eMadani SETEL: Cara Tebus dan Guna Kredit eWallet RM100 

Terdapat empat penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program eMADANI iaitu MAE, Touch n Go eWallet, ShopeePay dan SETEL,

Bagi keempat-empat perkhidmatan tersebut, masing-masing menawarkan kelebihan seperti baucar, ganjaran mata, coin dan lain-lain selain daripada menerima edompet daripada kerajaan bernilai RM100.

Bagi syarikat Setel, sudah pasti juga menawarkan beberapa kelebihan dalam usaha memanfaatkan rakyat Malaysia bagi menggunakan aplikasi eWallet melalui program eMadani 2023.

Apakah Inisiatif eMadani?

  • Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’.
  • Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat.
  • Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
  • Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (rewardpoints) dan ‘coins’. 

Tempoh Permohonan & Claim Kredit

Permohonan kredit eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024.

Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 29 Februari 2024. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eMADANI yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.

Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.

Syarat Kelayakan eMADANI Setel


Warganegara Malaysia.

Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023.

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod LHDNM pada 15 Julai 2023.

Belum membuat sebarang tuntutan dengan mana-mana e-Dompet.

Sudah menjalankan proses pengesahan akaun.

Bukan penerima eBeliaRahmah.

Cara Mengesahkan Akaun SETEL

Bagi yang belum mempunyai aplikasi SETEL perlu muat turun  dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery melalui pautan berikut;

  • APP STORE – >>DOWNLOAD<< (masukkan kod 65bg untuk RM7 cashback dari Setel)
  • Google Playstore >>DOWNLOAD<< (masukkan kod 65bg untuk RM7 cashback dari Setel)
  • Huawei AppGallery >>DOWNLOAD<< (masukkan kod 65bg untuk RM7 cashback dari Setel)

Seterusnya, penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC).

Ikut arahan selanjutnya.

Cara Tuntut eMadani Anda Dengan SETEL

  • Bagaimanakah hendak tuntut eMADANI dengan Setel 1
  • Bagaimanakah hendak tuntut eMADANI dengan Setel 2
  • Bagaimanakah hendak tuntut eMADANI dengan Setel 3
  • Bagaimanakah hendak tuntut eMADANI dengan Setel 4
  • Bagaimanakah hendak tuntut eMADANI dengan Setel 5

Ikuti langkah-langkah mudah ini untuk tuntut;

Langkah 1 – Buka Setel dan tekan ‘eMADANI’.

Langkah 2 – Lihat promosi, fahamkan terma, lalu tekan ‘Tuntut sekarang’. (Peringatan: Anda perlu mengesahkan akaun Setel untuk menuntut.)

Langkah 3 – Lengkapkan dan hantar permohonan.

Langkah 4 – Permohonan anda akan disemak dalam masa 1 hingga 5 hari bekerja.

Langkah 5 – Hidupkan push notification untuk terima status permohonan.

Apa yang boleh dibeli dengan kredit eMADANI RM100 SETEL?

Dengan Setel, anda boleh menggunakan kredit ini untuk pelbagai perkara seperti berikut;

  • Pembelian petrol melalui Setel di mana-mana stesen PETRONAS
  • Pembelian di Kedai Mesra atau Café Mesra
  • Imbas & bayar dengan Setel QR atau DuitNow QR di lebih 1 juta kedai
Perkara anda boleh Setel dengan eMADANI

Penggunaan Kredit eMadani RM100 yang tidak dibenarkan

Perkara-perkara berikut tidak dibenarkan adalah sebagaimana berikut;

  • pemindahan “peer-to-peer”;
  • penebusan tunai;
  • bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  • aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
  • transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Cara Bayaran Menggunakan Setel

1) Cara Bayar Guna Setel QR

  • Cara Bayar Guna Setel QR 1
  • Cara Bayar Guna Setel QR 2
  • Cara Bayar Guna Setel QR 3
  • Cara Bayar Guna Setel QR 5

Langkah 1 -Lancarkan Setel dan pergi ke ruangan kaedah pembayaran.

Langkah 2 – Pilih ‘eMADANI’ sebagai kaedah pembayaran. Kemudian, tekan ‘Bayar’.

Langkah 3 – Tunjukkan kod QR Setel anda kepada juruwang.

Langkah 4 – Atau tekan ‘Imbas kod QR’ dan imbas kod QR Setel peniaga untuk bayar.

