Cara Claim dan Penebusan Bantuan eMadani RM100 Melalui eWallet MAE, Setel, ShopeePay dan Touch n Go eWallet.
Pendaftaran dan penebusan kredit program e-Madani iaitu tawaran e-kredit tunai RM100 secara one off kepada 10 juta rakyat dewasa yang layak kini boleh dibuat di platform eWallet MAE, Setel, ShopeePay dan Touch n Go eWallet.
Untuk tujuan ini, Kerajaan memperuntukkan RM1 bilion bagi program itu yang diumum semasa peluncuran ekonomi madani, Julai lalu.
Bagi keempat-empat syarikat penyedia perkhidmatan tersebut, masing-masing menawarkan tawaran menarik seperti baucar, coin, reward dan pulangan tunai selain daripada kredit eWallet RM100 daripada kerajaan.
Berikut adalah beberapa maklumat penting yang mungkin membantu anda dari segi cara claim, cara guna kredit serta senarai kedai yang boleh guna atau beli barang menggunakan pembayaran eWallet yang terlibat.
Apakah Bantuan eMadani RM100?
- Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’.
- Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat.
- Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui bantuan kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
- Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points) dan ‘coins’.
Tempoh Permohonan & Claim Kredit
Permohonan bantuan kredit eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024.
Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 29 Februari 2024. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eMADANI yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.
Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.
Syarat Kelayakan eMadani
Syarat-syarat kelayakan tuntutan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia; dan
- Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
- Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.
Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know–Your–Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.
Jumlah Kredit e-Wallet
Jumlah kredit bantuan eMadani sebagaimana yang diumumkan adalah RM100.
Bantuan yang diberikan bukanlah secara cash sebagaimana Sumbangan Tunai Rahmah, sebaliknya diberikan dalam bentuk kredit e wallet seperti e-Tunai Belia Rahmah.
Tempoh Pendaftaran dan Tuntutan eMadani RM100
Tempoh pendaftaran dan tuntutan eMADANI bermula dari 8.00 pagi, 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024 melalui aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna.
Manakala penggunaan kredit eMADANI serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat hanya boleh dibelanjakan secara fizikal sahaja sehingga 29 Februari 2024.
Penyedia Perkhidmatan
Empat penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam program bantuan eWallet ini adalah sebagaimana berikut;
- MAE
- Setel
- ShopeePay
- Touch ‘n Go Wallet
Cara Penebusan eMadani
Untuk penebusan, pengguna perlu download salah satu aplikasi syarikat penyedia perkhidmatan yang terlibat di mana pendaftaran dan tuntutan eMadani ini mulai 4 Disember 2023 jam 8.00 pagi.
Pengguna boleh menebus kredit RM100 eMadani dengan download salah satu platform e-dompet berikut dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery :
- MAE
- Setel (masukkan kod 65bg untuk RM7 cashback dari Setel)
- ShopeePay
- Touch ‘n Go eWallet
Proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.
Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.
Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik ‘Know–Your–Customer’ (eKYC).
Langkah 4: Pada aplikasi e-dompet pilihan anda, sila masukkan maklumat yang diperlukan di halaman tuntutan eMADANI dan tekan “Hantar”.
Langkah 5: Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.
Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eMADANI daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eMADANI.
Cara Claim eMadani Touch ‘n Go eWallet
Langkah 1 – Buka aplikasi TNG eWallet di telefon masing-masing dan pilih paparan “eMadani”
Langkah 2- Pilih “Claim Now” atau “Tuntut Sekarang”
Langkah 3-6 – untuk pengguna baharu TnG
- Pilih Verify Now
- Pilih Jenis ID anda
- Imbas bahagian depan ID anda
- Ambil “selfie” anda
Langkah 7 – Pastikan butiran anda adalah betul & ketik pada “Continue”
Langkah 8 – Isikan butiran anda dan ketik pada “SUBMIT NOW”
Langkah 9 – Permohonan anda telah berjaya
Anda menerima notifikasi ini setelah permohonan anda diluluskan…. atau sebaliknya
Pengesahan Akaun (EKYC) Touch ‘n Go eWallet
Pengguna baharu TNG perlu membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC).
