Touch ‘n Go eWallet mempunyai LEBIH 2,000,000 kedai-kedai fizikal di Malaysia yang boleh digunakan untuk pembelian barang-barang yang diperlukan melalui kredit eWallet RM100 eMadani.
Selain daripada kredit RM100 eMadani yang diberikan oleh Kerajaan, TNG eWallet turut menawarkan beberapa tawaran sekiranya tuntutan dibuat melalui aplikasi tersebut antaranya ialah 1000 mata ganjaran melalui GOrewards serta percuma baucar, diskaun dan pulangan tunai melebihi RM200 kepada pengguna.
Sekiranya anda memilih syarikat Touch n Go eWallet untuk penebusan kredit ini, beberapa maklumat berikut mungkin membantu anda dari segi cara claim, cara guna kredit serta senarai kedai yang boleh guna atau beli barang menggunakan pembayaran Touch n Go eWallet.
Tempoh Permohonan & Claim Kredit
Permohonan kredit eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024.
Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 29 Februari 2024.
Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eMADANI yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.
Syarat Kelayakan eMadani Touch n Go eWallet
✅ | Warganegara Malaysia. |
✅ | Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023. |
✅ | Penerima Sumbangan Tunai Rahmah berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod LHDNM pada 15 Julai 2023. |
✅ | Belum membuat sebarang tuntutan dengan mana-mana e-Dompet. |
✅ | Sudah menjalankan proses pengesahan akaun melalui verifikasi identiti secara elektronik ‘Know–Your–Customer’ (eKYC). |
✅ | Bukan penerima eBeliaRahmah. |
Cara Penebusan Kredit eMadani Melalui Touch n Go eWallet
Bagi yang belum mempunyai aplikasi Touch ‘n Go eWallet perlu muat turun dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery melalui pautan berikut;
Langkah 1 – Buka aplikasi TNG eWallet di telefon masing-masing dan pilih paparan “eMadani”
Langkah 2- Pilih “Claim Now” atau “Tuntut Sekarang”
Langkah 3-6 – untuk pengguna baharu TnG
- Pilih Verify Now
- Pilih Jenis ID anda
- Imbas bahagian depan ID anda
- Ambil “selfie” anda
Langkah 7 – Pastikan butiran anda adalah betul & ketik pada “Continue”
Langkah 8 – Isikan butiran anda dan ketik pada “SUBMIT NOW”
Langkah 9 – Permohonan anda telah berjaya
Anda menerima notifikasi ini setelah permohonan anda diluluskan…. atau sebaliknya
Apa yang boleh dibeli dengan kredit eMadani RM100 Touch n Go eWallet?
Anda boleh menggunakan kredit RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di 2 juta peruncit/perniagaan melalui e- dompet pilihan anda.
Cadangan barangan keperluan yang anda boleh beli dengan kredit RM100 eMadani adalah sebagaimana berikut;
- Barang dapur
- Makanan & minuman
- Keperluan rumah
- Peralatan sekolah
- Pakaian & aksesorit
- Barang penjagaan peribadi
Penggunaan Kredit eMadani RM100 yang tidak dibenarkan
Perkara-perkara berikut tidak dibenarkan adalah sebagaimana berikut;
- pemindahan “peer-to-peer”;
- penebusan tunai;
- bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
- aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
- transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.
Kelebihan Tuntutan Melalui Touch ‘n Go eWallet
Selain daripada kredit eMadani, TNG eWallet turut menawarkan beberapa tawaran sekiranya tuntutan dibuat melalui aplikasi tersebut antaranya ialah 1000 mata ganjaran melalui GOrewards serta percuma baucar, diskaun dan pulangan tunai melebihi RM200 kepada pengguna.
Senarai Kedai Yang Boleh Bayar Guna Touch n Go eWallet
Touch N Go mempunyai lebih 2 juta kedai-kedai fizikal yang menerima Touch ‘n Go eWallet yang mungkin menjadi pilihan pengguna eMadani membelanjakan kredit masing-masing.
Antaranya ialah
- ✅ Mamak
- ✅ Kedai runcit
- ✅ Klinik
- ✅ Gerai burger
- ✅ Kedai gunting rambut
- ✅ Kopitiam
- ✅ Kafe aesthetic
- ✅ Pasar pagi & malam
- ✅ Warung
- ✅ Bengkel kereta
- ✅ Kedai roti & bakeri
- ✅ Hotel
- ✅ Restoran
- ✅ Farmasi
- ✅ Supermarket
Banyak tempat boleh pakai Touch ‘n Go eWallet!
