasi pelbagai peruncit di seluruh negara manakala Ganjaran Eksklusif dari Shopee boleh digunakan untuk kedua-dua transaksi luar talian dalam kedai dan dalam talian melalui aplikasi.
Cara Bayar di Kedai Menggunakan eWallet ShopeePay
Terdapat 2 cara untuk bayar di kedai menggunakan edompet Shopeepay
- Peniaga imbas kod QR anda
- Anda imbas kod QR peniaga
Peniaga imbas kod QR anda
Sekiranya peniaga imbas kod QR anda, ikuti langkah-langkah berikut;
Langkah 1 – Melawat kedai fizikal yang menerima ShopeePay
Langkah 2 – Klik ikon “imbas “di halaman utama
Langkah 3 – Imbas kod QR peniaga
Langkah 4 – Masukkan PIN ShopeePay
Langkah 5 – Tunjukkan kod QR kepada peniaga
Langkah 6 – Pembayaran anda telah selesai
Anda boleh rujuk panduan bergambar di bawah untuk lebih lanjut;
Anda imbas kod QR peniaga
Sekiranya anda imbas kod QR peniaga, ikuti langkah-langkah berikut;
Langkah 1 – Melawat kedai fizikal yang menerima ShopeePay
Langkah 2 – Klik ikon “imbas “di halaman utama
Langkah 3 – Imbas kod QR peniaga
Langkah 4 – Masukkan bayaran jumlah
Langkah 5 – Masukkan PIN ShopeePay
Langkah 6 – Pembayaran anda telah selesai
Anda boleh rujuk panduan bergambar di bawah untuk lebih lanjut;
Senarai Kedai Offline Yang Boleh Guna ShopeePay
Terdapat banyak kedai yang menerima bayaran ShopeePay di seluruh negara.
Antara yang boleh disenaraikan di sini adalah;
- Kenny Rogers Roasters
- AMPM Pharmacy
- Boost Juice Bar
- Burger King
- Coffee Bean
- Chatime
- Mr Diy
- Family Mart
- Giant
- Guardian
- KFC
- KK
- Mydin
- BubbleBee
- Lotus
- Tealive
- Pizza Hut
- 2CO
- Starbuck
- MyNews
Dan lain-lain lagi
Secara mudahnya anda boleh menggunakan eWallet ShopeePay ini jika ternampak logo atau QR Code gambar sebagaimana contoh di bawah;
Info dan Maklumat Lanjut
Sila rujuk Facebook berikut untuk info lanjut mengenai tawaran terkini daripada ShopeePay;
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:
- ShopeePay: +603-2777 9222 atau klik di sini
Berikut adalah soalan lazim mengenai tuntutan eMadani melalui aplikasi ShopeePay eWallet;
– Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’.
– Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat.
– Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
– Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points) dan ‘coins’.
Syarat-syarat kelayakan tuntutan melalui eWallet ShopeePay adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia; dan
2. Berumur 21 tahu ke atas pada tahun 2023 dan berpendapatan RM100,000 ke bawah setiap tahun.
3. Telah melaporkan cukai LHDN untuk tahun 2022.
4. Bukan penerima eBelia Rahmah yang berjaya pada tahun 2023
5. Belum menuntut eMadani dari mana-mana platform eWallet lain.
6. Telah membuat pengesahan identiti v(erifikasi identiti) secara elektronik ‘Know-Your- Customer’ (eKYC)
Mulai 4Disember 2023 hingga 20 Februari 2024
Terdapat 2 cara untuk bayar di kedai menggunakan edompet Shopeepay
1) Peniaga imbas kod QR anda
2) Anda imbas kod QR peniaga
Terdapat banyak kedai yang menerima bayaran ShopeePay di seluruh negara.
Antara yang boleh disenaraikan di sini adalah;
Kenny Rogers Roasters
AMPM Pharmacy
Boost Juice Bar
Burger King
Coffee Bean
Chatime
Mr Diy
Family Mart
Giant
Guardian
KFC
KK
Mydin
BubbleBee
Lotus
Tealive
Pizza Hut
2CO
Starbuck
MyNews