Lihat panduan video dibawah untuk pengesahan identiti;
Atau rujuk panduan berikut;
https://support.tngdigital.com.my/hc/ms-my/sections/900001095086-Pengesahan-Akaun-eKYC-
Cara Bayar di Kedai menggunakan Touch ‘n Go eWallet
Anda boleh membuat bayaran menggunakan Touch ‘n Go eWallet dengan mengimbas kod QR Duitnow di premis peniaga.
Langkah 1: Pergi pada ikon ‘Scan’ di muka hadapan aplikasi
Langkah 2 : Beri kebenaran kamera (untuk penggunaan kali pertama atau jika anda nyahaktif kebenaran kamera)
Langkah 3: Imbas kod QR peniaga
Langkah 4: Masukkan jumlah bayaran
Langkah 5: Masukkan PIN 6 angka / Imbas wajah jika anda telah mengaktifkan pengesahan wajah
Langkah 6: Bayaran selesai!
Untuk panduan lanjut sila rujuk infografik di bawah;
Senarai Kedai Yang Boleh Bayar Guna Touch n Go eWallet
Touch N Go mempunyai banyak kedai-kedai fizikal yang menerima Touch ‘n Go eWallet yang mungkin menjadi pilihan pengguna eMadani membelanjakan kredit masing-masing.
Cara mudah untuk mengetahui sama ada kedai tersebut boleh bayar dengan menggunakan ewallet TnG adalah ada logo QR pembayaran sebagaimana contoh berikut;
Berikut adalah antara kedai warung, kedai runcit, pasar raya, kedai serbaneka, kedai kopi, yang popular yang boleh guna ewallet ini
- 99 Speedmart
- Pizza Hut
- Burger King
- Secret Recipe
- Mc Donald
- 7 Eleven
- Starbuck
- Coffee Bean
- Padini Concept Store
- Zus Coffee
- Baskin Robbin
- Mr DIY
- Sushi King
- Marry Brown
- Tea Live
- eMart 24
- UNIQLO
- Sport Direct
- Watson
- Daiso
- BOOST Juice
- KFC
- Family Mart
- Kenny Rogers Roasters
- KK Mart
- My News
- Dan lain-lain lagi.
Penggunaan Kredit eMadani RM100 yang tidak dibenarkan
Perkara-perkara berikut tidak dibenarkan adalah sebagaimana berikut;
- pemindahan “peer-to-peer”;
- penebusan tunai;
- bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
- aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
- transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.
Cara Claim eMadani ShopeePay
eDompet ShopeePay mungkin menjadi pilihan anda untuk tuntutan RM100 kredit eMadani.
Apa yang menarik mengenai ShopeePay adalah anda boleh menikmati promosi, ganjaran eksklusif, membuat pembelian melalui QR di kedai fizikal dan banyak lagi – semua dalam satu aplikasi!
ShopeePay menawarkan beberapa tawaran menarik sekiranya tuntutan dibuat melalui aplikasi tersebut.
Tuntut eMADANI dengan ShopeePay dan anda akan menerima RM100 dari kerajaan dikreditkan ke dalam dompet ShopeePay + GANJARAN EKSKLUSIF dari ShopeePay.
Banyak kedai fizikal juga yang boleh guna ShopeePay seperti Billion, 2C0, Empire Sushi, Family Mart, Giant, Mydin, Guardian, KFC, KK Mart, Lotus, Petron, MyNews, Tealive dan lain-lain lagi.
Cara Bayar di Kedai Menggunakan eWallet ShopeePay
Terdapat 2 cara untuk bayar di kedai menggunakan edompet Shopeepay
- Peniaga imbas kod QR anda
- Anda imbas kod QR peniaga
1) Peniaga imbas kod QR anda
Sekiranya peniaga imbas kod QR anda, ikuti langkah-langkah berikut;
Langkah 1 – Melawat kedai fizikal yang menerima ShopeePay
Langkah 2 – Klik ikon “imbas “di halaman utama
Langkah 3 – Imbas kod QR peniaga
Langkah 4 – Masukkan PIN ShopeePay
Langkah 5 – Tunjukkan kod QR kepada peniaga
Langkah 6 – Pembayaran anda telah selesai
Anda boleh rujuk panduan bergambar di bawah untuk lebih lanjut;
2) Anda imbas kod QR peniaga
Sekiranya anda imbas kod QR peniaga, ikuti langkah-langkah berikut;
Langkah 1 – Melawat kedai fizikal yang menerima ShopeePay
Langkah 2 – Klik ikon “imbas “di halaman utama
Langkah 3 – Imbas kod QR peniaga
Langkah 4 – Masukkan bayaran jumlah
Langkah 5 – Masukkan PIN ShopeePay
Langkah 6 – Pembayaran anda telah selesai
Anda boleh rujuk panduan bergambar di bawah untuk lebih lanjut;
Senarai Kedai Offline Yang Boleh Guna ShopeePay
Terdapat banyak kedai yang menerima bayaran ShopeePay di seluruh negara.
