Kerajaan telah mengumumkan bantuan e-Tunai Belia Rahmah dalam bentuk e-Wallet bagi membantu golongan belia dan membantu pemulihan perniagaan serta menggalakan transaksi tunai.
Bagi Tahun 2023, sebanyak RM400 juta diperuntukkan untuk bantuan e-Wallet ini yang akan memberi manfaat kepada dua juta belia berumur 18 hingga 20 tahun.
Bantun ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada golongan belia di seluruh negara.
Apa itu e-Tunai Belia Rahmah?
e-Tunai Belia Rahmah merupakan satu inisiatif kerajaan Malaysia Madani kepada golongan belia yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebelum ini bantuan ini dinamakan eBelia (2021) dan ePemula / eStart (2022)
Program ini bertujuan meringankan beban kewangan golongan belia selain membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai.
Dalam pembentangan belanjawan 2023, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan;
“Akhir sekali tidak dilupakan, kepada 2 juta orang bulia 18 hingga 20 tahun, Kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah 200 ringgit dengan peruntukan 400 juta ringgit.
-Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim-
Syarat Kelayakan
Untuk bantuan e-Wallet ini, kerajaan belum lagi mengumumkan syarat kelayakan terkini bagi tahun 2023.
Namun begitu, jika dirujuk kepada bantuan ePemula tahun 2022, syarat-syaratnya adalah sebagaimana berikut;
- Warganegara Malaysia; dan
- Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004); ATAU
- Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut: Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (“JAKIM”) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (atau dirujuk sebagai “Kementerian Pengawal”), tanpa had umur.
Syarat-syarat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Bantuan e-Wallet Mahasiswa Bakal Diperluas Kepada Semua – PM Anwar
Kerajaan bakal memperluaskan bantuan e-dompet sebanyak RM200 kepada seluruh pelajar universiti di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika mengulas soalan mahasiswa berhubung inisiatif berkenaan yang dilihat tidak diterima secara menyeluruh oleh penuntut universiti.
Bantuan itu buat masa ini hanya dinikmati pelajar berusia 18 hingga 20 tahun.
Tarikh Permohonan
Menurut laporan berita Utusan Malaysia dan Facebook Kementerian Kewangan, bantuan kewangan e-dompet sebanyak RM200 kepada mahasiswa akan mula diberikan pada bulan Jun yang akan diuruskan oleh Kementerian Kewangan.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Kementerian Kewangan menjelaskan, pemberian bantuan e-dompet sebanyak RM200 kepada pelajar universiti di negara ini akan bermula pada bulan depan iaitu Jun 2023.
Penyedia Perkhidmatan
Di jangka beberapa penyedia perkhidmatan akan terlibat dalam program e-Wallet 2023 “e-Tunai Belia Rahmah” iaitu;
- BigPay;
- GrabPay;
- ShopeePay;
- Touch ‘n Go eWallet;
- Lain-lain yang mungkin diumumkan kelak
Jumlah Kredit e-Tunai Belia Rahmah
Jumlah kredit bantuan yang diumumkan adalah RM200. Jumlah ini lebih tinggi berbanding program ePemula tahun lepas iaitu RM150
Manfaat e-Tunai Belia Rahmah
e-Tunai Belia Rahmah memberikan peluang kepada belia untuk membiasakan diri dengan penggunaan e-wallet dan ekonomi digital. Selain itu, program ini juga dapat membantu belia mengurangkan penggunaan wang tunai dan mempromosikan pembayaran tanpa sentuhan.
Melalui program ini, belia juga dapat membeli barangan atau perkhidmatan secara dalam talian dengan lebih mudah dan cepat. Ini dapat membantu meningkatkan daya saing belia dalam era ekonomi digital.
Kelebihan Penggunaan e-Wallet
Penggunaan e-wallet semakin popular di kalangan pengguna dalam talian hari ini. Kelebihan utama penggunaan e-wallet adalah kemudahan dan kecepatan dalam membuat pembayaran. Selain itu, pengguna e-wallet juga boleh menikmati tawaran dan diskaun khas yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan e-wallet.
Penggunaan e-wallet juga membantu dalam mengurangkan penggunaan wang tunai dan mempromosikan pembayaran tanpa sentuhan. Ini amat penting pada masa kini di mana era digitalisasi semakin berkembang di Malaysia di mana pembayaran dibuat secara cepat dan pantas.
Langkah Memilih E-Wallet Yang Sesuai
Sebelum memilih e-wallet yang sesuai, pengguna perlu mempertimbangkan beberapa faktor seperti jenis perkhidmatan, jenis pembayaran, dan ketersediaan e-wallet di pasaran.
Ada beberapa penyedia perkhidmatan e-wallet yang popular seperti Boost, GrabPay, Touch ‘n Go e-wallet, BigPay, ShopeePay, MAE, AliPay, WeChat Pay dan lain-lain lagi.
Setiap penyedia perkhidmatan menawarkan kelebihan masing-masing seperti mata ganjaran, diskaun, baucar dan lain-lain.
Info Lanjut
Untuk info terkini bantuan ini layari;
- Facebook Kementerian Komunikasi dan Digital
- Facebook Kementerian Kewangan
- https://budget.mof.gov.my/manfaat/
Soalan Lazim (FAQ)
Bantuan e-wallet ini ini merupakan satu inisiatif kerajaan buat golongan belia yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
RM200.
Belum diumumkan.
Belum diumumkan.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dijangka akan disalurkan pada bulan Julai 2023. Penerima yang lulus akan menerima bayaran antara RM150 hingga RM800 mengikut kategori masing-masing.