Cara mudah untuk mengetahui sama ada kedai tersebut boleh bayar dengan menggunakan ewallet TnG adalah ada logo QR pembayaran sebagaimana contoh berikut;
Sekiranya kedai tersebut tiada logo QR seperti di atas, anda masih boleh menggunakan boleh menggunakan kod QR DuitNow (warna merah jambu) bagi membolehkan pembayaran dibuat. Ini kerana, kerajaan menetapkan bahawa kesemua penyedia perkhidmatan e-dompet di bawah inisiatif eMADANI mesti didaftarkan dengan DuitNow.
Oleh itu, jika peruncit pilihan anda tidak membawa kod QR e-dompet pilihan anda, pembayaran masih boleh dibuat dengan menggunakan kod QR DuitNow.
Berikut adalah antara kedai warung, kedai runcit, pasar raya, kedai serbaneka, kedai kopi, yang popular yang boleh guna ewallet ini
- 99 Speedmart
- Pizza Hut
- Burger King
- Secret Recipe
- Mc Donald
- 7 Eleven
- AEON
- al-Ikhsan Sport
- BHP Petrol
- Starbuck
- Coffee Bean
- Padini Concept Store
- Zus Coffee
- Baskin Robbin
- Mr DIY
- Sushi King
- Marry Brown
- Tea Live
- eMart 24
- UNIQLO
- Sport Direct
- Watson
- Lotus
- MyNews
- Pasaraya Borong NSK
- PADINI Concept Store
- Popular
- Seng Heng
- Mydin
- Hero Market
- Daiso
- BOOST Juice
- KFC
- Family Mart
- Kenny Rogers Roasters
- KK Mart
- My News
- Dan lain-lain lagi.
Cara Bayar di Kedai menggunakan Touch ‘n Go eWallet
Anda boleh membuat bayaran menggunakan Touch ‘n Go eWallet dengan mengimbas kod QR Duitnow di premis peniaga.
Langkah 1: Pergi pada ikon ‘Scan’ di muka hadapan aplikasi
Langkah 2 : Beri kebenaran kamera (untuk penggunaan kali pertama atau jika anda nyahaktif kebenaran kamera)
Langkah 3: Imbas kod QR peniaga
Langkah 4: Masukkan jumlah bayaran
Langkah 5: Masukkan PIN 6 angka / Imbas wajah jika anda telah mengaktifkan pengesahan wajah
Langkah 6: Bayaran selesai!
Untuk panduan lanjut sila rujuk infografik di bawah;
Anda juga boleh merujuk laman web berikut untuk pencarian kedai-kedai pilihan anda bagi penggunaan kredit eMadani Touch n Go eWallet;
https://www.touchngo.com.my/merchant/merchant-listing/
Info dan Maklumat Lanjut
Sila rujuk Facebook berikut untuk info lanjut dan ganjaran terkini yang ditawarkan;
Maklumat perkhidmatan pelanggan e-dompet:
- Touch ‘n Go eWallet: https://support.tngdigital.com.my/hc/en-my
Berikut juga merupakan beberapa soalan lazim mengenai eMadani dan Touch n Go eWallet
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
1) Warganegara Malaysia; dan
2) Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
3) Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.
Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your- Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.
Penerima eBeliaRahmah tidak layak untuk program ini kerana mereka telah manfaat daripada kredit eBeliaRahmah yang diperkenalkan untuk memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.
Anda boleh menggunakan kredit RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan melalui e- dompet pilihan anda, KECUALI:
– pemindahan “peer-to-peer”;
– penebusan tunai;
– bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
– bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
– pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
– aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.
Anda boleh membuat bayaran menggunakan Touch ‘n Go eWallet dengan mengimbas kod QR Duitnow di premis peniaga.
Langkah 1: Pergi pada ikon ‘Scan’ di muka hadapan aplikasi
Langkah 2 : Beri kebenaran kamera (untuk penggunaan kali pertama atau jika anda nyahaktif kebenaran kamera)
Langkah 3: Imbas kod QR peniaga
Langkah 4: Masukkan jumlah bayaran
Langkah 5: Masukkan PIN 6 angka / Imbas wajah jika anda telah mengaktifkan pengesahan wajah
Langkah 6: Bayaran selesai!
Anda boleh menggunakan kredit RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di 2 juta peruncit/perniagaan. Antara yang popular adalah;
1. 99 Speedmart
2. Pizza Hut
3. Burger King
4. Secret Recipe
5. Mc Donald
6. 7 Eleven
7. Starbuck
8. Coffee Bean
9. Padini Concept Store
10. Zus Coffee
11. Baskin Robbin
12. Mr DIY
13. Marry Brown
14. Tea Live
15. Watson
Dan lain-lain lagi.