Antara yang boleh disenaraikan di sini adalah;
- Kenny Rogers Roasters
- AMPM Pharmacy
- Boost Juice Bar
- Burger King
- Coffee Bean
- Chatime
- Mr Diy
- Family Mart
- Giant
- Guardian
- KFC
- KK
- Mydin
- BubbleBee
- Lotus
- Tealive
- Pizza Hut
- 2CO
- Starbuck
- MyNews
Dan lain-lain lagi
Secara mudahnya anda boleh menggunakan eWallet ShopeePay ini jika ternampak logo atau QR Code gambar sebagaimana contoh di bawah;
Cara Claim eMadani MAE
Aplikasi MAE daripada Maybank mungkin juga menjadi pilihan anda bagi tuntutan bantuan eMadani ini.
Yang belum ada eWallet MAE, bolehlah download melalui Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery :
Bagaimana untuk menebus RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE?
Ikuti langkah berikut untuk menuntut RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE:
Langkah 1: Lancarkan app MAE
Langkah 2: Ketik pada ikon ‘eMADANI’ di halaman utama
Langkah 3: Masukkan maklumat anda dan ketik ‘Serah’
Langkah 4: Anda akan menerima pemberitahuan apabila penebusan RM100 eMADANI anda berjaya!
Kelebihan Tuntutan Melalui MAE
MAE mungkin menjadi pilihan anda kerana penggunaan QR code adalah meluas dan banyak kedai-kedai makan serta pasaraya yang boleh menggunakannya.
Walaupun peniaga atau kedai tersebut tidak mempunyai sebarang kod QR Maybank tetapi mereka mempunyai kod QR DuitNow yang berwarna merah jambu, anda masih boleh membuat pembayaran kepada mereka.
Anda juga boleh membayar kepada peniaga yang masih menggunakan kod QR Maybank seperti biasa.
Selain itu, apa yang menariknya anda berpeluang untuk memenangi Proton S70 baharu, Proton Exora, wang tunai dan pelbagai lagi hadiah menarik daripada Maybank.
Anda hanya perlu menebus RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE dan belanjakannya dengan menyokong peniaga lokal kita sebelum 29 Februari 2024 untuk mendapat penyertaan lebih!
Butiran penyertaan, terma dan syarat peraduan boleh rujuk pada laman rasmi MayBank berikut;
https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/promotions/scanandpay/emadani.page?
Cara Bayar di Kedai Menggunakan eWallet MAE
Anda boleh membuat pembayaran kepada peniaga dengan mengimbas kod QR mereka atau mengemukakan kod QR anda untuk diimbas oleh mereka.
Cara-cara membayar menggunakan aplikasi MAE adalah sebagaimana berikut;
Langkah 1 – Tekan butang’Scan’ di halaman utama
Langkah 2 – Imbas kod QR MAE/ QR DuitNow atau tunjukkan kod QR anda di kaunter pembayaran.
Langkah 3 – Pastikan eMADANI adalah sumber dana
Langkah 4 – Pembayaran selesai!
*Jika baki anda tidak mencukupi, pastikan suis eMADANI di halaman pembayaran ditutup (toggle off).
Jika peniaga/pedagang tidak mempunyai sebarang kod QR Maybank tetapi mempunyai kod QR DuitNow yang berwarna merah jambu, anda masih boleh membuat pembayaran kepada mereka. Anda juga boleh membayar kepada peniaga yang masih menggunakan kod QR Maybank seperti biasa.
Senarai Kedai Yang Boleh Bayar Guna MAE
MAE merupakan antara rangkaian terbesar perkhidmatan edompet dan popular di Malaysia. Jadi banyak kedai-kedai, pasaraya atau perkhidmatan yang menggunakan MAE atau Malaysia National QR Code dalam urusan perniagaan.