Langkah 5 – Selesai! Pulangan tunai akan dimasukkan ke dalam Dompet Setel anda.

2) Cara Bayar Guna Setel DuitNow QR

  • Cara Bayar Guna Setel Quit Now QR 1
  • Cara Bayar Guna Setel Quit Now QR 2
  • Cara Bayar Guna Setel Quit Now QR 3
  • Cara Bayar Guna Setel Quit Now QR 4
  • Cara Bayar Guna Setel Quit Now QR 5

Langkah 1 – Lancarkan Setel dan pergi ke ruangan kaedah pembayaran.

Langkah 2 – Pilih ‘eMADANI’ sebagai kaedah pembayaran. Kemudian, sentuh ‘Bayar’.

Langkah 3 – Tekan ‘Imbas kod QR’ dan imbas kod QR DuitNow untuk bayar.

Langkah 4 – Masukkan jumlah bayaran dan sentuh ‘Bayar’.

Langkah 5 -Selesai! Pulangan tunai akan dimasukkan ke dalam Dompet Setel anda.



Nota: Hanya untuk pengguna yang layak.

Kelebihan Tuntutan Melalui Setel

Selain menggalakkan pembayaran tanpa tunai, eMADANI juga bertujuan untuk meringankan perbelanjaan harian rakyat Malaysia yang memerlukan.

Dengan Setel, anda boleh gunakan kredit RM100 eMADANI untuk  beli barang keperluan harian menerusi fungsi Setel QR dan DuitNow QR.

Hanya dengan Setel, anda boleh manfaatkan kredit ini untuk  mengisi minyak kenderaan.

Bukan itu sahaja! Anda juga boleh menikmati:

  • Bayar minyak dari dalam kenderaan dan nikmati 3x mata ganjaran Mesra untuk minyak, Kedai Mesra, dan Deliver2Me.
  •  Bayar parkir dan nikmati 50% pulangan tunai*.
  •  Perbaharui cukai jalan dan nikmati 3% pulangan tunai.
  •  Beli insurans kenderaan dan nikmati sehingga RM300 pulangan tunai*.
  •  Dapatkan bantuan sewaktu kecemasan dan nikmati pulangan tunai RM20 untuk bateri kenderaan*.
  •  Imbas & bayar guna DuitNow QR menerusi Setel di 1.8 juta perniagaan seluruh negara.
  • Bayar guna Setel QR di kedai terpilih dan nikmati sehingga 10% pulangan tunai*.
Kelebihan Tuntutan eMadani Melalui Setel

Info dan Maklumat Lanjut 

Sila rujuk Facebook berikut untuk info lanjut dan ganjaran terkini yang ditawarkan;

Laman web:

Maklumat perkhidmatan pelanggan e-dompet:

Berikut juga merupakan beberapa soalan lazim mengenai eMadani Setel;

Siapakah yang layak menerima kredit eMADANI ini?

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
1) Warganegara Malaysia; dan
2) Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
3) Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik  ‘Know-Your- Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.

Saya pernah menerima eBeliaRahmah sebelum ini. Adakah saya turut layak menerima eMADANI?

Penerima eBeliaRahmah tidak layak untuk program ini kerana mereka telah manfaat daripada kredit eBeliaRahmah yang diperkenalkan untuk memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Apakah yang boleh saya beli menggunakan kredit eMADANI tersebut?

Anda boleh menggunakan kredit RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal melalui e- dompet pilihan anda, KECUALI:
– pemindahan “peer-to-peer”;
– penebusan tunai;
– bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
– bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
– pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
– aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Apakah langkah-langkah yang diperlukan untuk menuntut eMADANI RM100 melalui aplikasi SETEL?


Cara Tuntut eMadani Anda Dengan SETEL

Ikuti langkah-langkah mudah ini untuk tuntut;

Langkah 1 – Buka aplikasi Setel dan sentuh ikon eMADANI
Langkah 2-  Baca tawaran, terma, dan syarat. Bila selesai, anda boleh ‘Tuntut sekarang’.
Langkah 3 – Pengguna yang belum disahkan perlu membuat eKYC. Pengguna yang sah boleh mengisi borang permohonan.
Langkah 4 – Permohonan anda akan disemak dalam masa 1-5 hari bekerja.
Langkah 5 – Anda akan menerima notifikasi berkenaan status permohonan.

Scroll to Top