Anda boleh buat semakan senarai Maybank QRPay Merchants melalui pautan berikut;
Berikut merupakan antara kedai warung, kedai runcit, pasar raya, kedai serbaneka, kedai kopi, yang popular yang boleh guna MAE ini
- Mydin
- Serai
- Gloria Jean’s Coffee
- Warung Ambo
- Pizza Hut
- Burger King
- Secret Recipe
- Mc Donald
- 7 Eleven
- Starbuck
- Coffee Bean
- Padini Concept Store
- Zus Coffee
- Baskin Robbin
- Mr DIY
- Sushi King
- Marry Brown
- Tea Live
- eMart 24
- UNIQLO
- Sport Direct
- Watson
- Daiso
- BOOST Juice
- KFC
- Family Mart
- Kenny Rogers Roasters
- KK Mart
- My News
- Dan lain-lain lagi.
Cara Tebus eMadani Setel
Bagi yang belum mempunyai aplikasi SETEL perlu muat turun dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery melalui pautan berikut;
Seterusnya, penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC).
Ikut arahan selanjutnya.
Cara Tuntut eMadani Anda Dengan SETEL
Ikuti langkah-langkah mudah ini untuk tuntut;
Langkah 1 – Buka aplikasi Setel dan sentuh ikon eMADANI
Langkah 2- Baca tawaran, terma, dan syarat. Bila selesai, anda boleh ‘Tuntut sekarang’.
Langkah 3 – Pengguna yang belum disahkan perlu membuat eKYC. Pengguna yang sah boleh mengisi borang permohonan.
Langkah 4 – Permohonan anda akan disemak dalam masa 1-5 hari bekerja.
Langkah 5 – Anda akan menerima notifikasi berkenaan status permohonan.
Apa yang boleh dibeli dengan kredit eMADANI RM100 SETEL?
Dengan Setel, anda boleh menggunakan kredit ini untuk pelbagai perkara seperti berikut;
- Pembelian petrol melalui Setel di mana-mana stesen PETRONAS
- Pembelian di Kedai Mesra atau Café Mesra
- Imbas & bayar dengan Setel QR atau DuitNow QR di lebih 1 juta kedai
Kelebihan Tuntutan Melalui Setel
Selain menggalakkan pembayaran tanpa tunai, eMADANI juga bertujuan untuk meringankan perbelanjaan harian rakyat Malaysia yang memerlukan.
Dengan Setel, anda boleh gunakan kredit RM100 eMADANI untuk beli barang keperluan harian menerusi fungsi Setel QR dan DuitNow QR.
Hanya dengan Setel, anda boleh manfaatkan kredit ini untuk mengisi minyak kenderaan.
Bukan itu sahaja! Anda juga boleh menikmati:
- Bayar minyak dari dalam kenderaan dan nikmati 3x mata ganjaran Mesra untuk minyak, Kedai Mesra, dan Deliver2Me.
- Bayar parkir dan nikmati 50% pulangan tunai*.
- Perbaharui cukai jalan dan nikmati 3% pulangan tunai.
- Beli insurans kenderaan dan nikmati sehingga RM300 pulangan tunai*.
- Dapatkan bantuan sewaktu kecemasan dan nikmati pulangan tunai RM20 untuk bateri kenderaan*.
- Imbas & bayar guna DuitNow QR menerusi Setel di 1.8 juta perniagaan seluruh negara.
- Bayar guna Setel QR di kedai terpilih dan nikmati sehingga 10% pulangan tunai*.
Info dan Maklumat Lanjut
Soalan Lazim (FAQ)
Berikut merupakan beberapa soalan lazim mengenai penebusan kredit bantuan eMadani RM100;
Program eMADANI ialah kesinambungan kepada kejayaan program eBeliaRahmah dan mempunyai objektif tiga serampang untuk memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS), menggalakkan pembayaran tanpa tunai (cashless) dan memanfaatkan rakyat.
Jumlah bantuan kredit eWallet yang ditawarkan bagi eMadani adalah RM100.
1) Warganegara Malaysia berumur 21 ke atas pada 1 Januari 2023; dan
2) Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023; atau
3) Mempunyai pendapatan dan pendapatan tersebut adalah RM100,000 dan k bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023.
Mulai 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024
1) MAE
2) Setel
3) ShopeePay
4) Touch ‘n Go Wallet